Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas
di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena
Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama
Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.
Isu 2: Mencadangkan sebuah Enakmen Melarang Minuman Keras di Kawasan dan Tempat-tempat Awam
"Ini bertujuan memberi kuasa dari segi undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Polis untuk menguatkuasa undang-undang melarang orang ramai meminum minuman keras (arak, bir, alkohol) secara terbuka di kawasan-kawasan awam seperti di tapak taman permainan kanak-kanak dan kawasan rekreasi, tepi padang bolasepak dan tanah-tanah lapang serta kawasan awam yang lain.
Pejabat saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai, kumpulan-kumpulan yang meminum minuman keras di lokasi-lokasi berkenaan hingga larut malam dan kemudiannya meninggalkan botol-botol kosong dan pecah berselerakan di tempat tersebut.
Keadaan ini menyebabkan kacau ganggu kepada keharmonian dan ketenteraman penduduk setempat di kawasan berhampiran apabila mereka terdedah kepada bunyi bising dari kumpulan-kumpulan tersebut dari larut malam malah hingga awal pagi.
Keesokan harinya pula kanak-kanak kecil yang datang untuk bermain di taman-taman permainan itu pula akan terdedah kepada botol-botol kaca yang berselerakan dan ini mengundang kepada bahaya kecederaan.
Untuk makluman YB dewan, undang-undang melarang meminum minuman keras di kawasan awam dan terbuka ini telah dikuatkuasakan di negara-negara seperti Australia, Canada, Finland, Hungary, Norway, Poland, Sepanyol dan Amerika Syarikat.
Sebagai contoh di Australia terutamanya di South Australia melalui dengan izin “Liquor Licensing Act 1997” (Lampiran South Australia Liquor Licensing Act 1997 Part 10. 131 Muka Surat 93) melarang meminum atau membawa minimuan keras di tempat-tempat awam seperti taman rekreasi dan pantai.
Kita patut mengikuti contoh yang baik seperti ini. Dan penguatkuasaan ini juga mengambil kira sekiranya ada permintaan untuk meminum minuman keras ditempat-tempat awam dan terbuka semasa mengadakan majlis-majlis persendirian, orang ramai hendaklah terlebih dahulu mendapatkan permit kelulusan daripada PBT.
Dengan berkuatkuasanya enakmen ini kita dapat membendung gejala-gejala sosial yang terjadi hasil daripada meminum minuman keras dikawasan awam tersebut.
Saya juga memohon pihak Kerajaan Negeri melarang dan mengharamkan penjualan arak-arak murah dengan izin ‘cheap hard liquor’ yang boleh diperolehi dengan mudah dan berleluasa di kebanyakan kedai-kedai runcit, kedi-kedai seh-seh Cina, dan pasaraya di seluruh negeri.
Arak-arak murah ini mempunyai kadar alkohol yang begitu tinggi dan boleh merosakkan organ dalaman dan tahap kesihatan peminumnya.
Yang begitu membimbangkan adalah pengambilan minuman ini dilakukan oleh ramai di kalangan masyarakat india yang berpendapatan rendah.
Ini menimbulkan pelbagai masalah gejala sosial dan menyebabkan berlakunya banyak kes-kes keruntuhan dan penderaan rumahtangga, dengan izin “Domestic Violence” di kalangan masyarakat india yang tinggal di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar.
Ketika ini kita dapati peningkatan jenayah yang dilakukan secara tidak langsung disebabkan pengambilan arak yang tidak terkawal ini bukan sahaja dikalangan belia malah telah menular masuk ke sekolah-sekolah. Aktiviti gangsterisma terutamanya dikalangan belia india berleluasa, vandalisma dan kerosakan harta benda awam juga boleh dilihat disana-sini.
Saya meminta pihak polis lebih prihatin terhadap jenayah yang dilakukan kerana akibatnya menyebabkan risiko kepada keselamatan orang awam. Saya juga meminta agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan turut memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menangangi masalah ini.
Seperti yang saya nyatakan juga, akibat daripada pengambilan cheap hard liquor ini adalah masalah kesihatan organ dalaman seperti kerosakan hati yang boleh menjurus kepada banyak masalah kesihatan yang lain. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan peningkatan kos kesihatan serta menyebabkan prestasi tenaga kerja terjejas.
Justeru, satu tindakan tegas perlu kita ambil. Saya mencadangkan supaya kilang-kilang yang menghasilkan dan menjual cheap hard liquor ini diberi masa paling lama 3 tahun untuk meneruskan operasi mereka dan kemudiannya ditutup bagi memastikan tidak ada lagi pengeluaran dan jualan arak murah ini kepada orang ramai. Sekiranya kilang-kilang ini dibiarkan terus beroperasi, begitulah juga gejala-gejala sosial yang berkaitan akan terus menjadi-jadi.
Pihak berkuasa dan agensi-agensi berkaitan juga mesti terus memantau kedai-kedai yang menjual arak ini dan memperketatkan garis panduan penjualannya."

Isu-isu lain:
Isu 4: Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang
0 comments:
Post a Comment