KENYATAAN AKHBAR
31 MAC 2012     
 
BANJIR DI KLANG: KERAJAAN NEGERI BERI BANTUAN KEWANGAN DAN SOKONGAN BUKAN PAMPASAN 

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sekurang-kurangnya RM300 setiap setiap keluarga yang menjadi mangsa banjir kilat di sekitar daerah Klang yang berlaku semalam (Jumaat). 

Kerajaan Negeri akan menimbangkan untuk memberi bantuan lebih dari RM300 bergantung kepada kesusahan yang mereka alami. 

Wakil rakyat di kawasan terlibat menubuhkan bilik gerakan untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan seperti makanan, minuman serta keperluan lain. Bilik gerakan ini juga mendaftarkan semua mangsa bagi merekodkan jenis kerosakan dan kerugian yang ditanggung mangsa agar tindakan susulan diambil seperti bantuan sewajarnya.   

Sebagai negeri yang mementingkan kebajikan rakyat,  Kerajaan Negeri mengambil tindakan sewajarnya untuk meringankan kesusahan yang ditanggung mangsa-mangsa banjir kilat ini tetapi bantuan yang akan diberikan mestilah realistik dan mengikut kemampuan.   

Bagaimanapun, dana ini adalah sekadar bantuan bagi meringankan beban mangsa dan bukan pampasan atas kehilangan atau kerugian yang mereka alami akibat banjir kilat yang teruk itu. 

"Saya mengucapkan terima kasih kepada mangsa banjir atas kesabaran mereka dan  kerjasama mereka kepada pihak berkuasa negeri dalam memastikan proses membekalkan bantuan berjalan lancar," kata Menteri Besar. 

Menteri Besar juga telah mengarahkan Pegawai Daerah Klang dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  supaya menyediakan laporan lengkap kejadian ini termasuk punca dan cara penyelesaiannya. Laporan ini akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES), Khamis ini. 

Masalah banjir kilat di Klang telah berlanjutan sejak lebih 10 tahun lalu tanpa ada sebarang usaha agresif untuk mengatasi bencana alam ini dalam tempoh itu. Adalah tidak adil menuduh kerajaan negeri sekarang tidak menjaga kebajikan rakyat dan gagal memastikan banjir kilat tidak berulang sedangkan kerajaan negeri sebelum inipun gagal menangani masalah ini walaupun lebih 50 tahun memerintah.   

Kerajaan Negeri akan megkaji semula pelan pembangunan di Klang berdasarkan kejadian dataran banjir 50 tahun. Pelan itu akan dijadikan panduan di mana Kerajaan Negeri akan menasihatkan pihak berkenaan supaya tidak membangunkan sesebuah kawasan jika kawasan itu kemungkinan ditenggelami banjir.


DIKELUARKAN OLEH
SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
SHAH ALAM, 31 MAC : Golongan belia di Selangor disaran agar memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang selaras dengan tuntutan keperluan masa kini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Bajet 2012 menyediakan peruntukan yang besar bagi manfaat golongan belia di negeri ini.

Katanya berdasarkan perangkaan tahun 2011 sebanyak 41.2 peratus atau lebih 2.2 juta daripada 5.4 juta penduduk Selangor terdiri daripada golongan belia.

“Kerajaan negeri menyedari kepentingan belia dalam impak ekonomi dan pembangunan masyarakat di Selangor dan merangka pelbagai program kepada belia untuk bersama-sama membangunkan negeri supaya terus maju dan hasilnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.” jelas beliau
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.
Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.

Rundingan Langsung Kurang 98.8% Bawah Pakatan

Kerajaan Selangor menganugerahkan kontrak RM4.8 juta melalui rundingan terus pada 2011 - 98.8 peratus berkurangan berbanding pada 2007 ketika BN memerintah.

Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, sejumlah 87 kontrak tanpa tender terbuka dianugerahkan pada 2007, bernilai RM396.4 juta.

Beliau berkata, pada 2007 - sebelum tahun pilihan raya - mencatatkan kontrak tertinggi melalui tender rundingan dianugerahkan oleh negeri.

Sebelum ini, jumlah tertinggi direkodkan pada 2005, di mana 31 kontrak rundingan terus bernilai RM190.7 juta dianugerahkan dan 66 kontrak bernilai RM171.9 juta pada 2006.

Khalid menegaskan bahawa jumlah ini dikurangkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008.
SHAH ALAM,27 MAC : Pertambahan jumlah pengundi baru yang amat mendadak di Selangor untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah  316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008 mengejutkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor seraya menyeru pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi penjelasan secara professional berkenaan perkara itu segera.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, trend pertambahan pengundi baru di Selangor ini menyamai apa yang berlaku di Terengganu apabila pentadbiran PAS ketika itu tumbang pada pilihanraya umum 2004 lepas.
Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar mencabar Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin Fah Kui mengadakan debat terbuka mengenai isu berlarutan bekalan air di Selangor.

"Kami mencabar Chin untuk debat terbuka dengan kerajaan Selangor supaya rakyat Malaysia, khususnya rakyat Selangor, dapat membuat penghakiman mereka sendiri berhubung isu air di Selangor," katanya ketika menggulung halehwal jawatankuasanya di sidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Kerajaan negeri Selangor sedang 'berperang' dengan kerajaan pusat pimpinan BN yang merancang untuk mengambil alih pengurusan air di negeri itu, tetapi rundingan mengenainya sejak dua tahun lalu telah menemui jalan buntu.
Isnin, 26 Mac, 2012

 Isu Air di Negeri Selangor

Minggu lepas YAB Ijok telah membangkitkan isu yang melibatkan industri air di negeri Selangor dan saya ingin membuat sedikit penambahan fakta tentang isu ini.

Sekali lagi Utusan Malaysia, TV 3 dan Kumpulan NST  memutarbelit berita mengatakan Selangor akan menghadapi krisis air pada tahun 2014 sekiranya tidak segera melaksanakan projek penyaluran air dari Pahang dan projek pembinaan Loji Air Langat 2.

Isu ini terus disensasi oleh Datuk Peter Chin Fah Kui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan  Air yang terus mendesak Kerajaan Negeri memberikan ‘lampu hijau’ untuk melaksanakan projek tersebut dengan tergesa-gesa.

Tapi pemimpin-pemimpin  Barisan Nasional samada sengaja atau tidak sengaja telah “menyembunyikan” fakta kos projek tersebut dari pengetahuan rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Saya kurang pasti samaada Utusan Malaysia atau TV3 ada menghebahkan tentang kos sebenar projek tersebut

Untuk pengetahuan Yang Berhormat di Dewan ini ……….kos projek tersebut ialah Ringgit Malaysia

Rakyat Diseru Terus Sokong Pakatan Rakyat

KUALA SELANGOR, 25 Mac: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru rakyat negeri ini untuk terus menyokong kepimpinan Pakatan Rakyat yang telah membuktikan kemampuan memerintah negeri dengan lebih baik.

Menurut beliau, selama empat tahun memerintah negeri itu sejak 2008, pendapatan negeri itu meningkat mendadak dan hasilnya dapat dinikmati rakyat yang disalurkan melalui program-program merakyatkan ekonomi Selangor.

"Hasil negeri melonjak lebih baik dari sebelum 2008 dan ini bukan harapan lagi. Angka-angka ini adalah telah dibuktikan, telah nyata dan tidak boleh dipertikaikan dan kalau tidak dijaga dgn baik, akan terjerumus.

"Oleh itu marilah kita bersama berkerja sebagai satu keluaga, Selangorku untuk semua rakyat Selangor, pecahkanlah benteng perbezaan," katanya.
KLANG,25 MAC : Penduduk disekitar Klang  dan Shah Alam kini mempunyai kawasan tarikan baru untuk dikunjungi di hujung minggu dengan adanya kawasan pelancongan di Tanjung Harapan dengan adanya usaha Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan Bazar Esplanade di sini.

Tanjung Harapan merupakan kawasan berpantai di Selangor yang terdekat untuk dikunjungi oleh orang ramai dengan tarikan pemandangan indah dengan boleh melihat aktiviti kapal-kapal dagang dan bot-bot kecil yang berlabuh dan keluar masuk ke pelabuhan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa merasmikan Bazar Esplanade  berkata usaha ini merupakan langkah awal usaha penjenamaan semula sektor pelancongan dan dijangka mampu menarik para pelancong dari luar ke daerah Klang.

“Lebih 40,000 ahli-ahli keluarga di Klang yang mencari tempat untuk makan dan untuk membuat aktiviti antara pukul 8.00 sehingga 10.30 malam, jadi apabila ada program pertunjukkan begitu ramai orang yang datang sebab di Klang agak kurang tempat tumpuan,” kata Abdul Khalid.

PBT Selangor Yang Terbaik - Sistem Star Rating

SHAH ALAM, 24 Mac: Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain di Malaysia apabila dua majlis bandaraya dan enam majlis perbandaran mendapat empat bintang dalam “Sistem Star Rating” bagi Pihak Berkuasa Tempatan pada 2010/2011.

Majlis bandaraya dan majlis perbandaran di Negeri Selangor yang mendapat empat bintang ialah  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Manakala empat majlis daerah di Selangor mendapat taraf tiga bintang iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Keputusan ini satu peningkatan drastik dan memberangsangkan bagi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di Negeri Selangor.
Taman Sentosa, 23 Mac 2012 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini meluangkan masa melawat seorang pelajar, Navin A/L Ravi yang telah mencatatkan keputusan cemerlang 12A dalam peperiksaan SPM.

Keputusan cemerlang yang diperolehinya itu merupakan sejarah pencapaian SPM buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun sekolah SMK Kampung Jawa.

Navin yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor juga meminati bidang kejuruteraan kimia merupakan seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi. Bapanya telah lama sakit dan tidak bekerja dan hanya menerima pendapatan daripada SOCSO serta ibunya bekerja sebagai operator. Navin mempunyai 2 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

Dua tahun yang lepas YB Dr xavier telah memberikan sumbangan basikal untuk membantu Navin memudahkan perjalanan ke sekolah. Navin juga telah menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya dengan mengikuti kelas Tuisyen Rakyat setiap hari Ahad. Program Tusiyen Rakyat adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor memberikan kelas tuisyen secara percuma kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang layak.
SHAH ALAM 23 MAC : Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku meluluskan 20 projek pembangunan insfrastruktur serata Selangor dengan peruntukan lebih RM2 juta bagi fasa pertama.

Projek yang diluluskan ini antaranya bertujuan untuk menurap semula jalan dan membaiki jalan termasuk pemasangan lampu jalan dan pembinaan longkang di Seksyen 17 Shah Alam, Sekinchan, Meru, Ampang, Hulu Klang, dan Kuala Langat.

Menurut Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek insfrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Jawatankuasa Pemandu Geran Selangorku menetapkan setiap projek insfrastruktur ini perlu disiapkan dalam tempoh antara dua hingga lima minggu.
PETALING JAYA 23 MAC : Tindakan Kementerian Kesihatan untuk mewujudkan sistem Kesihatan 1Care (1Care) merupakan satu lagi agenda rektorik politik sempit  kerajaan Umno-BN demi kelangsungan hayat politik mereka.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung janji Kementerian itu untuk melancarkan satu sesi penerangan seluruh negara bagi menjelaskan dan mendengar pandangan rakyat tentang 1Care.

“Kami mengambil maklum jawapan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa rancangan 1Care hanya akan siap dalam masa dua tahun.

“Sebagaimana disebutkan di dalam kenyataan kami sebelum ini, kami mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan sebagaimana rekodnya di dalam kontroversi Lynas,”jelas Azizah.

Azizah turut mempersoalkan tindakan Menteri Kesihatan tersebut yang dilihat sebagai amat mengejutkan selepas 1Care mendapat tentangan daripada rakyat.
I refer to Felda Chairman Isa Samad's statement today that Felda will lodge a police report on its documents which were leaked to the opposition. On March 19 Keadilan Secretary-General Datuk Saifuddin Nasution had revealed minutes of a Felda meeting chaired by Prime Minister Najib Razak on June 27 2011 which suggested that the government was attempting to influence judges hearing Felda cases. The 'Najib minutes' revealed by Saifuddin Nasution are shocking, disturbing and unprecedented as it involves the Prime Minister personally. Until today Najib and the government have not responded to this serious allegation of interference with the judiciary which is backed up by documentary proof. In an obvious delaying tactic, Umno Information Chief Ahmad Maslan has said that he will only respond in Parliament on March 26. This is an urgent matter of grave public importance which involves the integrity and independence of the judiciary. What is the reason for delaying their response until 26th March 2012?

Further, the authorities are now threatening to lodge police reports against the person or persons who leaked the minutes. It has become standard practice for the government to go after the whistleblower instead of taking action on the wrongdoing which has been exposed. 

The contents of the 'Najib minutes' may amount to serious interference in the administration of justice and criminal contempt of court. The courts should immediately issue a notice to the Prime Minister ordering him to appear in court and explain why he should not be cited for contempt of court. The police and  MACC must also investigate whether there are elements of abuse of power. The silence and failure of the authorities to take any action on this matter will further erode public confidence in our institutions.

Issued by,
N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN


22 MARCH 2012
SHAH ALAM 22 MAC : Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan bahawa sumber alternatif bekalan air daripada air lombong yang dirawat adalah selamat dan menepati piawaian air mentah oleh Kementerian kesihatan Malaysia.

Jaminan terhadap cadangan sumber air alternatif itu dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menjawab pertanyaan daripada ADUN Tanjung Sepat, Datuk Abdul Karim Mansor berhubung cadangan Kerajaan Negeri menjadikan air lombong sebagai sumber alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan air.

Sebelum ini, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mengadakan pensampelan kualiti air terhadap 30 buah kolam bekas lombong pada tahun 2005.

Hasil kajian itu, sekurang-kurangnya 17 buah lombong didapati sesuai dijadikan sumber air alternatif.
Beberapa hari lagi, Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang kini sedang bermesyuarat di Geneva akan membincangkan resolusi berkaitan Sri Langka yang menimbulkan dan menyentuh isu-isu berikut:
  1. Menggesa kerajaan Sri Lanka melaksanakan semua syor-syor dalam laporan 2010 daripada  Lessons Learnt and Reconciliation Commission (LLRC) and pastikan tindakkan bebas dan adil dilaksanakan demi mencapai keadilan untuk semua warga Sri Lanka; dan
  2. Meminta kerajaan Sri Lanka membentang satu pelan tindakkan komprehensif yang memperincikan langkah-langkah yang telah dan akan dilakukan untuk melaksanakan laporan LLRC dan menangani kelanggaran undang-undang antarabangsa
  3. Menggesa Pejabat Pesuruhjaya Hak Asasi Bangsa-bangsa Bersatu member dan kerajaan Sri Lanka menerima semua   bantuan untuk melaksanakan langkah-langkah tersebut dan melaporkan balek pada persidangan ke 22.
Walaupun resolusi ini tidak sekuat dan lemah kalau disbanding dengan versi asalnya, Parti Keadilan Rakyat menggesa agar kerajaan menyokong resolusi di atas.

Pengabaian terhadap pencabulan hak asasi manusia, jenayah peperangan dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan pada peringkat terakhir peperangan 2009 adalah perkara yang tidak boleh diterima dan dibiarkan begitu sahaja dengan pelakunya mengambil manfaat daripada daripada budaya ketiadaan kebertanggungjawaban atau “culture of impunity” yang kian wujud.

Dokumentari ‘The Killing Fields of Sri Lanka" yang telah disiarkan melalui Channel 4 pada 14 Jun 2011 di United Kingdom dan seterusnya menerima publisiti luas di dunia telah memberikan bukti-bukti visual yang mengejutkan yang menyokong hakikat jenayah perang dalam bentuk laporan-laporan saksi, bahagian filem amatur, gambar-gambar dan video-video telefon bimbit.

Panel Pakar-Pakar (POE) yang telah dilantik oleh Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bnagsa Bersatu, Ban Ki Moon telah menyimpulkan di dalam laporannya pada 2010 bahawa terdapat bukti-bukti kukuh jenayah peperangan dan menggesa agar Kerajaan Sri Langka “menjalankan siasatan bebas segera terhadap perkara tersebut dan lain-lain pencabulan terhadap Undang-Undang Kemanusian dan Hak Asasi Manusia yang telah dilakukan oleh kedua-dua pihak yang terlibat dengan konflik bersenjata”. Laporan tersebut juga menyarankan agar Setiausaha Agong “mewujudkan satu mekanisma antarabangsa yang bebas dengan segera”.

Kelulusan resolusi yang dicadangkan oleh Majlis Hak Asasi PBB ini adalah penting bagi penyelesaian jangka panjang terhadap situasi yang berlaku di Sri Langka.

Kerajaan Malaysia telah bertindak secara tepat sewaktu menyokong tindakan terhadap pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Bosnia pada 1990-an dan mengkritik tindakan yang sama ketika dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin. Kami menyokong tindakan sedemikian. Walaubagaimanapun kerajaan haruslah bertindak secara konsisten terhadap isu pencabulan hak asasi manusia yang disifatkan sebagai yang terburuk berlaku di Sri Langka - hak asasi manusia bagi mangsa-mangsa yang terkesan samada mereka adalah Tamil, Singhala, Hindu, Kristian atau Muslim tidak boleh dikorbankan demi untuk menjaga kepentingan ekonomi pihak-pihak tertentu.

Malaysia tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab sebagai anggota Majlis Hak Asasi sebagaimana yang telah dilakukan ketika menyokong resolusi yang menyebelahi Kerajaan Sri Langka pada tahun 2009.

Kami menggesa Perdana Menteri supaya menasihatkan Menteri Luar dan wakil-wakil kami di Bangsa-bangsa Bersatu agar menyokong resolusi tersebut dan menyatakan pendirian umum kerajaan dalam hal ini dengan segera.


DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
Parti Islam SeMalaysia

YB DR TAN SENG GIAW
Parti Tindakan Demokratik

YB DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Parti Keadilan Rakyat


19 MAC 2012
Klang, 18 Mac 2012 - Satu lagi program sumbangan beg sekolah diadadkan pada hari ini di Kuil Sri Muthu Mariamman, Klang.

Sumbangan beg sekolah telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas kepada pelajar-pelajar.

Selepas menerima beg sekolah masing-masing, jamuan makan tengahari telah diadakan untuk mereka.

Pada program tersebut, YB Dr Xavier Jayakumar mengambil kesempatan untuk memberi taklimat ringkas tentang program kelas menjahit yang dianjurkan DUN Seri Andalas.

Dalam program menjahit ini, para peserta diajar menggunakan mesin jahit untuk menjahit langsir, sari dan baju kurung.

YB Dr Xavier berharap dengan adanya program menjahit ini, para wanita dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk menambah pendapatan keluarga.

RM2.65J Untuk Tingkat Pasarana UNISEL

SHAH ALAM, 11 MAC : Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM2.65 juta bagi meningkatkan prasarana teknologi dan komunikasi (ICT) Universiti Selangor (UNISEL).

Peruntukkan tersebut diberi baru-baru ini selaras dengan dasar Kerajaan Negeri untuk membina kelompok masyarakat yang mahir dalam penguasaan bidang ICT yang semakin pesat dan canggih.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berucap dalam Istiadat Konvokesyen UNISEL kali keenam bagi sidang tujuh juga menyeru pelajar dan para graduan supaya membudayakan kecemerlangan dan kemahiran serta mengelakkan budaya “cakap tak serupa bikin” atau membuat kenyataan tanpa bukti dan kajian terlebih dahulu.
KUALA LUMPUR, 10 Mac - PKR menegaskan jaminan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa sistem penjagaan kesihatan 1Care belum dimuktamadkan "tiada makna" sekiranya maklumat terkini kajian tidak didedahkan kepada umum.
Menurut Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pihaknya tidak mahu melihat alasan diberikan Liow itu sekadar gimik semata-mata demi menjaga kebimbangan umum.

"Apa yang membimbangkan KEADILAN ialah sama ada jaminan Liow ini bermakna apabila kita melihat isu terbaru kes Lynas," beliau berkata merujuk kepada ketidaksetujuan di kalangan pemimpin Kabinet.

Selepas kerajaan memberi jaminan bahawa sisa radioaktif dari kilang nadir bumi Lynas adalah selamat untuk disimpan di Gebeng, Pahang, Liow mengumumkan bahawa sisa tersebut mesti dihantar ke Australia.

Tidak lama selepas itu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa sisa tersebut akan disimpan di lokasi jauh daripada penempatan.

Kelab Rotary Klang Sambut Ulangtahun ke-50

PRIHATIN : Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar bertanya khabar dan memberi buah tangan kepada pesakit Chan Kok Kuan 58, di pusat haemodialiysis Wisma Rotary, Klang. Dr Xavier melawat pusat haemodialiysis itu sempena merasmikan sambutan ulangtahun ke-50 Kelab Rotary Klang di Wisma Rotary pada Mac 8. Turut mengiringi Dr Xavier, presiden persatuan Rotary Klang, Gerard Lazarus.
HULU LANGAT,8 MAC : Prihatin dengan masalah banjir yang melanda kawasan Hulu Langat, Ampang dan kawasan sekitar, Kerajaan Negeri Selangor akan membuat perbincangan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga bagi mencari langkah mengurangkan jumlah air di empangan berhampiran jika hujan lebat berterusan supaya tidak melimpah dikawasan sekitar lain.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor juga akan melantik seorang pegawai dari Syabas dan Puncak Niaga untuk dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Kecemasan supaya bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah banjir akan datang.
Shah Alam 08 Mac, 2012 - Kerajaan Negeri Selangor melalui  Exco Kemiskinan dan Kerajaan  Prihatin Negeri Selangor telah menyumbang 150 kampit beras, meehon, sardin, gula, susu tin dan minuman kordial kepada lebih 150-200 mangsa banjir di Kampung Sungai Putih, Lembah Jaya Utara dan Kampung Tengah, Ampang Indah, Ampang, Selangor pada hari ini.

Kampung-kampung tersebut adalah antara kawasan-kawasan yang teruk dilanda banjir di Negeri Selangor sejak malam semalam.

Mangsa-mangsa banjir ditempat sementara di dewan Datuk Mufti Shuib dan Surau Desa Permai, Lembah Jaya.

Sukarela-sukarelawan yang diketuai oleh Cikgu Subramani A/L Rengasamy, ketua Komuniti Kaum India Ampang telah mengambil inisiatif untuk datang ke pejabat EXCO di bangunan SUK, Shah Alam untuk mengangkut  barangan makanan tersebut dengan menggunakan lori  Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

SHAH ALAM 7 MAC: Kerajaan Selangor menggesa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pada 13 dan 14 Mac ini di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Satu dengan profesional dan mesti disiapkan dalam tempoh 12 jam dan bukan 24 jam.

Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kerja-kerja penyelenggaraan itu perlu diselesaikan seberapa pantas untuk memastikan segala urusan bekalan air warga Kuala Lumpur dan Selangor tidak terjejas dalam tempoh masa yang lama.

“Kita menjangkakan tekanan air akan pulih seperti biasa selepas itu,” ujar Dr. Xavier.

Kerajaan Negeri juga mengenal pasti beberapa lokasi strategik bagi warga setempat mendapatkan bekalan air jika keadaan bertukar kritikal.

Mereka boleh menghubungi Talian Hotline Call Centre : 1-800-cuci-3939 yang akan disalurkan terus ke pihak Syabas untuk mendapatkan lokasi terdekat mendapatkan bekalan air.
Program seranhan sumbangan Skim Mesra Usia Emas ini telah diadakan pada 25 Februari 2012 di DUN Seri Andalas. Pada kali ini sebanyak 82 orang daripada keluarga warga usia emas yang meninggal dunia dari DUN Sri Andalas, DUN Sri Muda dan DUN Kota Alam Shah telah mendapat bayaran sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pejabat Daerah Klang.

Turut hadir pada program ini adalah En. P.S. Rajoo, Ahli Majlis MPK dan En.Manaf, Ahli Majlis MBSA. Seramai 150 orang bersama keluarga masing-masing telah datang ke program ini.

YB Dr Xavier Jayakumar ADUN Sri Andalas telah diwakili ahli-ahli majlis tersebut disebabkan beliau menghadiri program EXCO Retreat di Melaka.

DUN Sri Andalas telah membuat pendaftaran sebanyak 4,600 permohonan dalam program Skim Mesra Usia Emas ini sejak program ini dimulakan pada tahun 2008.
Klang, 4 Mac 2012 - Kerja-kerja membersih sampah di sekitar DUN Seri Andalas giat dilakukan pada hari ini.

Menyertai YB Dr Xavier Jayakumar pada aktiviti pembersihan pagi ini adalah Selangor Action Team, Majlis Perbandaran Klang dan para sukarelawan.

Kerja-kerja pembersihan melibatkan membersih sampah di sepanjang jalan utama, bahu jalan dan dipadang-padang kawasan perumahan.

Kebanyakan sampah yang dibersihakan merupakan tinggalan bahan-bahan buangan binaan yang memerlukan jentera berat untuk memungut dan mengalihkannya.

YB Dr Xavier Jayakumar menawarkan ganjaran kepada mereka yang menghantar gambar pembuangan sampah secara haram oleh lori-lori disekitar kawasan DUN Seri Andalas.
top