Xavier Turun Padang Jumpa Penduduk

"Selepas berbincang dengan pihak jawatankuasa kita telah pun mengemukakan cadangan pembinaan itu kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan ia telah pun diluluskan," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar, di sini, semalam.

Pihak Dr A Xavier juga akan turun padang dalam tempoh terdekat bagi menemui penduduk di kawasan perumahan Seksyen 19 yang terlibat dengan permasalahan ini bagi menerangkan jalan penyelesaian dengan lebih terperinci serta mendengar pendapat daripad penduduk.

Selain itu, kuil yang mempunyai keluasan seluas 0.2 hektar yang bakal dibina di atas tanah milik PKNS itu juga telah pun mendapat persetujuan daripada PKNS untuk dipindah milikkan menjadi institusi persatuan kuil tersebut.

Beliau turut meminta agar penduduk di kawasan itu memberi kerjasama kepada pihaknya untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi mereka kerana beliau mahu masalah ini diselesaikan dengan mendapat persetujuan seimbang daripada semua golongan dan kaum yang menghuni di kawasan terbabit.

"Saya merasakan ini adalah salah satu daripada tanggungjawab yang harus saya pikul dan berharap agar rakyat negeri ini memberi peluang untuk saya cuba menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku cara yang terbaik agar ia dapat memberi keselesaan dan kesenangan kepada semua," katanya.

Sumber Berita: Sinar Harian (S4), 11 Ogos 2009


0 comments:

top