Sivarasa dibebaskan, 29 dihadap ke mahkamah

Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen, R Sivarasa dibebaskan tengahari ini selepas ditahan selama dua hari selepas menyertai perhimpunan anti-ISA di ibunegara Sabtu lalu.

Sivarasa dibebaskan tengahari ini dengan jaminan lisan.

NONEKetika ditemui pemberita, beliau yang juga seorang peguam berkata beliau tidak pasti sama ada akan didakwa tetapi telah diminta melaporkan diri semula di balai polis Dang Wangi pada 17 Ogos ini.

Sivarasa turut mengecam kerajaan dan tindakan polis menyuraikan perhimpunan tersebut yang menyaksikan gas pemedih dan meriam air digunakan, manakala beratus orang ditangkap.

Mengulas lanjut, pemimpin PKR itu berkata, beliau terperanjat apabila mendapat tahu 40 orang di bawah umur turut ditahan.

Katanya, mereka tidak sepatutnya digari atau ditahan dalam lokap biasa.

Makanan lokap

NONE"Apa yang lebih memeranjatkan ialah mereka telah ditahan reman," katanya.

Sivarasa juga berkata beliau diberitahu seorang tahanan bahawa makanan yang disediakan kepada mereka lebih teruk daripada makanan kucing.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga wakil rakyat Subang berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam sidang parlimen yang akan datang.

29 dihadap di mahkamah

Sementara itu, 16 orang didakwa hari ini mengikut Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram.

Mereka juga menghadapi tuduhan pilihan menyertai perhimpunan haram mengikut Akta Polis 1963.

NONEManakala 13 lagi didakwa mengikut Akta Pertubuhan kerana membantu membawa baju-T bertulis 'Unit Amal Malaysia' bagi tujuan satu pertubuhan haram, 'Gagasan Mansuhkan ISA (GMI).

Kesemua mereka didakwa di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat

Sumber: MalaysiaKini



0 comments:

top