SHAH ALAM 26 Ogos - Kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM500 sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan depan.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bayaran bantuan khas itu akan dibayar sebelum 1 Syawal kepada semua kakitangan kerajaan negeri kecuali kakitangan Gred Jusa ke atas.

Sehubungan dengan pengumuman itu, 9,089 kakitangan awam akan mendapat manfaat. Ia membabitkan kos pembayaran sebanyak RM4.5 juta.Selain itu, Khalid juga mengumumkan peruntukkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada 5,297 guru kelas agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan dana RM1.3 juta.

“Menteri Besar berharap bantuan Hari Raya ini dapat meringankan beban kakitangan awam untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri terutama mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.
Kerajaan Selangor akan menubuhkan Rumah Perhentian Sementara bagi melindungi bayi yang dibuang dan ditinggalkan oleh ibu bapa atau pihak lain yang tidak bertanggungjawab.

Anak syarikat Negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  telah bersetuju untuk menyediakan Rumah Perhentian Sementara ini sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Rumah Perhentian Sementara ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan untuk penjagaan bayi dan Kerajaan Negeri berharap  rumah ini dapat menolong mengurangkan kejadian bayi-bayi ini ditinggalkan di merata tempat.

Menteri Besar Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah menyediakan rumah ini tidak bermakna Kerajaan Selangor menggalakkan maksiat atau mendorong kepada kes buang bayi sebaliknya sebagai langkah segera untuk menyelamatkan bayi yang ditinggalkan.

Tadika Baru Dibina Untuk Anak Peladang

KUALA SELANGOR - Penduduk di tiga kawasan ladang iaitu Ladang Bukit Belimbing, Ladang Bukit Talang dan Ladang Riverside kini berpeluang untuk menyekolahkan anak mereka di tadika yang sudah siap dibina.

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), S C Jegathesan berkata, ini adalah salah satu langkah Kerajaan Negeri yang begitu prihatin terhadap rintihan masyarakat yang begitu mengutamakan pendidikan.

"Peruntukan tadika tersebut adalah daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar sebanyak RM48,500.

"Ianya siap dibina pada Januari lalu dan kini penduduk dapat menyekolahkan anak mereka bagi yang berusia empat, lima dan enam tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, selain itu juga, di hadapan tadika tersebut, turut dibina kawasan tapak permainan bagi memberikan peluang untuk kanak-kanak tersebut bermain apabila tamat persekolahan.

"Kawasan tersebut di tar dan ianya adalah peruntukan daripada Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang sebanyak RM3,500."
14 & 15 Ogos 2010 :  12 tahun yang lalu, pada tahun 1998, seramai 400 keluarga telah dipindahkan dari Ladang Prang Besar, Sedgeley, Galloway dan Madingley. Mereka ini diusir keluar dari ladang mereka kerana tanah itu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk membina Putrajaya.

Masyarakat ladang ini disumbat dalam Flats Taman Permata yang dibina secara tergesa-gesa diatas kawasan paya. Akibatnya, hidup masyarakat ini merana malah taraf hidup mereka telah turun. Sejak mereka pindah ke flats ini, banyak masalah yang dihadapinya, terutama struktur flats yang tidak stabil dan juga paip gas yang berhampiran. Bukan itu sahaja, sistem paip dan sistem kumbahan yang tidak sempurna, serta retakan di flats menyebabkan flats ini tidak sesuai dan selamat untuk diduduki.

Banyak memorandum dan surat telah dihantar kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam masa 12 tahun ini, akan tetapi sehingga kini tiada maklumbalas yang positif. Maka demi untuk mengutarakan isu keadaan  flats Taman Permata ini, lebih 150 wakil penduduk flats ini telah berkhemah di jalan utama Dengkil selama 24 jam supaya orang luar dan juga kerajaan melihat isu mereka.

Protes berkhemah ini bermula pada pukul 4 petang pada 14 Ogos 2010 dengan ucapan dari wakil Jawatankuasa Penduduk Flats Taman Permata. Sejurus selepas ucapan wakil penduduk , pihak polis telah datang ke kawasan itu dan suruh para penduduk bersurai dalam masa 15 minit. Wakil dari pihak jawatankuasa serta komrad –komrad dari Parti Sosialis Malaysia telah cuba berbincang dengan pihak polis dan memberi kepastian bahawa ketenteraman awam tidak akan dikacau. Ini adalah isu penduduk yang hidup dalam keadaan yang tidak selamat. Selepas beberapa pusingan perbincangan,  pihak polis pun tidak menghalang program ini tetapi berada di seberang jalan untuk memantau keadaan.

Rakyat Selangor Bakal Nikmati Wi-Fi Percuma

PETALING JAYA 18 Ogos - Rakyat negeri Selangor bakal menikmati perkhidmatan akses internet wireless (W-Fi) percuma dalam masa terdekat yang merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat merakyatkan informasi dan akses kepada maklumat serta mewujudkan rakyat celik IT.

Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman akan dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khlaid Ibrahim tidak lama lagi dengan hanya membabitkan kos minima meliputi seluruh negeri sebanyak RM10 juta.

"Kita di Pakatan Rakyat berbincang mengenai wi-fi percuma yang sebenarnya tidak mahal. Kita pertikai kos yang ditetapkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang kita anggap terlalu tinggi.

"Saya kini sedang peneliti perancangan untuk menyediakan wi-fi secara percuma di Selangor yang yang kita anggap cukup rendah. Di Selangor yang kita kaji ia hanya melibatkan kos RM10 juta.

"Kalau ia hanya membabitkan RM10 juta di satu negeri, maka menjadi perkara yang tidak sukar untuk kerajaan (pusat) baru Pakatan Rakyat untuk laksanakan (diseluruh negara)," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi setelah memberikan keterangan kepada pegawai polis daripada ibu pejabat polis daerah Batu Pahat berhubung isu kain rentang provokatif.

SHAH ALAM, 18 Ogos – Selangor mencatatkan pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pelaburan yang diperolehi dalam tempoh tersebut membabitkan 120 projek, kata Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok.

Katanya, ia berdasarkan statistik terkini Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Statistik MIDA tersebut, katanya, menunjukkan Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM2.47 bilion bagi tempoh tersebut – jumlah projek perindustrian yang tertinggi.

Sebanyak 120 projek telah diluluskan di Selangor dan angka tersebut merupakan 36 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

Di belakang Selangor ialah Johor dengan 65 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 44 projek, kata Teresa dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada 120 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 68 adalah projek baru manakala baki 52 merupakan projek yang diperkembangkan.

Nik Nazmi dilantik Pengarah Komunikasi PKR

Nik Nazmi Nik Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa 16 Ogos (semalam), umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya.

Nik Nazmi, 28 tahun, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor sejak 8 Mac 2008. Beliau merupakan lulusan undang-undang King’s College, University of London.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Sulit kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau turut memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan aktif di Keadilan Cabang Kelana Jaya.

Nik Nazmi membawa bersamanya pengalaman di dalam media Internet serta media cetak yang luas.

Perlantikan beliau dibuat menerusi surat yang ditandatangani Presiden Keadilan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
SHAH ALAM: Menteri Besar Khalid Ibrahim has directed the Parent-Teachers Association (PTA) in all 97 Tamil schools in the state to explain how they spent the RM4 million allocation. The Selangor state government has set aside RM4 million a year for Tamil schools to help reduce their operation costs.

In an inaugural dialogue session organised by the Selangor Education Committee last Saturday, Khalid heard PTA representatives from the Tamil schools voice their problems and seek counsel and shared views on the development of Tamil schools in the state.

The committee had organised the dialogue in a bid to hear the views of all parties involved. Also present were state executive councillors Ronnie Liu, Hassan Ali, Xavier Jeyakumar, Halimah Ali and Rodziah Ismail.

“We had organised this meeting with the MB, excos and the PTA and school representatives to hear their views and study the RM4 million allocation we have set aside for Tamil schools.

‘I have asked all Tamil schools representative to provide us with information about their school and how the funds channelled to the PTA was used. We want to know the details so that we can study the expenses and see how best to put the funding to effective use,” said Khalid.
He said through such dialogues, the allocation could be studied carefully to ensure that the funds reach the targeted groups.

top