Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas
di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena
Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama
Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.
Isu 3: Mengkaji Semula Sistem Tender dan Sebutharga di PBT
"Saya mencadangkan agar kita mengkaji semula mekanisma yang dilaksanakan di kebanyakan PBT.
Pertama sekali mengenai “harga terendah”. Memang pada dasarnya pendekatan mendapatkan “harga terendah” menguntungkan kerajaan, tetapi apa yang berlaku adalah harga terendah tersebut juga menghasilkan kualiti kerja dan produk yang terendah, tidak sepadan dengan nilai terbaik dengan hormat ‘value for money’ terhadap wang yang dibelanjakan.
Apa yang terjadi ialah; disebabkan amalan sistem “harga terendah” ini telah menyebabkan hasil kerja tidak memuaskan kerana dalam banyak kerja-kerja pembersihan kawasan contohnya di dalam pakej kerja, ianya tidak termasuk kerja-kerja perkhidmatan dan penyelengaraan seterusnya.
Saya berikan contoh bagi kerja-kerja memotong rumput di dalam sesuatu kawasan. Selepas selesai kerja-kerja memotong rumput dilaksanakan, sisa-sisa rumput tadi dibiarkan berlonggok dan tidak disapu dan di bawa pergi kerana harga terendah tadi hanya melibatkan kerja-kerja ‘potong rumput’ sahaja.
Jadi saya mencadangkan agar dikaji semula sistem harga terendah tadi atas alasan yang telah saya nyatakan, begitu juga setiap pembayaran perlulah dibuat hanya apabila kerja-kerja yang dibuat telah dipastikan selesai sepenuhnya.
Kedua, saya mencadangkan satu pelaksanaan dasar baru oleh Kerajaan Negeri Selangor yang dilaksanakan di peringkat Kerajaan Negeri dan kesemua PBT iaitu pelaksanaan kuota pemberian kontrak yang baru.
Dibawah pelaksanaan dasar baru ini, saya cadangkan;
50% kontrak diberikan kepada syarikat bumiputera.
20% kontrak diberikan kepada syarikat bukan bumiputera.
Dan selebihnya 30% dibuka kepada semua.
Dibawah pelaksanaan dasar baru ini, syarat-syarat yang perlu dipenuhi pemohon tender adalah mereka yang telah berdaftar dengan UPEN dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta CIDB. Kuota ini tidak tertakluk semata-mata kepada kontraktor Kelas F.
Matlamat yang ingin dicapai disini adalah pengagihan kontrak secara lebih adil kepada semua serta mengelakkan gejala perniagaan Ali Baba.
Sekiranya dipersetujui kertas kerja perlu dibuat oleh UPEN dan Kerajaan Negeri menjadikannya sebagai satu dasar yang kemudiannya dilaksanakan di peringkat negeri dan PBT."

Isu-isu lain:
Isu 4: Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang
0 comments:
Post a Comment