PETALING JAYA 4 JUN: KEADILAN akan menganjurkan Program Latihan Eksekutif KEADILAN (KEIP) yang ditawarkan khas untuk mahasiswa Malaysia di seluruh dunia.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, program tersebut berlangsung lima minggu bermula 26 Jun hingga 2 Ogos 2013.
Program tersebut menyediakan modul-modul untuk melatih dan memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai ilmu dan pengalaman politik, pembangunan dasar, daya kepimpinan serta etika media.
“Program ini berbeza dengan program-program sedia ada yang selalunya memerlukan mahasiswa menjalankan tugas berkaitan urusan pejabat.
“KEIP juga mengambil model yang digunakan parti-parti politik ternama dunia seperti Parti Demokrat,” jelas Izzah pada sidang media pelancaran KEIP di ibu pejabat parti hari ini.
Menurut Izzah, KEIP dikhususkan kepada mahasiswa pelbagai latar belakang pendidikan yang berminat mengenai politik dan mereka akan ditempatkan mengikut kawasan Parlimen yang akan ditetapkan.
Katanya, di akhir program, setiap kumpulan pelatih akan mengusahakan satu projek yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial termasuk penganjuran program politik dan pembangunan dasar untuk KEADILAN sendiri.
“Mereka juga akan dibayar elaun latihan setiap bulan,” kata Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program latihan ini boleh memohon secara online di SINI.
Sumber: KeadilanDaily
0 comments:
Post a Comment