Showing posts with label Dewan Negeri Selangor (DNS). Show all posts
Showing posts with label Dewan Negeri Selangor (DNS). Show all posts
SHAH ALAM 28 NOV: Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) menganggap kenaikan saraan untuk anggota pentadbiran kerajaan negeri, Speaker dan Timbalan Speaker juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu adalah berpatutan serta wajar.

Shamsuddin berkata, hal itu berikutan kenaikan terakhir pada 2011 yang dilakukan perlu dikaji semula selaras dengan meningkatnya bebanan tugas tanpa mengira masa, perbelanjaan untuk masyarakat yang diwakili dan kos sara hidup semakin meningkat.
 
“Memang wajar sebab ia selaras daripada aspek pelarasan gaji yang dibuat di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan juga aspek kutipan hasil Selangor yang semakin meningkat.

Kenaikan Gaji Exco, ADUN Berpandukan JPM, Sarawak

SHAH ALAM 27 NOV: Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Ia dipersetujui sebulat suara ahli dewan yang turut mengandungi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan diluluskan mengikut Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Negeri (Saraan)(Pindaan) 2013.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia berpandukan kenaikan sama di Sarawak dan gaji Kerajaan Pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) kendalian Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang

Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.

Isu 4:  Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang

"Saya berharap Kerajaan Negeri segera melaksanakan projek tersebut yang bernilai RM5.3 juta yang telah diluluskan tahun lepas di 3 kawasan tadahan di Sungai Teluk Gadong, Sungai Aur dan Sungai Puluh di Klang.

Selain daripada itu, saya memohon Kerajaan Negeri untuk menyegerakan pembinaan sebuah kolam takungan di Taman Botanik yang dibina dengan usaha sama syarikat Harum Intisari anak syarikat kepada MMC Gamuda dan pihak Majlis Perbandaran Klang yang sepatutnya siap pada penghujung bulan Julai ini.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.

Isu 3:  Mengkaji Semula Sistem Tender dan Sebutharga di PBT

"Saya mencadangkan agar kita mengkaji semula mekanisma yang dilaksanakan di kebanyakan PBT.

Pertama sekali mengenai “harga terendah”. Memang pada dasarnya pendekatan mendapatkan “harga terendah” menguntungkan kerajaan, tetapi apa yang berlaku adalah harga terendah tersebut juga menghasilkan  kualiti kerja dan produk yang terendah, tidak sepadan dengan nilai terbaik dengan hormat ‘value for money’ terhadap wang yang dibelanjakan.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.

Isu 2:  Mencadangkan sebuah Enakmen Melarang Minuman Keras di Kawasan dan Tempat-tempat Awam

"Ini bertujuan memberi kuasa dari segi undang-undang  kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Polis untuk menguatkuasa undang-undang melarang orang ramai meminum minuman keras (arak, bir, alkohol)  secara terbuka di kawasan-kawasan awam seperti di tapak taman permainan kanak-kanak dan kawasan rekreasi, tepi padang bolasepak dan tanah-tanah lapang serta kawasan awam yang lain.
    
Pejabat saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai, kumpulan-kumpulan yang meminum minuman keras di lokasi-lokasi berkenaan hingga larut malam dan kemudiannya meninggalkan botol-botol kosong dan pecah berselerakan di tempat tersebut.

Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.

Isu 1: Membelanjakan Dana Geran SelangorKu Untuk Pembangunan Infrastruktur Kawasan Luar Bandar dan Desa.

"Saya berharap Kerajaan Negeri segera menggunakan dana dari hasil simpanan tunai yang sebanyak RM2 Bilion dibelanjakan untuk kerja menaik taraf infrastruktur di kawasan luar bandar dan desa.

Tidak ada maknanya kita menyimpan RM2 Bilion sedangkan banyak jalan-jalan kampung di DUN saya berlubang-lubang besar dan sekian lama tidak diselenggara secara berkala.

ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar hari ini mencadangkan agar satu kerajaan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam.

Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan.

Kawasan awam yang dimaksudkannya itu termasuk tempat-tempat seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola, kata bekas exco itu.

"Pejabat saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang kumpulan yang minum minuman keras di lokasi berkenaan sehingga larut malam dan kemudian meninggalkan botol kosong dan juga pecah yang berselerak di tempat tersebut.

“Keadaan ini menyebabkan kacau dan ganggu kepada keharmonian dan ketenteraman penduduk setempat di kawasan berhampiran," katanya.

Katanya, undang-undang seperti itu dikuatkuasa di beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang menghalang perbuatan membawa dan meminum bahan tersebut di kawasan seperti taman dan pantai.

Selain itu, beliau juga menuntut agar kerajaan mengharamkan penjualan arak murah bagi membendung gejala sosial yang menurutnya semakin serius.

"Saya juga mohon kerajaan negeri melarang dan mengharamkan jualan arak murah yang boleh diperolehi dengan mudah dan berleluasa di kedai runcit, kedai perubatan Cina dan pasaraya di seluruh negeri.

"Yang begitu membimbangkan, pengambilan minuman ini dilakukan oleh ramai dari masyarakat India berpendapatan rendah.

"Ini menimbulkan masalah gejala sosial dan menyebabkan banyak berlakunya kes jenayah dan penderaan rumah tangga di kalangan masyarakat India yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar.

"Pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan juga mesti terus memantau kedai yang menjual arak ini daripada menjualnya," katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Sumber: Malaysiakini
Kenyataan Media YB Dr. Xavier Jayakumar

Menguatkuasakan Enakmen Melarang Meminum Minuman Keras Secara Terbuka di Tempat-tempat Awam dan Penutupan Kilang Memproses ‘Cheap Hard Liquor’

2 Julai 2013


Dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor pada hari ini saya telah membentang dan mencadangkan supaya sebuah enakmen yang melarang minuman keras di tempat-tempat awam dikuatkuasakan di Negeri Selangor.

Enakmen seperti ini telah pun dikuatkuasakan dikebanyakan negara seperti Australia, Canada dan Finland bagi membendung aktiviti meminum minuman keras secara terbuka di tempat-tempat awam kerana mengundang kepada kacau ganggu terhadap ketenteraman awam serta kerosakan harta benda dan punca kepada masalah sosial.

Melalui penguatkuasaan enakmen ini, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Polis boleh menguatkuasakan undang-undang melarang orang ramai meminum minuman keras secara terbuka di tempat awam. Mereka yang didapati bersalah kemudiannya dikenakan denda dan hukuman yang sepatutnya.

Isu berkaitan yang saya tegaskan juga adalah penutupan kilang-kilang yang mengeluarkan arak-arak keras murah (cheap hard liquor). Umum diketahui arak-arak jenis ini mengandungi kandungan alkohol yang sangat tinggi yang mendatangkan banyak masalah kesihatan terutamanya kepada organ-organ dalaman.

Selain masalah kesihatan, masalah keruntuhan rumahtangga dan penderaan juga adalah akibat daripada pengambilan arak-arak jenis ini. Kita tidak boleh nafikan bahawa kadar jenayah terutamanya dikalangan belia yang juga telah menular disekolah-sekolah meningkat akibat pengambilan arak terutamanya arak keras murah yang mudah diperolehi dan dijual secara berleluasa.

Realiti yang saya lihat pada hari ini, pengeluaran dan penjualan arak-arak dari jenis ini hanya membawa kepada kehancuran sosial dan masalah kesihatan. Oleh itu saya telah mencadangkan supaya kilang-kilang sedia ada diberi tempoh paling lama 3 tahun kemudian operasinya dihentikan. Pihak berkuasa dan agensi berkaitan juga perlu terus memantau dan mengetatkan undang-undang sedia ada berkaitan pengeluaran dan penjualan arak-arak keras murah ini.

Justeru, satu tindakan tegas dan segera perlu dilakukan yang akhirnya dapat menjadikan Enakmen Melarang Meminum Minuman Keras Secara Terbuka di Tempat-tempat Awam serta penutupan kilang-kilang arak keras murah (cheap hard liquor) ini menjadi kenyataan.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
ADUN Seri Andalas

2 Julai 2013

Selangor Mahu Pujuk Ketua Pembangkang Ketuai PAC

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan berusaha memujuk Ketua Pembangkang daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Shamsudin Lias supaya mempengerusikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri. 

Speaker Selangor Hannah Yeoh berkata pihaknya akan berjumpa dengan Shamsudin untuk menawarkan jawatan tersebut kepada beliau dalam masa terdekat. 

“Kita juga berharap di peringkat Persekutuan Parlimen akan membuat perkara sama dengan menawarkan jawatan Ketua PAC kepada Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim),” katanya dalam sidang media di sini hari ini. 
SHAH ALAM: Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) selesai melakukan upacara rasmi angkat sumpah jawatan di Dewan Negeri di sini pagi tadi. Upacara dimulakan Adun Subang Jaya Hannah Yeoh yang juga mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan, diikuti Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Timbalan Speaker. 

Kemudian diikuti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Adun Pelabuhan Klang, serta ahli dewan lain mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri di hadapan Hannah. 

Abdul Khalid dalam ucapannya selepas selesai upacara mengucapkan tahniah kepada semua Adun dan berharap semua ahli dewan bersedia memikul amanah serta tanggungjawab kepada rakyat Selangor. Hannah turut menerima pujian daripada Abdul Khalid dan mantan Speaker Datuk Teng Chang Khim kerana menjadi wanita pertama dalam sejarah perundangan negara dilantik sebagai Speaker. 
SHAH ALAM 27 NOV : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mengorak langkah terbaru dengan menerbitkan penyata laporan setiap jawatankuasa khasnya untuk diedarkan kepada masyarakat awam.

Sepaker DNS, Datuk Teng Chang Kim berkata setiap jawatankuasa akan menyiapkan penyata laporan berbentuk buku yang lengkap untuk tujuan pencetakan dan pengedaran.

Sebelum ini, katanya, penyata laporan hanya dibentangkan dalam DNS dan pengedarannya terhad.

“Mulai hari ini DNS membuat satu langkah terbaru dengan penerbitan semua penyata laporan bagi setiap jawatankuasa.

“Kita mngikut amalan berparlimen dipraktikkan di negara komanwel lain di mana ia diterbitkan untuk dieadarkan kepada pihak awam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
BESTARI JAYA, 6 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 Oktober ini bagi memperolehi perkenan untuk mengadakan Sidang Khas Dewan Negeri Selangor (DNS).

Sidang khas DNS itu bagi membincangkan tiga kertas putih iaitu kutipan hutang Talam Corporation Berhad, laporan kempen Selangorku Bersih dan isu penyusunan semula industri air Selangor.

Abdul Khalid berkata, Sidang DNS pada 19 November pula akan memberikan tumpuan kepada pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2013 Selangor.

“Sidang Dewan Negeri yang dipersetujui adalah pada 19 November dan Tuanku Sultan telah mempersetujui untuk sidang itu yang perlu dilakukan setiap enam bulan,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas perasmian Dataran Anak Muda DUN Ijok di sini.
top