SHAH ALAM 21 OGOS : Kerajaan Negeri bersedia membentangkan draf cadangan pengambilalihan syarikat konsesi di negeri ini pada bila-bila masa sebagai langkah melaksanakan penstrukturan industri air di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mengalu-alukan perbincangan dengan Persekutuan mengenai perkara itu seperti yang dipersetujui sebelum ini.

“Kita sekarang sedang menanti peringkat akhir perbincangan ini untuk membentangkan draf cadangan masing-masing dan berharap ia dapat disegerakan demi untuk kepentingan rakyat yang tertekan dengan masalah air.

“Perlaksanaannya itu nanti juga perlulah holistik dan memberi kepentingan kepada semua pihak dan bukan keuntungan pihak tertentu sahaja,” katanya.
SHAH ALAM, 20 OGOS : Hasil operasi perintis Ops Cantas Khas yang dilancarkan PDRM baru-baru ini membuktikan polis mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk memerangi jenayah secara agresif tanpa perlu Akta Darurat (EO).

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata rakyat sebenarnya sedar potensi sebenar PDRM jika badan itu ada kemahuan.

“Undang-undang dan akta sedia ada sudah cukup untuk tangani masalah jenayah. Apa yang perlu hanya ketegasan dan sentiasa menjalankan kerja mencegah jenayah,” tegas Azmizam.

Pihak berkuasa juga dinasihatkan agar tidak menjalankan operasi perang jenayah secara bermusim.
SHAH ALAM, 20 OGOS – Kenaikan kadar tarif elektrik baharu yang sering dinafikan pada sidang dewan rakyat lalu ternyata bohong dan menipu rakyat, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, sekiranya Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kerajaan meneruskan cadangan pelarasan tarif  elektrik baharu ini, ia merupakan hadiah BN kepada rakyat setelah memenangai Pilihanraya Umum 13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, pelbagai lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan berlaku selepas ini sejurus kenaikan tarif elektrik baharu dan keadaan ini membebankan rakyat.

“Perkara ini di bangkitkan dalam sidang parlimen yang lalu, tetapi dinafikan yang akhirnya kita dapat lihat sekarang cadangan kenaikan tarif elektrik ini bakal di laksanakan.
KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Majoriti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik NazmiKatanya, dasar liberal dan korporat diamalkan PTPTN membebankan generasi muda yang berhadapan masalah kadar gaji rendah berbanding harga rumah dan kereta yang tinggi.

“Mereka berdepan dengan pelbagai hutang berpanjangan.

“Seperti dilaporkan Bank Negara, kadar muflis meningkat tahun demi tahun,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan.

Justeru, menyenarai peminjam PTPTN di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) menyebabkan peminjam terkesan akibat beban ppinjaman sedai ada yang lain.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan Malaysia agar tidak menaikkan sebarang kadar tarif elektrik buat masa ini.

Kenaikan kos bahan api menjadi alasan utama kepada semakan dan kenaikan tarif elektrik.

Walaupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan keyakinan bahawa ia tidak akan membebankan pengguna, namun alasan tersebut sudah lapuk dan seolah-olah ingin melepas diri.

Alasan presiden TNB bahawa pengguna dengan penggunaan bulanan di bawah 200kWj tidak terjejas merupakan alasan yang tidak bertanggungjawab.
KEADILAN menganggap pengumuman Menteri Pendidikan II Idris Jusoh untuk menyenaraikan peminjam PTPTN yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) sebagai satu lagi kegagalan kerajaan UMNO-BN untuk mempertahankan pendidikan sebagai hak asasi rakyat.

Dasar PTPTN yang disertakan dengan liberalisasi dan pengkorporatan pendidikan tinggi Malaysia menjadi sebahagian daripada beban yang dihadapi generasi muda di negara ini selain kadar upah dan gaji yang rendah serta harga rumah dan kereta yang tinggi. Kesannya, mereka berhadapan dengan pelbagai hutang yang berpanjangan. Menurut Bank Negara, kadar hutang isirumah telah meningkat 12 peratus setiap tahun pada lima tahun kebelakangan ini. Kadar muflis juga terus meningkat dari tahun ke tahun, dan antara golongan utama yang menjadi mangsa ialah golongan muda.demo-hapus-ptptn.

Harus diingat, kebanyakan mahasiswa yang menggunakan kemudahan PTPTN merupakan mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Sekiranya keluarga mereka mampu, sudah tentu mereka tidak meminjam dana PTPTN.

KEADILAN dan Pakatan tidak mempertikaikan keperluan peminjam yang mampu dan berpendapatan baik untuk membayar semula hutang PTPTN. Namun yang dipertikaikan ialah nasib majoriti peminjam yang terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan berasal daripada keluarga biasa.

Atas sebab itu dasar pemberian diskaun bagi mereka yang menyelesaikan keseluruhan hutang PTPTN secara sekaligus yang dibuat di dalam belanjawan 2013 tidak adil memandangkan yang untung adalah mereka yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik!

Kesannya, pendidikan tidak lagi dapat menjadi pemangkin mobiliti sosial bagi membolehkan rakyat dari keluarga berpendapatan rendah mendapat peluang kehidupan yang lebih baik, sebaliknya melebarkan jurang antara golongan kaya dan miskin di negara kita.

Ironisnya ketika mahasiswa biasa khususnya yang berpendapatan rendah dikejar dan dihambat bagi mengutip hutang ini, kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak mengambil apa-apa tindakan tegas mengatasi kedudukan Malaysia sebagai negara yang mencatat aliran wang haram ketiga tertinggi di dunia antara 2001-2010 (lebih dari RM800 bilion). Rasuah, ketirisan dan hutang-hutang kroni makin berkembang.

Lebih malang lagi, pengenalan PTPTN telah menggalakkan pertumbuhan IPTS tanpa kawalan. Tidak dinafikan wujud IPTS bermutu tetapi lebih banyak lagi IPTS yang kurang berkualiti termasuk kilang-kilang ijazah! Lebih malang lagi, motif keuntungan telah melambungkan yuran pengajian. Pada tahun 1997 ketika PTPTN diperkenalkan, pinjaman sebanyak RM212 juta disalurkan kepada mahasiswa IPTA, dan RM7 juta untuk mahasiswa IPTS. Namun pada tahun 2012, mahasiswa IPTA menerima RM2.6 bilion manakala mahasiswa IPTS RM6.1 bilion!

Kita harus menyedari bahawa pendidikan adalah hak asas seorang insan. Dasar terbaru ini membuktikan bahawa UMNO-Barisan Nasional terus ingin menjadikan pendidikan ini satu komoditi dan keistimewaan untuk mereka yang berkemampuan. Penyelesaian sebenar isu ini hanyalah satu – memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma sebagai pelaburan untuk masa depan anak-anak kita.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
PKR hari ini mendesak kerajaan mendedahkan ketelusan meter elektrik baru yang mendapat banyak rungutan daripada pengguna sebagai punca kenaikan bil tinggi, di samping melancarkan petisyen untuk mendapatkan sokongan orang ramai bagi memberikan tekanan kepada kerajaan.

Dalam sidang media hari ini, Jawatankuasa Khas PKR mengenai bil elektrik tinggi mendesak kerajaan mewujudkan sebuah badan bebas untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas rungutan disuarakan pengguna.

"Kami akan memberi tekanan kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga untuk bersetuju mewujudkan sebuah badan bebas bagi memeriksa meter elektrik.
Setelah sebulan umat Islam berpuasa, kini Syawal tiba dan semua umat Islam meraikannya. Bersempena dengan hari yang mulia ini saya, keluarga serta bagi pihak kakitangan Pejabat Khidmat ADUN Seri Andalas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Semoga perayaan ini diraikan dengan keluarga tersayang serta sahabat handai. Teruskanlah amalan kunjung-mengunjungi yang telah sekian lama menjadi budaya berbilang kaum di negara ini. Semoga hubungan diantara kita semakin akrab dan sikap saling faham memahami terus terpupuk.

Kepada mereka yang akan melakukan perjalanan pulang ke kampung serta kunjung-mengunjungi, pastikan kenderaan telah diperiksa sebaik mungkin dan pandulah dengan penuh berhemat dijalanraya. Sekiranya tinggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama, pastikan semuanya berkunci dan elakkan menjadi mangsa jenayah.

Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ikhlas daripada,

YB Dr Xavier Jayakumar
ADUN Seri Andalas 

top