KUALA LUMPUR 5 FEB: Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan keatas syarikat takaful merupakan satu lagi tambahan yang membebankan rakyat.

“Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, kenaikan insuran sebanyak 15 peratus merupakan satu kenaikan yang tinggi.“Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

“Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda,” kata Azrul kepada Keadilandaily.

Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia telah meluluskan kenaikan premium insuran takaful sebanyak 15 peratus.

Kenaikan tersebut membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan juga bas ekspress, bermula 15 Februari 2014.

Justeru kata Azrul, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar.

Tambahnya, penduduk di luar bandar memerlukan kenderaan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran.

“Di bandar ada pengangkutan awam, jika nak berjimat. Tapi penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam. Mereka terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak.

“Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika tak bayar, pengguna tak dapat cukai jalan.

“Penduduk kampung terpaksa menanggung kenaikan. Beban ini lebih-lebih lagi dirasai penduduk di bandar.

“Kita tidak dapat menjangkakan apa lagi yang naik selepas ini. Siapa tahu pula, selepas ni cukai jalan pula akan dinaikkan? kata Azrul.

Sumber: KeadilanDaily

0 comments:

top