1 Mei, Hari Referendum Rakyat Bantah GST

KUALA LUMPUR 30 APR: Jawatankuasa 1 Mei menyeru rakyat Malaysia untuk hadir ke himpunan 1 Mei sebagai referendum membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Setakat ini, 95 organisasi NGO, kesatuan sekerja, persatuan pengguna, parti politik telah menyokong Deklarasi Hari Pekerja 2014 dimana tuntutan utama deklarasi adalah membantah pelaksanaan cukai GST.

“Marilah kita tidak sia-siakan hari bersejarah ini dan menggunakan hari ini untuk membuat satu referendum kepada Kerajaan bahawa rakyat menolak Cukai GST,” kenyataan Jawatankuasa 1 Mei dipetik.

Dalam pada itu, Jawatankuasa 1 Mei turut melancarkan Deklarasi 1 Mei yang mengandungi 15 tuntutan termasuk bantahan terhadap pelaksanaan cukai GST dan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Berikut adalah 15 perkara yang terkandung dalam Deklarasi 1 Mei:
1. Tolak dan Batalkan CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) yang memiskinkan lagi rakyat.

2. Hentikan Rundingan Trans Pasifik Partnership Agreement (TPPA). Dedahkan kandungan TPPA di Parlimen dan dapatkan pandangan rakyat terhadap perjanjanjian TPPA ini.

3. Menguatkuasakan pelaksanaan 100% Polisi Gaji Minima RM900 di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak dan mengkaji semula jumlah Gaji Minima ini selaras dengan kenaikan kos hidup, maka kami sarankan RM1500 Gaji Minima dilaksanakan.

4. Hak Kesatuan Sekerja – Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.

5. Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita. Majikan, Kerajaan dan Mahkamah perlu menegakkan hak wanita dan melaksanakan konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Hentikan gangguan seksual di tempat kerja, termasuk dengan menggubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.

6. Hak Pekerja Migran – Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.

7. Hak Pembelaan Pekerja Migran – Pekerja migran yang dibuang kerja harus dibenarkan berada di Malaysia dengan permit kerja sehingga kesnya didengar penuh untuk mempertahankan hak dia. Hapuskan kontradiksi undang-undang antara Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigeresan.

8. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas – Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaaan.

9. Kebebasan Media – Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan.

10. Kawal Harga Barang – Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.

11. Hak Pelajar – Mansuhkan AUKU dan PTPTN. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar.

12. Hak Orang Asal – Iktiraf Hak Tanah Adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asal di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal.

13. Alam Sekitar – Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti Lynas, Insinerator dan lain-lain. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.

14. Perumahan Selesa – Hentikan pengusiran paksa terhadap peneroka bandar. Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan.

15. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi rakyat, antaranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Prevention of Crime Act (PCA), Akta Perhimpunan Aman (APA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan 1948 (Sedition Act), Akta Dadah Berbahaya

0 comments:

top