Jom Shopping Seterusnya 27 Ogos 2011

Klang, 11 Ogos 2011 - Seramai 86 warga emas telah dibawa membeli belah dalam program Jom Shopping julung kalinya buat DUN Seri Andalas.

Program Jom Shopping tersebut telah diadakan di Tesco Klang. Setiap warga emas telah diberikan RM100 untuk dibelanjakan.

Seawal jam 8.30 pagi, warga emas yang menyertai program Jom Shopping telah berkumpul mendaftar dan diberi taklimat ringkas oleh YB Dr Xavier Jayakumar.

Bagi kemudahan perjalanan, perkhidamatan bas oleh Majlis Perbandaran Klang telah disediakan untuk membawa kesemua warga emas ke Tesco.

Program tersebut telah dijayakan dengan bantuan 40 orang sukarelawan yang hadir memberi bantuan kepada warga emas untuk membeli belah dan membantu membawa barangan yang telah dibeli.

Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kesemua sukarelawan yang datang membantu.

Kesemua warga emas yang menyertai program Jom Shopping tersebut berasa gembira bukan sahaja dapat keluar membeli belah malah dapat beramah mesra bersama-sama wakil rakyat mereka.

Seorang peserta program tersebut yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata ini adalah pertama kali beliau pergi ke Tesco dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur program.

Pogram Jom Shopping DUN Seri Andalas seterusnya dirancang untuk diadakan pada 27 Ogos 2011 nanti. 



















0 comments:

top