HULU KELANG, 22 FEB: Projek ‘Rumah Selangorku’ pertama yang akan dibina di Sungai Sering, Hulu Kelang akan menggunakan RM100 juta daripada rizab Kerajaan Negeri yang berjumlah RM3 bilion.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan RM100 juta itu digunakan sebagai modal pusingan membina rumah mampu milik tanpa perlu Kerajaan Negeri membuat pinjaman bank.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan RM100 juta itu digunakan sebagai modal pusingan membina rumah mampu milik tanpa perlu Kerajaan Negeri membuat pinjaman bank.
“Rumah kos rendah tidak akan diabaikan dengan pembinaannya diteruskan untuk menjaga kebajikan golongan yang kurang berkemampuan,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah ‘Rumah Selangorku’ pertama di negeri itu di Taman Ukay Indah, Sungai Sering, di sini.
Abdul Khalid berkata konsep ‘Satu Keluarga, Satu Kediaman’ adalah supaya rakyat dapat memiliki rumah sendiri memandangkan harga ditawarkan pasaran membebankan golongan kurang berkemampuan.
Rumah SelangorkuKatanya, Eco World Development Sdn Bhd dilantik selaku pemantau projek itu selain bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang akan memastikan keselamatan cerun di kawasan pembinaan.
Projek pembangunan Rumah Mampu Milik pertama ini akan dibangunkan di atas tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) pada keluasan 55 ekar.
Kerja pembinaan dijangka akan bermula dalam tempoh enam bulan selepas mendapat kelulusan pembangunan serta pelantikan kontraktor selesai.
Hampir 2,400 unit rumah akan dibina melalui projek perintis ini dengan keluasan 900 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi dengan menggunakan konsep pembinaan secara pasang siap (IBS).
“Jika ini berjaya dilakukan, pembeli rumah akan tahu nilai dan harga rumah yang dibeli dan kerajaan akan menjual pada kos pembinaan, bukannya pada kadar mendapatkan keuntungan,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata keutamaan adalah kepada yang melum memiliki rumah, pasangan baru berkahwin, memiliki anak yang ramai dan pendapatan isi rumah antara RM3,000-RM8,000.
Abdul Khalid sebelum itu menandatangani perjanjian persefahaman bersama CEO Eco World Development Sdn Bhd, Datuk Chang Khim Wah dan Pengarah Eksekutif LPHS, Norazaton Aini Mohd Kassim.
“Projek ini dengan konsep bukan sahaja Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah tetapi wang pusingan yang dijangkakan RM100 juta dan akan digunakan dalam proses pembinaan itu.
“Untuk menentukan perjalanan projek ini dilakukan, kita telah meminta Eco World bertindak selaku pemantau projek secara telus,” kata Abdul Khalid.
MB SelangorSementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Eco World Development, Datuk Chang Khim Wah menjangkakan projek ini dapat diselesaikan dalam masa lima tahun melalui tiga fasa pembinaan.
“Kita jangkakan pembinaan fasa pertama berjumlah 1,000 unit siap dalam masa tiga tahun,” katanya.

Sumber: SelangorKu
0 comments:
Post a Comment