TEKS UCAPAN YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SEMPENA MAJLIS PEWARTAAN PEMBERIAN TANAH SEKOLAH
KEPADA SRJK TAMIL SIMPANG LIMA DUA, DI TAMAN SENTOSA


  • YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim - Dato' Menteri Besar Selangor
  • YB Puan Halimah Bte Mohd Ali - EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,
  • YB EXCO...
  • Ketua-ketua Jabatan...
  • Tuan / Puan hadirin yang saya hormati

50 Tahun yang lalu, kebanyakan sekolah Tamil bertumpu di kawasan perladangan dan estet-estet. Ini adalah kerana peratusan besar kaum India tinggal disana.

Melalui proses urbanisasi yang berlaku dengan begitu pesat, ramai orang India telah berpindah ke kawasan Bandar.

Bilangan Sekolah Tamil di kawasan bandar yang bertambah mencerminkan pertambahan mendadak kaum India.

Malangnya, akibat kekurangan sumber kewangan, kemudahan di sekolah-sekolah Tamil ini tidak memadai dan tidak mampu untuk menanggung bilangan pelajar yang bertambah. Masalah yang lebih besar ialah masalah kekurangan tanah untuk sekolah Tamil.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sedar bahawa pendidikan amat penting dalam pembentukan masyarakat yang cemerlang, maju dan progresif. Kerajaan melihat Sekolah Tamil Simpang Lima sebagai salah sebuah sekolah yang memainkan peranan yang penting dalam arus pembangunan pendidikan masyarakat setempat.

Sekolah Tamil Simpang Lima mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Seratus lima tahun yang lalu, sekolah ini dimulakan di sebuah kedai yang disewa di jalan Tengku Diaudin. Selepas setahun, sekolah ini dipindahkan kepada sebidang tanah yang telah didermakan berdekatan dengan roundabout Simpang Lima, dan dengan itulah terlahir nama sekolah Simpang Lima.

Pada tahun 1923, sekolah ini menjadi sekolah yang diiktirafkan oleh kerajaan. Dengan itu, populasi pelajar bertambah dengan mendadak dan satu blok bangunan baru dibina. Tidak lama kemudian, bangunan ini tidak dapat menampung populasi pelajar yang kian bertambah.

Kini sekolah ini mempunyai 2244 orang pelajar dan 98 orang guru.

Untuk makluman, pencapaian UPSR sekolah sejak 4 tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa SJK(Tamil) Simpang Lima, Klang berada dalam kategori 5 sekolah Tamil terbaik di Malaysia dalam pencapaian UPSR dan merupakan sekolah terbaik di negeri Selangor.

Tahun lepas, sebanyak 36 pelajar mendapat 7A dan 49.1% lulus sepenuhnya. Keputusan yang cemerlang ini mencerminkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang tinggi. Jelasnya, sekolah ini menjadi pilihan yang popular dalam kalangan masyarakat setempat.

Penambahan murid yang drastik setiap tahun menyebabkan keperluan sekolah dari segi kemudahan prasarana juga semakin diperlukan. Walaupun sekolah terpaksa menghadkan pengambilan murid setiap tahun tetapi desakan daripada pihak ibu bapa semakin meningkat.

Kerajaan Negeri Selangor amat peka terhadap masalah ini dan berganding bahu untuk terlibat dalam proses perkembangan sekolah Tamil ini.

Kerajaan Negeri Selangor telah julung-julung kalinya meluluskan pemberian sebuah tapak tanah berukuran 2.72 ekar di Jalan Dato' Dagang 6, Lot 66392, Taman Sentosa, Klang bagi pembinaan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil yang akan menjadi SRJKT Simpang Lima Dua.

Kelulusan dibuat setelah meneliti permintaan pendudk dikawasan Taman Sentosa dan mengenalpasti bahawa sekolah-sekolah berdekatan yang sedia ada iaitu SRJKT Simpang Lima dan SRJKT Batu Empat tidak dapat menampung permintaan yang meningkat terhadap sekolah Tamil. Kedua-dua sekolah ini mempunyai seramai 3,189 pelajar dan tidak mampu lagi menerima pelajar-pelajar baharu.

Sekolah yang baharu ini dijangka boleh menampung lebih 1,000 orang pelajar.

Langkah pemberian tanah ini adalah usaha peringkat kedua oleh Kerajaan Negeri dalam menaikkan taraf pendidikan di Negeri Selangor. Usaha peringkat pertama adalah peruntukan RM4 Juta bagi setiap sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Dengan elokasi wang ini, pelbagai program yang inovatif dan efektif dijalankan untuk sekolah-sekolah Tamil. Antaranya termasuklah:

  • pembinaan Tadika
  • program untuk pelajar lembab (Slow Learner Programme)
  • program pengkayaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • program motivasi dan kepimpinan
  • perkemahan (Young Nature Campers)
  • Total Immersion Camps (TIC) - memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris
  • program yang melibatkan partisipasi ibubapa (Parents Assuring Students Success)
  • tinjauan tanah untuk sekolah Bantuan Modal
  • percetakan majalah untuk sekolah Tamil

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat amat komited dengan usaha meningkatkan taraf pendidikan negeri selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor.


Sekian Terima Kasih.

Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor

Tarikh: 20 Ogos 2009


Foto Sekitar Majlis Perwartaan






0 comments:

top