SHAH ALAM, 31 Julai - Kejohanan Piala Selangor 2009 menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan Bola Sepak Selangor, apabila berjaya menewaskan Kelab Persib Bandung, Indonesia dengan jaringan 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Gol Selangor dijaringkan oleh pemain jemputan, Bambang Pamungkas apabila berjaya membolos gawang gol pasukan lawan pada minit ke-56 dan minit ke-60.

Piala Selangor anjuran Persatuan Bolasepak Selangor buat julung kali diadakan pada tahun ini diilhamkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bagi menambah pendapatan persatuan bola sepak itu.

Ia secara tidak langsung turut memberi ruang dan peluang kepada pemain-pemain Selangor untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan penyampaian hadiah dan piala kepada pasukan Selangor dan cenderahati kepada pasukan Kelab Persib Bandung, Indonesia.

Selaku juara, Selangor menerima hadiah wang tunai RM30,000 manakala Persib mendapat RM10,000.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar serta wakil-wakil dari Persib Bandung, Indonesia.

Sumber: tvselangor

0 comments:

top