Pihak Polis digesa segera menyiasat sumber yang diperolehi oleh akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Peserta Bawa Bom” yang disiarkan di muka depan akhbar tersebut semalam.
Kita menganggap laporan tersebut mendahului hasil siasatan polis sedangkan pihak polis masih menjalankan siasatan. Adalah sangat wajar pihak polis ‘mengheret’ wartawan atau editor akhbar berkenaan untuk siasatan lanjut.
Kita menganggap isu letupan yang berlaku Isnin lepas semasa ‘Himpunan 901’ sebagai amat serius dan memerlukan siasatan terperinci dan segera dari pihak polis.
Kejadian 3 letupan ini sangat mengejutkan memandangkan himpunan tersebut adalah dibawah pengawasan ketat pihak Polis sehinggakan sebuah helikopter Polis dilihat berlegar-legar mengawasi pergerakan perhimpunan tersebut.
Kita juga menganggap beratus-ratus anggota polis berseragam atau berpakaian preman berada di situ dan kita percaya ramai anggota polis berpakaian preman berada di kalangan orang ramai di kawasan tersebut.
Yang lebih meragukan kita ialah letupan berlaku bukan SATU tetapi ‘TIGA’ berselang beberapa minit antara satu sama lain.
Tanpa membuat sebarang spekulasi kita beranggapan bahawa kejadian letupan ini telah di ‘orkestra’ kan dan telah dirancang terlebih awal (well- planned) oleh pihak-pihak tertentu. Dalam kata lain ianya bukan boleh dibuat oleh orang-orang biasa.
Kita melihat kejadian letupan ini harus pandang dengan amat serius kerana pada hari tersebut hampir seluruh media antarabangsa dan tempatan bertumpu untuk membuat liputan kes mahkamah tersebut.
Lantaran letupan tersebut memberi gambaran negatif terhadap tahap keselamatan orangramai dan hartabenda dan sekaligus ‘merobek’ kredibiliti dan ‘ketidak upayaan’ pihak polis dalam aspek mengawasi keselamatan orang ramai dan kawasan persekitaran (surveillance) dalam sesuatu perhimpunan atau keramaian di tempat awam.
Ini juga sedikit sebanyak menghakis tanggapan Pelabur-pelabur asing terhadap ‘keupayaan’ pihak Polis menjaga serta menjamin keselamatan aset pelaburan mereka di Negara ini.
Harus dingat selain kes kematian Altantuya yang mati dengan penggunaan bahan peledak C4, kita jarang sekali mendengar penggunaan sebarang bom atau bahan letupan terhadap orang perseorangan atau orang ramai di negara kita sejak Merdeka.
Kita juga mempertikaikan sikap membisu Datuk Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dalam isu ini kerana orangramai mula meragui ‘kecekapan’ pihak Polis dalam ‘menjamin’ keselamatan Negara.
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Tarikh : Khamis 12 Januari 2012

0 comments:
Post a Comment