KUALA LUMPUR 30 APR: Sempena himpunan 1 Mei esok, bilik operasi gerakan guaman dan perubatan dibuka sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
Jawatankuasa 1 Mei dalam siaran di laman facebook memaklumkan, sekiranya ada peserta himpunan 1 Mei ditahan polis, digalakkan untuk menghubungi mana-mana diantara nombor kecemasan berikut: 013-3845740, 019-4442070, 019-2207495, 016-3832323, 012-6648873, 017-2649017, 019-8013149, 017-2734090 dam 019-2490167.
Manakala Dewan Pemuda Pas Selangor turut menyediakan sukarelawan guaman melalui Jabatan Undang-undang & hak asasi manusia (Juham).
Juham memaklumkan, jika ada peserta terlibat kes tangkapan atau melihat provokasi sepanjang himpunan 1 Mei sila SMS ke nombor Hotline 011- 2663 6724, 011- 2663 6784 dan 011- 2663 6796.
bantuan_perubatanPengadu hanya perlu menyatakan nama dan nombor kad pengenalan, tarikh dan masa tangkapan dan lokasi balai polis dimana peserta ditahan.
Sementara itu, jika peserta himpunan memerlukan bantuan perubatan, sila SMS lokasi tepat, tanda tempat berkaitan, jenis kecemasan dan nombor telefon ke talian 019-3710015.
0 comments:
Post a Comment