Aktiviti-aktiviti seperti agihan bubur lambuk serta sumbangan kepada masjid dan surau seringkali diadakan pada bulan Ramadhan. Aktiviti-aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan perhubungan diantara wakil rakyat dengan penduduk yang diwakili malah menunjukkan keprihatinan terhadap masyarakat berbilang kaum serta sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Pada Ramadhan tahun lepas, lebih 6 buah masjid dan 28 buah surau seluruh Dun Sri Andalas, Klang telah menerima sumbangan sempena Ramadhan daripada YB Dr. Xavier jayakumar EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor yang juga merangkap ADUN Seri Andalas. Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Dewan MPK , Taman Sentosa, Klang

Setiap masjid masing-masing menerima RM1,000.00 manakala surau pula menerima RM500.00. Sumbangan telah disampaikan kepada nazir-nazir masjid dan pengerusi-pengerusi surau.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli parlimen Kota Raja, Encik Dawari Daud , pengarah korporat Majlis Perbandaran Klang, ahli-ahli majlis MPK dan MBSA serta pemimpin masyarakat setempat.

Diharapkan dengan adanya sumbangan yang diberikan dapat membantu pihak pengurusan masjid dan surau menjalankan aktiviti dengan lebih lancar.



0 comments:

top