Rundingan Langsung Kurang 98.8% Bawah Pakatan

Kerajaan Selangor menganugerahkan kontrak RM4.8 juta melalui rundingan terus pada 2011 - 98.8 peratus berkurangan berbanding pada 2007 ketika BN memerintah.

Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, sejumlah 87 kontrak tanpa tender terbuka dianugerahkan pada 2007, bernilai RM396.4 juta.

Beliau berkata, pada 2007 - sebelum tahun pilihan raya - mencatatkan kontrak tertinggi melalui tender rundingan dianugerahkan oleh negeri.

Sebelum ini, jumlah tertinggi direkodkan pada 2005, di mana 31 kontrak rundingan terus bernilai RM190.7 juta dianugerahkan dan 66 kontrak bernilai RM171.9 juta pada 2006.

Khalid menegaskan bahawa jumlah ini dikurangkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008.



Sumber: Malaysiakini

0 comments:

top