Kenyataan Media

YB EXCO Kesal Dengan Kejadian ‘Vandalisme’
di Tapak Cadangan Kuil Seksyen 23 Shah Alam, Selangor



YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor melahirkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab kerana melakukan ‘vandalisme’ merosakkan pagar tapak cadangan kuil di Seksyen 23 Shah Alam.


Tulisan kain rentang serta contengan di dinding pagar juga menunjukkan betapa ceteknya pemikiran dan mentaliti mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut.


Ini dinyatakan beliau selepas melawat sendiri lokasi tersebut beberapa hari yang lalu.


Tegasnya lagi, orangramai harus mempunyai sikap menghormati hartabenda orang lain sebagaimana mereka mahu orang lain menghormati privasi dan pemilikan hartabenda mereka.


Tindakan segelintir mereka yang merosakkan hartabenda orang lain adalah satu kesalahan jenayah dan amat dipandang serius oleh pihak kerajaan Negeri .


Lantaran itu pihak kerajaan menggesa pihak berkuasa Polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap segelintir yang tidak bertanggungjawab tersebut.


Tegas beliau lagi negara ini mempunyai undang-undang yang harus dihormati demi kesejahteraan semua pihak.


Bersama ini disertakan beberapa foto di lokasi berkenaan.


Dr.Xavier Jayakumar

EXCO Kerajaan Negeri Selangor


Tarikh : 21 Ogos, 2009



0 comments:

top