Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.
Isu 1: Membelanjakan Dana Geran SelangorKu Untuk Pembangunan Infrastruktur Kawasan Luar Bandar dan Desa.
"Saya berharap Kerajaan Negeri segera menggunakan dana dari hasil simpanan tunai yang sebanyak RM2 Bilion dibelanjakan untuk kerja menaik taraf infrastruktur di kawasan luar bandar dan desa.
Tidak ada maknanya kita menyimpan RM2 Bilion sedangkan banyak jalan-jalan kampung di DUN saya berlubang-lubang besar dan sekian lama tidak diselenggara secara berkala.
Antara sebab berlakunya keadaan sedemikian ialah jalan-jalan kampung ini terletak atau melalui tanah-tanah milik persendirian tetapi telah digunakan oleh orang ramai sejak dari generasi terdahulu lagi.
Lantaran itu berlakulah ‘perbalahan’ antara pihak Pejabat Tanah dan Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan tentang siapa yang harus bertanggungjawab dalam menyelenggarakan jalan-jalan tersebut disebabkan oleh “kekangan” penggunaan dana kerajaan negeri terhadap jalan-jalan di tanah-tanah persendirian.
Oleh itu saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menghapuskan kekangan ini demi kepentingan orang ramai dan seterusnya dana tersebut dapat disalurkan bagi kerja-kerja naik taraf dan penurapan jalan-jalan berlubang tersebut."

Isu-isu lain:
Isu 3: Mengkaji Semula Sistem Tender dan Sebutharga di PBT
Isu 4: Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang
0 comments:
Post a Comment