H1N1: Melayu Catat Peratusan Tertinggi di Selangor

Shah Alam - Kaum Melayu mencatat peratusan tertinggi kematian berikutan jangkitan Influenza A (H1N1) di Selangor daripada 14 kematian yang direkodkan setakat ini.

EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar berkata daripada jumlah kematian sebanyak enam orang adalah Melayu, Cina (empat orang) dan india (seorang) manakala kaum lain tiga orang.

Menurutnya, daripada peratusan kaum Melayu yang membabitkan kematian ekoran wabak itu, sebanyak 57 peratus adalah pesakit yang dijangkiti virus H1N1 dan juga mempunyai penyakit kronik seperti asma, darah tinggi, serta jantung, manakala 43 peratus lagi benar-benar berpunca daripada H1N1 positif.

"Lingkungan usia lebih 50-an biasanya mengalami penyakit kronik, disebabkan antibodi yang lemah sekali gus mendorong terdedah kepada risiko tinggi dijangkiti H1N1," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di Bangunan SUK, di sini semalam.

Sumber Berita: Sinar Harian (S1), 18 Ogos 2009

0 comments:

top