Batu Gajah, 29 Januari 2012 - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diarak lebih 100 meter dari jalan besar Batu Gajah-Tanjong Tualang ke tapak pesta menaiki kereta lembu bersama kepimpinan PKR Pusat, Negeri Perak dan kempimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Lebih 300 periuk dan peralatan memasak telah digunakan dalam program tersebut. Pertandingan tarik tali juga turut diadakan. 

Turut serta ialah N. Surendran, Naib Presiden PKR, Dr. Mohd Nor Manuty, Pengerusi PKR Perak, Dr. Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan V. Sivakumar, bekas Speaker DUN Perak  serta kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat yang berbangsa Tiong Hua.

Tahun naga yang merupakan tahun baru kali ini merupakan tahun yang istimewa dan semoga sambutan perayaan ini diraikan dengan penuh kemeriahan disamping keluarga dan rakan-rakan.

Saya berharap amalan kunjung-mengunjungi diantara satu sama lain akan diteruskan bagi merapatkan hubungan bukan sahaja dikalangan masyarakat Tiong Hua malah masyarakat lain yang berbilang bangsa dan agama untuk turut meraikan bersama-sama.

Bagi mereka yang akan membuat perjalanan jauh pulang ke kampung, saya berharap akan mengutamakan aspek keselamatan dan sentiasa berhati-hati dijalanraya. Semoga selamat ke destinasi masing-masing.

Sekali lagi bagi pihak saya dan keluarga serta warga kerja DUN Seri Andalas, mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
ADUN Seri Andalas
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
SHAH ALAM, 20 JANUARI: Negeri Selangor terus komited dan telus dalam usaha menguruskan sisa pepejal dengan menggunakan teknologi yang lebih berkesan bahkan berupaya menjimatkan kos penyelenggaraan.

Ia terbukti menerusi pembinaan Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di Shah Alam bagi tujuan pengumpulan sisa pepejal sebelum dihantar ke tapak pelupusan akhir sampah.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, stesen pemindahan ini akan bertindak sebagai pusat transit untuk sisa pepejal sebelum dilupuskan di tapak pelupusan yang terletak di Jeram, Kuala Selangor.

Menurut Ronnie, stesen pemindahan itu dilihat lebih efektif malah lebih menguntungkan kerana sisa pepejal dari lori kutipan akan dikumpulkan dan dimampatkan terlebih dahulu sebelum dipindahkan kepada jentera yang lebih besar muatannya untuk dihantar ke tapak pelupusan akhir.

Kerajaan Selangor Ucap Selamat Tahun Baru Cina

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina di Malaysia, khususnya di Selangor.

"Kerajaan negeri Selangor dengan gembira menyambut ketibaan tahun naga, yang dipercayai oleh kaum Cina sebagai tahun yang istimewa dan bertuah," kata Menteri Besar.

"Saya berharap semua rakyat Selangor, tidak kira kaum, bangsa ataupun agama akan mengambil kesempatan musim perayaan ini untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ADUN Sijangkang Angkat Sumpah Ganti Hasan Ali

ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Dr Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan.
Kampung Jawa, 15 Januari 2012 - Sebanyak 150 hamper makanan disumbangkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar di Tokong Tiong Sheng Keng, Lot 1596, Batu 3 1/4 Kampung Jawa.

Majlis sumbangan hamper yang bermula jam 10.30 pagi ini dibuat bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba kira-kira satu minggu lagi.

Hamper yang disumbangkan mengandungi beras 10kg, gula 1kg, air kordial 1 liter, mee hoon, susu dan sardin.

Pemberian sumbangan hamper ini diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak keluarga yang tidak berkemampuan untuk meraikan Tahun Baru Cina ini.

500 Kotak Limau Diagihkan Sempena Tahun Baru Cina

Klang, 14 Januari 2012 - Sebanyak 500 kotak limau diagihkan kepada orang ramai bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba.
Kawasan-kawasan agihan sekitar DUN Seri Andalas adalah:

Dihadapan Pasaraya 99, Taman Sentosa pada hari ini bermula jam 5 petang.

Di pasar pagi Taman Klang Jaya pada hari esok bermula jam 8 pagi dan kemudiannya pada waktu petang di jalan masuk Taman Klang Jaya.

Pemberian limau adalah acara setiap tahun di DUN Seri Andalas sempena Tahun Baru Cina. YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua sukarelawan yang hadir memberi bantuan. 
Taman Sentosa, 13 Januari 2012 - Sebanyak 150 periuk ponggal telah diagihkan kepada orang ramai yang akan meraikan perayaan ponggal yang bakal tiba.

Sumbangan periuk dan peralatan tersebut telah dibuat oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang, Encik PS Rajoo di hadapan Bilik Gerakan DUN Seri Andalas, Taman Sentosa sejak jam 5 petang.

Hadir bersama-sama beliau membantu mengagihkan periuk dan peralatan adalah isteri kepada ADUN Seri Andalas, Puan Sheila Devaraj dan para sukarelawan DUN Seri Andalas.

Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Persiapan memasak Ponggal dalam periuk tanah liat dan mengikat tebu dipintu rumah adalah sinonim dengan perayaan ini. Merupakan perayaan terbesar selepas Deepavali dan Thaipusam.
Taman Sentosa, 13 Januari 2012 - Sebanyak 15 buah basikal telah disumbangkan kepada pelajar-pelajar disekitar kawasan DUN Seri Andalas yang datang dari keluarga kurang mampu dan ibu tunggal.

Program sumbangan basikal ini adalah sebahagian daripada usaha YB Dr Xavier Jayakumar untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga kurang mampu dan dari keluarga ibu tunggal untuk membantu anak-anak mereka ke sekolah.

Sumbangan basikal diberikan kepada pelajar-pelajar lelaki yang bersekolah di sekolah menengah manakala bantuan yuran bas sekolah diberikan kepada mereka yang kebanyakannya masih bersekolah rendah.

Kesemua 15 basikal tersebut telah diserahkan kepada penerima-penerimanya di kilang Asogo, Taman Sentosa.

Program bantuan ini adalah program yang berterusan dan telah diadakan sejak YB Dr Xavier Jayakumar dipilih menjadi ADUN seri Andalas. YB Dr Xavier Jayakumar berharap dengan sumbangan basikal dan bantuan yuran sekolah yang diberi, anak-anak ini dapat meneruskan persekolahan dengan selesa dan akhirnya bertekad untuk mempertingkat taraf hidup mereka.
SHAH ALAM, 12 JAN: Laporan palsu pihak media yang tidak bertanggungjawab menuduh peserta perhimpunan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu sebagai dalang letupan dikecam Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong.
"Tuduhan tersebut tidak masuk akal, memandangkan kawasan sekeliling mahkamah berada di bawah kawalan ketat oleh kehadiran polis yang ramai. Saya menyeru pihak polis memberi keutamaan kepada siasatan kes ini.

"Pihak yang bertanggungjawab melepaskan letupan-letupan bom tersebut mesti dibawa ke muka keadilan dengan segera," katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam kejadian tersebut, tiga letupan berlaku dan mengakibatkan lima orang cedera dan mengakibatkan kerosakan harta benda terutamanya kenderaan.
Pihak Polis digesa segera menyiasat sumber yang diperolehi oleh akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Peserta Bawa Bom” yang disiarkan di muka depan akhbar tersebut semalam.

Kita menganggap laporan tersebut mendahului hasil siasatan polis sedangkan pihak polis masih menjalankan siasatan. Adalah sangat wajar pihak polis ‘mengheret’ wartawan atau editor akhbar berkenaan untuk siasatan lanjut.

Kita menganggap isu letupan yang berlaku Isnin lepas semasa ‘Himpunan 901’ sebagai amat serius dan memerlukan siasatan terperinci dan segera dari pihak polis.

Kejadian 3 letupan ini sangat mengejutkan memandangkan himpunan tersebut adalah dibawah pengawasan ketat pihak Polis sehinggakan  sebuah helikopter Polis dilihat berlegar-legar mengawasi pergerakan perhimpunan tersebut.

Kita juga menganggap beratus-ratus anggota polis berseragam atau berpakaian preman berada di situ dan kita percaya ramai anggota polis berpakaian preman  berada di kalangan  orang ramai di kawasan tersebut. 

Yang lebih meragukan kita ialah letupan berlaku bukan SATU tetapi ‘TIGA’ berselang beberapa minit antara satu sama lain.

Tanpa membuat sebarang spekulasi kita beranggapan bahawa kejadian letupan ini telah di ‘orkestra’ kan  dan telah dirancang terlebih awal (well- planned) oleh pihak-pihak tertentu. Dalam kata lain ianya bukan boleh dibuat oleh orang-orang biasa.

Kita melihat kejadian letupan ini harus pandang dengan amat serius kerana pada hari tersebut hampir seluruh media antarabangsa dan tempatan bertumpu untuk membuat liputan kes mahkamah tersebut.


Lantaran letupan tersebut memberi gambaran negatif terhadap tahap keselamatan orangramai dan hartabenda dan sekaligus ‘merobek’ kredibiliti dan ‘ketidak upayaan’ pihak polis dalam aspek mengawasi keselamatan orang ramai dan kawasan persekitaran (surveillance) dalam sesuatu perhimpunan atau keramaian di tempat awam.  

Ini juga sedikit sebanyak menghakis tanggapan Pelabur-pelabur asing terhadap ‘keupayaan’ pihak Polis menjaga serta menjamin keselamatan aset pelaburan mereka di Negara ini.

Harus dingat selain kes kematian Altantuya yang  mati dengan penggunaan bahan peledak C4, kita jarang sekali mendengar penggunaan sebarang bom atau bahan letupan terhadap orang perseorangan atau orang ramai di negara kita sejak Merdeka. 

Kita juga mempertikaikan sikap membisu Datuk Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dalam isu ini kerana orangramai mula meragui ‘kecekapan’ pihak Polis dalam ‘menjamin’ keselamatan Negara.

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor  
Tarikh : Khamis 12 Januari 2012

Masalah Sampah Selesai 24 Jam Selepas Aduan

SHAH ALAM, 11 JAN : Setiap aduan berkenaan masalah sampah yang dilaporkan ke talian bebas tol 1800-88-2824 akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, talian bebas tol itu akan mula dikuatkuasakan pada 17 Januari depan dan beroperasi seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang.

"Selepas daripada pukul 6 petang, talian ini masih beroperasi seperti biasa tetapi ia direkodkan. Pengadu hanya perlu memberitahu di mana lokasi, masa dan sebagainya.

"Saya juga ingin meminta pengadu atau orang awam untuk memberi maklumat spesifik (lengkap) di mana berlakunya masalah kutipan sampah selain dinasihatkan untuk meninggalkan nombor telefon (pengadu) supaya pengurus pusat aduan boleh menghubungi mereka semula," jelasnya.

Masalah pungutan sampah dan sisa pepejal di Selangor menjadi isu hangat apabila penduduk mendakwa kegagalan kontraktor menjalankan tugas selepas kerajaan negeri melalui PBT mengambilalih kerja-kerja pembersihan di negeri ini daripada Alam Flora Sdn Bhd.

Anwar’s Acquittal Marks a New Chapter

Source: Free Malaysia Today
Author: Lim Teck Ghee

With the acquittal by the High Court of the sodomy charge against Opposition Leader Anwar Ibrahim, a key page in the country’s political history has been turned.

Immediate winners are of course Anwar, his family, his team of lawyers, and the opposition. For Anwar, it was not only exoneration of the sexual smear charges brought against him; it was also a victory for his political fortunes and that of Pakatan Rakyat, now reenergized, ahead of the coming elections.

As the clock winds down – much more slowly now as a result of this verdict – towards the end of the current term of the Barisan Nasional government, Anwar has quite rightly refrained from crowing over this unexpected verdict.

In his first comments to the press following the court decision, Anwar asked his supporters to concentrate on the larger reform agenda, and on fighting against corruption and ensuring the freedom of the media.

901: Kejayaan Awal Pakatan Rakyat

PETALING JAYA, 6 Jan: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjelaskan apa yang berlaku hari ini menunjukkan kejayaan awal Pakatan (PR) Rakyat dan seluruh rakyat terhadap tuntutan selama ini.

Jelasnya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini, iai adalah satu usaha terbaik PR yang telah menuntut sistem yang adil dalam negara ini.

"PKR, DAP dan PAS khususnya Pakatan Rakyat hari ini menjelaskan apa yang berlaku hari ini adalah satu kejayaan awal untuk kita.

"Rakyat mahukan satu perubahan berlaku dalam sistem yang menjadi amalan Umno selama ini dan keputusan yang diberikan oleh pihak polis adalah gambaran positif Pakatan Rakyat" jelasnya.

Dalam pada itu beliau memberitahu pertemuan beliau dengan beberapa pimpinan PKR hari ini di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh telah mendatangkan hasil yang baik.

PKR Selangor Sasar 20,000 Ahli Sertai 901

SHAH ALAM 5 JAN: Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei hari ini memberi jaminan untuk mengarahkan 20,000 ahli PKR negeri untuk menyertai himpunan Aman bermula sehari lebih awal dari tarikh 9 Januari ini.

"PKR Selangor dengan ini menyeru semua anggota parti untuk berhimpun dengan cara seaman yang boleh di Mahkamah Jalan Duta bermula dari 8 Januari depan. Komintmen KEADILAN Selangor ini diterjemahkan dengan cara mengerahkan sekurang kurangnya, 20,000 anggota parti dari Selangor duduk secara aman sejak awal pagi lagi di kawasan Mahkamah Jalan Duta.

Katanya perhimpunan rakyat pada 9 Januari ini bukanlah di atas niat untuk mencetus huru-hara ataupun revolusi sebagaimana yang diputarbelitkan oleh beberapa pihak termasuk PERKASA.

"Sebagai rakyat yang faham pada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang sudah tentu keamanan merupakan satu aset penting yang wajib dipertahankan oleh semua pihak termasuklah Polis, anggota parti dan orang awam.
PKR  menyatakan kesediaan parti itu untuk berbincang dengan pihak polis untuk memastikan perhimpunan Isnin depan berlangsung dalam keadaan aman dan teratur seperti yang dituntut semalam oleh  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan.

Justeru, katanya, sebarang usaha atau tindakan yang menafikan hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.

“Oleh itu saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Azmin.
Kota Raja, 4 Januari 2012 - Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota bersama-sama sayapnya, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan telah memberikan komitmen 100% untuk turun ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 9 Januari ini untuk memberi sokongan kepada Ketua Umum, Dato Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi perbicaraan Fitnah liwat II.

Satu taklimat pada malam semalam telah diadakan kepada kesemua ahlijawatankuasa Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Kota Raja yang akan hadir memberikan sokongan.

Taklimat diberikan oleh Ketua Cabang, YB Dr Xavier Jayakumar, Timbalan Ketua Cabang, YB Shuhaimi Shafiei, Ketua AMK, Saudara Azmizam Zaman Huri dan Ketua Wanita, Puan Rozaina Hamzah.

Taklimat yang diberikan mengulas lanjut berkenaan hak-hak untuk ke mahkamah pada 9 Januari nanti mengikut perlembagaan, menjaga keselamatan diri dan mengelak dari diprovokasi oleh pihak-pihak tertentu serta bergerak secara aman.
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat Selangor mempelawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyertai perhimpunan kempen ‘Bebaskan Anwar 901′ di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini.

“Tidak terkecuali kita juga menjemput (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai perhimpunan ini. Shahrizat dan Najib juga ada hak untuk berhimpun,” kata Setiausaha Publisiti DAP Jenice Lee Ying Ha dengan nada agak sinis.

Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Teratai berkata demikian berikutan kenyataan Shahrizat semalam yang berkata perhimpunan itu sebagai tidak wajar diadakan kerana akan menimbulkan kekecohan semata-mata.

PETALING JAYA 03 JAN: Soal siapa yang akan menjadi Perdana Menteri di dalam kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang dari bertanding tidak timbul kerana muafakat yang kukuh di antara parti komponen.

Sebaliknya, Anwar berkata, jika PR dan rakyat tetap mahunya sebagai Perdana Menteri, soal kelayakannya bertanding tidak relevan kerana dia masih boleh dijadikan Perdana Menteri.

Anwar menjelaskan bahawa jika berlaku senario di mana PR menubuhkan kerajaan pusat selepas pilihanraya umum ke-13, seorang pemimpin dari PR boleh menjadi Perdana Menteri sementara dan mengembalikan kelayakan bertanding kepada beliau.

Beliau berkata ini berlaku di dalam kes negara Turki, di mana Perdana Menteri sekarang, Recep Tayyib Erdogan, dihalang daripada bertanding semasa partinya AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) memenangi pilihanraya umum pada 2002.
SHAH ALAM, 3 JANUARI : Isu berhubung himpunan 901 sempena dengan pengumuman kes fitnah Liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sama sekali tidak bercanggah dengan undang-undang negara malah dibenarkan oleh Perlembagaan.

Ini kerana himpunan yang bakal diadakan itu sekadar perhimpunan untuk memberi sokongan kepada DSAI yang dibicarakan semenjak hampir 3 tahun lalu berhubung konspirasi untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat oleh musuh-musuh politik beliau.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee tidak tertulis di mana-mana perlembagaan pun bahawa kehadiran sebagai tanda sokongan kepada tertuduh di mahkamah adalah satu kesalahan.

“Mahkamah adalah tempat terbuka kepada orang ramai untuk hadir mendengar perbicaraan.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menyampaikan penghakimannya dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Keseluruhan prosiding telah  dikutuk dengan meluasnya sebagai perbicaraan bermotif politik, yang seringkali digunakan rejim-rejim kukubesi untuk menghancurkan musuh-musuh politik mereka. Tetapi Anwar memiliki rekod panjang untuk tidak semudahnya menyerah kalah. Beliau telah mengisytiharkan bahawa apa jua keputusan pada 9 Januari ini, beliau tidak akan menyerah. Sebelum ini penjara tidak dapat mematahkan atau mendiamkan suara Anwar, semestinya juga tidak sekarang.

Tetapi apa yang dipertaruhkan di sini lebih daripada sekadar kebebasan peribadi pemimpin pembangkang. 54 tahun yang lalu, rakyat negara ini telah dijanjikan bahawa tanah air mereka yang baru merdeka akan bebas dan demokratik; dan hasrat rakyat itu telah diungkapkan dalam perundangan tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Janji ini telah dengan sengaja dimungkir oleh gabungan politik yang memerintah negara ini sejak hari tersebut sampailah ke hari ini.

Badan kehakiman yang bakal memutuskan penghakiman ke atas Anwar Ibrahim pada 9 Januari,  gagal untuk menegakkan kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan dan membenarkan pihak Eksekutif untuk menginjak-injak hak-hak asas Rakyat. Oleh yang demikian, lebih setengah abad, rakyat telah menderita akibat undang-undang menindas, rasuah berleluasa dan penyalahgunaan amanah jawatan awam untuk keuntungan dan memperkayakan diri sendiri. Rakyat ialah pemilik tanah air ini yang sebenar-benarnya. Namun rakyat hanya menjadi peminta belas ehsan di pintu Putrajaya, di mana para pemimpin Umno/ BN dan mereka yang bergantung kepada kuasanya memerintah rakyat.
 
Shah Alam, 3 Januari 2012 - Kerajaan Selangor telah mengadakan persefahaman M.O.U dengan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independan  (KAMI) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi membolehkan Kerajaan Negeri membantu secara aktif aktiviti-aktiviti akademik, sosial  dan kemasyarakat dengan warga siswa UiTM kampus utama Shah Alam.

Upacara  disempurnakan oleh Khalid Mohd Ismath, Timbalan Presiden KAMI dan YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Ujar Dr. Xavier lagi, ini adalah komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu warga universiti dalam menjayakan aktiviti-aktiviti mereka.

Ia merupakan pembuka jalan bagi hubungan erat antara persatuan mahasiswa universiti tersebut dengan Kerajaan Negeri di masa-masa yang akan datang.
Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

"Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Bercakap selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR hari ini, Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu.

Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.
top