KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan semalam tampil dengan satu lagi ‘kecerdikannya’ menjelang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Selepas mengadakan taklimat tertutup anjuran Umno Hulu Langat, beliau memberitahu, kes liwat Anwar Ibrahim yang masih belum selesai di mahkamah dan isu video yang menyerupai Ketua Pembangkang itu akan menjadi bahan kempen utama sepanjang pilihanraya itu nanti.
Mengulas kenyataan Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan itu, blogger Shahbudin Husin menyifatkan dengan awal-awal lagi sudah memberi signal akan membangkitkan dan menjaja cerita liwat mengenai Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di Dun Kajang, ia tidak lain memperlihatkan Umno dan BN benar-benar sudah kekeringan modal untuk menghadapi PRK itu.

Menurutnya, isu liwat yang melibatkan Anwar telah gagal mempengaruhi pengundi dan langsung tidak mendatangkan kesan untuk melemahkan kekuatan Anwar serta Pakatan Rakyat berdasarkan keputusan PRU13 lalu.
Justeru ulas Shahbudin, melalui CGPA 3.85 yang dimilikinya, Ahmad Maslan sepatutnya juga harus sedar bahawa kemenangan BN di banyak kerusi dalam pilihanraya umum lalu adalah atas sumbangan pengundi luar bandar dan kampung yang tidak terdedah kepada maklumat internet dan ia berbeza sama-sekali dengan pengundi Kajang.
“Bagi kebanyakan pengundi Kajang dan rakyat ketika ini, isu yang membelenggu mereka ialah berkenaan kenaikan harga barang dan beban kos hidup serta beberapa isu lain seperti kerajaan yang baik, pentadbiran yang telus, pemimpin yang berjiwa rakyat dan seumpamanya,” tulisnya di dalam blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/ semalam.
Bagi beliau, dengan tidak menjaja isu video itu sekurang-kurangnya wajah hodoh Umno dan kerajaan kerana ‘terlebih cerdiknya’ Ahmad dapat dielakkan.
Sumber: HarakahDaily
0 comments:
Post a Comment