YB Dr Xavier Jayakumar di Majlis Pelancaran Buku "Was I a Stranger in My Homeland" oleh Malavi Sivakanesan.

Mengacau & Mengagih Bubur Lambuk di Teluk Menegon

Klang, 15 Julai 2014 - Program Mengacau dan Mengagih Bubur Lambuk Sempena Nuzul Quran 1435 Hijrah telah diadakan pada hari ini dari jam 9 pagi hingga 6 petang di hadapan Markaz PAS Teluk Menegun.

Sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk telah disediakan dan diagihkan kepada orang ramai.

Program agihan bubur lambuk diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan di DUN Seri Andalas.

 







Sekitar Majlis Perasmian Makmal dan Serahan Cek Kerajaan Negeri Selangor kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Kajang.






Klang, 3 Julai 2014 - YB Dr Xavier Jayakumar dan PEKAWANIS yang diwakili Pn. Sheila Devaraj, menyampaikan sumbangan hari raya kepada 30 orang ibu tunggal di Pejabat ADUN Seri Andalas pada hari ini.



Klang, 1 Julai 2014 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun Chiok Tao Keng di Klang.



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Kementerian Pendidikan, kuasa melantik dan melucutkan jawatan bukan setakat melanggar kebebasan akademik, bahkan juga mengkhianati harapan rakyat yang mahukan kedudukan lebih baik bagi institusi pendidikan tinggi.

Anwar berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan kementerian pendidikan yang tidak menyambung kontrak Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

“Jelas menunjukkan keputusan untuk tidak memperbaharui tempoh Redzuan adalah cara lain memecat beliau atas keberaniannya menjalankan tugas tanpa rasa takut,” kata Anwar dalam blognya hari ini.
Media Alert / Hebahan Media
YB Dr. Xavier Jayakumar akan mengadakan lawatan ke tapak kolam tadahan di Taman Sentosa, Klang untuk meninjau perkembangan terkini. Kolam tadahan ini adalah inisiatif untuk mengatasi banjir di DUN Seri Andalas yang telah melanda lebih 20 tahun.

Lokasi Kolam Tadahan adalah di Jalan Kebun Nenas, (bersebelahan Tangki Air Bandar Puteri). Butiran lawatan adalah seperti berikut:

Tarikh :  19 Jun 2014 (Khamis)

Masa   :  11.30 pagi

Tempat:  Kumpul di Pejabat ADUN Seri Andalas
               No. 15A, Jalan Mohd Tahir 8, Taman Mewah 4,
               Off Jalan Sungai Jati (berhadapan Petronas)
               41200 Klang, Sngor.

Contact Person: En. Nordin Borhan 012-2619301  (H/P)

SEMUA EDITOR MEDIA DAN WARTAWAN DIJEMPUT HADIR


top