EXCO Selangor Tangani Isu Pagar Sekolah

Justify FullKlang, 17 Jun 2009 - Kebimbangan ibu bapa setelah mereka dimaklumkan tentang pembinaan bangunan sekolah baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tepi Sungai di sini bakal disiapkan tanpa mempunyai pagar mendapat perhatian dua EXCO Selangor.

Pada Mei lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu dimaklumkan bahawa pihak kontraktor hanya diberi arahan menyiapkan sebuah blok bangunan tiga tingkat sekolah menempatkan enam kelas, kantin, bilik sumber, pejabat dan bilik guru, bilik kemahiran hidup, makmal sains serta bilik komputer.

Perkara ini telah menimbulkan keresahan ibu bapa kerana kawasan sekolah yang tidak berpagar didakwa bakal menimbulkan suasana persekitaran tidak selamat kepada murid begitu juga dengan harta benda sekolah apabila sekolah itu siap kelak.

Sehubungan itu, dua EXCO Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan Dr Halimah Ali telah melakukan lawatan ke tapak pembinaan sekolah itu disini untuk melihat sendiri keadaan dan berjumpa dengan wakil ibubapa serta jawatankuasa PIBG bagi membincangkan perkara itu.

EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier berkata, perkara ini agak pelik kerana pembinaan bangunan sekolah sepatutnya dibina dengan bahagian pagar atau tembok sekolah sekali lebih-lebih lagi kedudukan sekolah itu terletak berhampiran dengan jalan raya dan kenderaan kerap lalu-lalang.

"Kita minta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Klang untuk mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana ianya berkait rapat dengan isu keselamatan murid yang meneruskan sesi pembelajaran di situ."

Isu keselamatan ini amat penting kerana pihak sekolah bertanggungjawab menjaga keselamatan murid serta harta benda sekolah dan ibu bapa juga sudah tentu mahukan anak-anak mereka belajar dalam persekitaran yang selamat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap pembinaan sekolah ini dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan memandangkan lebih 150 murid di sekolah ini terpaksa belajar dalam persekitaran yang tidak kondusif di bangunan stor Majlis Perbandaran Klang (MPK) sejak beberapa tahun Lalu.

"Keadaan kelas sementara amat tidak selesa bagi murid dan juga guru yang mengajar. Lebih malang lagi apabila guru terpaksa menempatkan murid tahun 1 dan tahun 2 dalam kelas yang sama kerana tidak cukup ruang untuk sesi pembelajaran.

"Bagaimana murid mahu menumpukan perhatian dalam pelajaran apabila suasana pembelajaran yang sebegitu? Oleh itu kita amat berharap pembinaan dapat dipercepatkan demi kebaikan murid di sekolah ini, katanya.

Sementara itu, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah berkata, kerja pembinaan bangunan baru itu perlu dipercepatkan kerana murid serta guru serta kakitangan berhak menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran dalam suasana selesa.

"Kita percaya perkara ini boleh diselesaikan melalui perundingan dan kita berharap sebuah sekolah yang lengkap dengan prasarana dan kemudahan serta selamat dapat disediakan untuk murid-murid di sini.

"Kita berharap pihak JKR dapat mengambil berat perkara ini dan pada masa yang sama kita mahu kerajan negara ini di bawah pimpinan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang baru dapat menyediakan kemudahan terbaik untuk pendidikan rakyat di negara ini," katanya.

Pembinaan bangunan sekolah baru itu adalah bagi menggantikan bangunan sekolah lama yang uzur dan telah roboh lebih enam tahun lalu serta sebuah lagi blok sekolah menempatkan empat kelas yang hampir musnah berikutan kebakaran dua tahun lalu.

Sumber Berita: Sinar Harian 18-06-09, S18.
The link below is to sign the online petition supporting the Freedom of Expression here in Malaysia. A fortnight ago PAS at it's annual 'AGM' / Muktamar, called for the ban of Sisters In Islam (SIS), a very vocal and effective NGO here in Malaysia.

Please read their statement and if you are in agreement then sign the petition and forward it to all your friends.

YB Dr Xavier, YB Elizabeth Wong and YB Tian Chua are among the numerous MPs and stateassemblymen that have signed this petition.


Thank You,
Sangetha Jayakumar
Private Secretary to Dr Xavier Jayakumar
Selangor State ECXO

Program 'Dharmah' Bantu Warga Miskin

Bandar Bukit Raja - Golongan kurang berkemampuan di daerah ini diminta agar mementingkan pendidikan anak-anak dalam usaha memastikan mereka mendapat jaminan masa depan dengan lebih baik dan terjamin.

EXCO Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, adalah amat penting untuk anak-anak mendapat pendidikan formal sewajarnya kerana jika mereka tercicir dari persekolahan dikhuatiri akan mendorong mereka terlibat dengan gejala tidak sihat.

Katanya, masa depan keluarga juga bergantung kepada pencapaian anak-anak dalam bidang pendidikan dan sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran akan menjanjikan mereka mendapat pekerjaan yang baik.

"Galakkan anak-anak untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran di sekolah dan pastikan mereka tidak terlibat dengan perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka dalam pelajaran.

"Sekiranya mereka cemerlang dalam pelajaran seterusnya akan membuka peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Setelah anak-anak mendapat pekerjaan yang baik, sudah tentu mereka dapat membantu keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Pelancaran Program 'Dharmah' penyampaian bantuan beras kepada golongan ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) anjuran Gabungan Persatuan Masyarakat India (GAMIA) dan Persatuan Kebajikan Penduduk Tamil Kawasan Bukit Raja di Padang Kuil Bandar Baru Bukit Raja dekat sini.

Dr Xavier berkata, sebagai sebuah kerajaan prihatin, kerajaan negeri ini amat mengambil berat soal kebajikan rakyatnya dan menyediakan beberapa program bantuan khususnya kepada golongan kurang berkemampuan termasuk warga emas, OKU dan ibu tunggal.

"Kita juga akan cuba kurangkan khidmat pekerja warga asing kerana kebanjiran pekerja dari luar ini telah banyak menutup peluang pekerjaan rakyat tempatan.

"Perkara ini berlaku kerana ramai majikan memilih untuk mengupah tenaga kerja warga asing disebabkan majikan boleh membayar gaji yang rendah kepada mereka. Perkara ini tidak adil kepada rakyat tempatan," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang menimbangkan cadangan itu dan dalam pada masa yang sama akan melancarkan beberapa projek yang dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di daerah ini.

"Pada masa yang sama kita mahu golongan yang kurang berkemampuan untuk berusaha mengubah nasib keluarga dan cuba meningkatkan taraf ekonomi masing-masing dan tidak hanya bergantung kepada bantuan daripada kerajaan serta pihak lain.

"Mereka harus berusaha dengan lebih kuat untuk berubah dari kedudukan mereka sekarang. Sebagai permulaan mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai bantuan dan program peningkatan ekonomi yang dikendalikan di pusat-pusat khidmat rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) berhampiran," katanya.

Pada program itu, Dr Xavier turut menyampaikan sumbangan bantuan berupa 10 kilogram beras, susu dan gula kepada 30 ibu tunggal dari sekitar Flat Reban dan Taman Mutiara Bukit Raja di sini. Bantuan itu akan diteruskan kepada penerima yang sama selama setahun.

Sementara itu, Pengerusi GAMIA, M Mohan berkata, kesemua dana bantuan adalah hasil sumbangan daripada badan korporat serta orang perseorangan dan bantuan yang diberikan itu tidak terhad kepada masyarakat India sahaja.

"Bantuan yang diberikan adalah untuk semua kaum dan usaha membantu golongan kurang berkemampuan sudah menjadi objektif utama persatuan ini sejak ia ditubuhkan pada 1976," katanya.

Hadir sama, Ketua Wanita Keadilan Kawasan Shah Alam, Dr Darayoh Alwi, Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Haidar Taslin dan Ketua Kampung Batu Belah, Ajran Abd Hamid.

Sumber Berita: Sinar Harian, 16 Jun 2009 (S18)
Shah Alam, 14 Jun 2009 - Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor telah melawat beberapa buah rumah rakyat miskin di sekitar Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam pada hari ini.

Kampung tersebut terletak di Shah Alam tetapi dibawah urus pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ).

Beliau turut disertai oleh Yang DiPertua MPSJ, Dato' Adnan Haji Md. Ikhsan, pegawai-pegawai dari MPSJ, Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling serta beberapa orang ahli Majlis MPSJ dan MBSA serta pemimpin masyarakat setempat.

Beliau seterusnya menyampaikan kira-kira 20 hamper barangan makanan dalam majlis tersebut.

Dilaporkan oleh,
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
P.A kepada Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor
Press Statement
15 June 2009

PKR Endorses the Selangor Government's
Setting Up of an Audit Committee to Monitor
Waste Management Contract



Parti Keadilan Rakyat endorses the Selangor government's effort to set up an audit committee to monitor the implementation of waste management contracts and steps taken towards a more transparent and accountable tender system for future contracts.

However, Keadilan is also mindful that over the years, contracts have been monopolized by a handful of UMNO-BN linked class F contractors.

In order to redress the past gross imbalance, Pakatan Rakyat have called for any contractors irrespective of party affiliation, including those who have previously been denied access due to the monopolistic direct appointment system, to apply for these contracts.

Therefore any contractors can put forward their applications through the various channels including the offices of Pakatan Rakyat, MPs and ADUNs.

No contractors will be required to make any form of payment either at this point or any point thereafter for the purpose of forwarding such applications.

Only contractors who are qualified, competent and genuine operators can apply and certainly not broking agents or shell companies.

This move should not be perceived as condoning corrupt practices as it merely seeks to affirmatively restore the contract awarding system to a more level playing field by allowing better access to more and varied contractors.

Note however that any Pakatan Rakyat recommendations are still subject to the final decision making of Alam Flora due to the nature of the current contracts between Alam Flora and the Local Councils.

This process is transitional in nature and ultimately, the aim is to set up a fully transparent, accountable and merit-based process, in the future.

KEADILAN reiterates its commitment to combat corruption and corrupt practices.


SIVARASA RASIAH
Vice President Parti Keadilan Rakyat
Member of Parliament, Subang


Sentosa, 14 Jun 2009 - Sesuai dengan portfolio Kerajaan Prihatin, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar bukan sahaja prihatin terhadap penduduk di kawasannya, bahkan isterinya, Puan Sheila Devaraj juga memainkan peranan penting dalam turut serta menjayakan misi Kerajaan Pakatan Rakyat dalam membela setiap rakyat negeri Selangor yang memerlukan.

Dengan usaha mencari dan membela rakyat yang memerlukan secara berterusan, sekurang-kurangnya lapan puluh hamper telah diberikan setiap bulan kepada mereka yang perlu diberi perhatian. Jika difikirkan, apalah sangat nilai hamper yang diberikan kepada mereka ini, tetapi sekiranya anda berada di situasi mereka, tentunya hamper ini merupakan titik permulaan harapan kepada mereka untuk merubah kehidupan. Setiap mereka yang diberi hamper, tindakan susulan akan diambil bagi mengkaji jenis bantuan susulan yang dapat diberi.

Jika dilihat secara dekat, golongan ini memerlukan bantuan susulan segera supaya dapat merubah kehidupan mereka. Lawatan demi lawatan membolehkan wakil Dr Xavier yang juga isteri beliau, Puan Sheila mengenali mereka dengan lebih dekat.

Dalam lawatan ke Sentosa, Puan Sheila membawa kita mengenali lebih dekat golongan yang memerlukan ini.

Dalam gambar pertama dibawah, Puan Govindamal memerlukan bantuan untuk menjaga anaknya Sivaraj yang mengalami strok. Keluarga Sivaraj telah meninggalkannya setelah dia didapati menghidap strok.

Puan Rajespari pula merupakan ibu tunggal yang bekerja keras menyara lima orang anaknya yang kesemuanya masih bersekolah. Suaminya yang pergi ke Singapura untuk mencari kerja telah menghilangkan diri dan tidak pernah pulang menjenguk keadaan mereka. Puan Rajespari bekerja separuh masa di kilang membaiki wayar dan pendapatannya bergantung pada jumlah wayar yang dapat dibaiki setiap hari dia datang bekerja.

Begitu juga Puan Leela yang menyara dua orang anaknya yang masih bersekolah di tingkatan dua dan lima. Ibu tunggal ini telah ditinggalkan oleh suaminya yang merupakan OKU yang mengalami masalah emosi. Puan Leela menjahit dan sentiasa mencari pendapatan tambahan dengan mendapatkan upah menjahit dari kedai-kedai jahitan.

Subramaniam pula mengalami strok setelah ditimpa kemalangan. Dia mengalami masalah ingatan dan tidak berupaya untuk mengingat apa-apa pun. Isterinya bekerja bagi menyara kehidupan Subramaniam dan anak mereka.

Chitra Devi yang normal semasa kecil tidak dapat duduk dan menjaga dirinya sendiri. Ini disebabkan demam yang dia hadapi semasa kecil lagi. Dia bergantung sepenuhnya pada ibunya yang sangat bimbang tentang masa hadapan anaknya itu sekiranya dia tidak ada lagi nanti. Ucapan terima kasih dan penghargaan untuk pihak yang sudi menderma lampin setiap bulan bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan seperti Chitra Devi setiap bulan.

Seperti biasa, setiap lawatan pemberian hamper, disusuli dengan pengisian kertas kerja dan Encik Satthiya bertanggungjawab dalam program pemberian hamper ini. Borang permohonan serta dokumen disediakan bagi setiap kes bagi membolehkan tindakan susulan diambil kelak.

Pada hari Rabu akan datang, Puan Sheila dan anggota bertanggungjawab akan ke Kampung Jawa untuk mencari mereka yang memerlukan.

Maklumat serta gambar disediakan sendiri oleh Puan Sheila dan anggota prihatin yang bertugas.
Press Statement
12 June 2009

State to Set Up Audit Committee to Monitor
Waste Management Contracts


Shah Alam - The Selangor Government will form a special audit committee to ensure that those awarded waste management contracts in Selangor are genuine operators.

The auditing committee will be coordinating closely with Alam Flora officials to ensure that those given the contracts are not brokers. They will be conducting ground checks and inspect the value of the services provided.

Companies that are found to be brokers will have their contracts withdrawn immediately and these cases will be reported to the relevant authorities.

The state government hopes that the formation of the committee will curb the unhealthy practice of awarding contract to brockers instead of genuine operators. This practice was rampant under the previous state government and the Pakatan Rakyat Government in Selangor has no intention to continue such unethical trend.

The state also hopes that this measure will primarily ensure that Selangor citizens will be provided value-for-money services by those awarded the contracts - irrespective of what their political affiliations, race or background may be.

The state is also in the midst of studying strategies for the implementation of a more transparent and accountable tender system for future contracts.


PRESS SECRETARIAT
OFFICE OF DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Mandarian Oriental, Kuala Lumpur, 11 Jun 2009 - Bekas Perdana Menteri yang juga Mentor Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam perangkaan lawatan kerja lapan hari di Malaysia membuat lawatan ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor diwakili YAB Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim, YB Dr Xavier Jayakumar, YB Ronnie Liu dan YB Dato' Dr Hassan Ali bertemu Lee Kuan Yew yang membuat lawatan pertamanya dalam tempoh sejak sembilan tahun yang lepas.

Sepanjang pertemuan itu, perbincangan mengenai hubungan Selangor dan Singapura serta perkembangan ekonomi, sosial dan politik di Malaysia telah diadakan.

top