Dr Xavier Aktif Suntik Kecemerlangan Pelajar

Shah Alam - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr Xavier Jayakumar aktif menyertai pelbagai program melibatkan pelajar dan murid sekolah.

Dr Xavier berkata, penglibatannya dalam program sedemikian adalah untuk memberi sokongan dan semangat kepada pelajar supaya mempunyai motivasi untuk berjaya dalam pelajaran.

Menurutnya, antara program yang beliau terlibat ialah Program Pemberian Cermin Mata bagi pelajar-pelajar miskin sekitar Pelabuhan Klang.

"Seramai 50 pelajar dari beberapa sekolah sekitar kawasan Pelabuhan Klang terlibat dan memberi sumbangan sebanyak RM5,000," katanya.

Xavier berkata, beliau sentiasa menggalakkan pelajar India untuk menyertai pertandingan kerana ia dapat membina keyakinan sebagai pelajar cemerlang.

"Antaranya Pertandingan Drama Bahasa Malaysia, yang dilihat mencungkil bakat pelajar daripada sekolah Tamil terhadap penguasaan Bahasa Malaysia dan kemahiran lakonan di pentas."

"Lebih menarik lagi, drama-drama tersebut adalah bertemakan kepada zaman Kesultanan Melayu," katanya.

Sumber Berita: Sinar Harian (S29), 6 Ogos 2009


0 comments:

top