Selangor anjur program dampingi rakyat Sabtu ini

Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Selangor akan turun padang pada hari Sabtu dan Ahad untuk mendampingi dan bertemu rakyat.

Melalui hari bertemu pelanggan bersepadu itu, jabatan dan agensi terbabit akan membuka kaunter penerangan dan kaunter aduan bertempat di Dewan Seri Siantan dan Tesco Kuala Selangor.

Kaunter tersebut akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada kedua-dua hari berkenaan. Sejumlah 24 jabatan dan agensi di Selangor akan mengambil bahagian.

Menurut kenyataan pejabat setiausaha kerajaan Selangor, ini merupakan kali kedua program tersebut diadakan pada tahun ini.

Antara jabatan dan agensi tersebut ialah pejabat setiausaha kerajaan Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Pejabat Pilihanraya Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Tourism Selangor dan lain-lain lagi.
Kerajaan Pusat digesa untuk tidak mengabaikan Selangor dalam rencana Rancangan Malaysia Ke-10.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru Kabinet Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk tidak memusuhi rakyat Selangor hanya semata-mata mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum lalu.

Malaysia tidak mampu mengharungi kemelesetan ekonomi jika Perdana Menteri Najib Abdul Razak mahu mencacatkan ekonomi Selangor, yang menyumbang sekitar 20 peratus kepada pendapatan negara.

Tan Sri Khalid berkata demikian selepas mendapati Rancangan Malaysia ke-10 memulaukan pembangunan di Selangor, serta menidakkan sumbangan Selangor dengan menamakan Petaling Jaya, Subang, Ampang Jaya dan Shah Alam sebahagian dari Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook hari ini membantah sekeras-kerasnya terhadap keputusan kerajaan tindakan kerajaan memansuhkan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang seperti yang diumumkan oleh perdana menteri.

Keputusan ini hanya akan membantutkan peluang ribuan anak Malaysia terutama bagi pelajar yang tidak berkemampuan yang ingin menimba ilmu di luar negara dan menimba pengalaman di perantauan.

"Ini tidak adil kepada generasi muda Malaysia kerana penggunaan kewangan yang boros dan tidak berhemah memberi kesan kepada generasi muda yang terpaksa menanggung akibat dan implikasinya.
"Kerajaan menyatakan biasiswa ini tidak dapat diteruskan kerana pembiayaan kewangan yang tinggi dan kerajaan tak mampu menanggungnya. Ini satu alasan yang tidak boleh diterima sama sekali," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, menyebut dalam sub topik bahawa kerajaan ingin membantu belia untuk menjadi pemimpin masa hadapan yang dinamik dan berinspirasi.

Ucapan Perbahasan RMK-10 Ketua Pembangkang

Berikut adalah ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 dalam Dewan Rakyat pada hari Isnin, 14 Jun 2010:

Tuan Yang DiPertua,

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Rancangan Malaysia Ke-10 pada 10 Jun 2010 dengan harapan melonjakkan prestasi ekonomi dan sosial negara kepada tahap yang lebih tinggi serta meyakinkan. Rancangan Malaysia Ke-10 ini diwar-warkan sebagai satu strategi ampuh yang mampu memacu negara untuk mencapai cita-cita Wawasan 2020 serta mengembalikannya ke landasan yang tepat dan memulihkan ekonomi negara yang hampir satu dasarwasa berada dalam keadaan lesu dan laih.

Maka tatkala ghairah menyambut kebijakan tersebut, perlu disingkap dua Rancangan Malaysia sebelumnya. Perbandingan harus dibuat agar penilaian yang jujur mampu diungkapkan. Apa ertinya segala pengumuman yang muluk muluk serta pembentangan kebijakan di Dewan ini sekiranya hasrat serta sasaran Rancangan Malaysia sebelumnya pun belum lagi tertunai.

Tatkala membentangkan belanjawan 1994, pada bulan Oktober 1993, saya mengungkapkan kepentingan buat kita merenung serta menginsafi peringatan Allah SWT dalam Surah Yusuf, agar tujuh tahun subur menjadi persedian buat kita menghadapi sebarang kemungkinan pada tahun berikutnya. Saya mengingatkan bahawa putaran kemakmuran dan kemelesetan kerap datang silih berganti, namun ianya bukanlah tidak dapat dielakkan. Bahkan kerapkali kemakmuran boleh bertukar menjadi kegersangan ekonomi kerana kita alpa, boros dan berfikiran singkat dalam perencanaan.

Semua ketua kampung dan ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung akan dilibatkan bagi memantau sekali gus  mengurangkan masalah kecurian pasir.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri juga sedia memberi penghargaan kepada ketua kampung atau JKKK yang berjaya menangkap pencuri pasir.
   
Khalid berkata demikian pada Perhimpunan bulanan kakitangan kerajaan negeri di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, SUK.

“Dan tak berapa lama lagi kita akan mengumumkan supaya ketua-ketua kampung akan kita minta, ketua-ketua kampung dan jkkk akan bersama dengan kita untuk memantau pencurian pasir, dan kita akan bagi hadiah kepada ketua-ketua kampung dan jkkk yang dapat menangkap mereka-mereka yang mencuri pasir” Khalid berkata.

Beliau  meminta semua kakitangan bersama-sama membantu membanteras masalah kecurian pasir  kerana ia akan membantu meningkatkan pendapatan negeri.



KUALA LUMPUR 4 Jun - Pakatan Rakyat menyerahkan surat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama hari ini berhubung memorandum mengutuk serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas konvoi enam buah kapal yang menghantar bantuan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza isnin lalu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap kepada media selepas menyerahkan surat itu di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur tengahari tadi berkata rakyat Malaysia secara keseluruhannya meminta Obama mengambil serius dan bertindak segera terhadap Israel.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh umat Islam. Saya bangga  dengan kehadiran yang mencecah 100,000 orang membantah kekejaman Israel," kata Anwar.

Menurut beliau, pegawai kedutaan Amerika Syarikat berjanji akan membawa surat itu kepada Obama minggu depan.

Kerajaan Selangor hari ini mempamerkan contoh paling jelas yang menyerlahkan pentadbiran telusnya apabila sebuah anak syarikatnya disiasat secara terperinci oleh SELCAT terhadap dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

SELCAT yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat sejurus selepas mengambilalih selangor sebelum ini dituduh sebagai lebih condong kepada hanya menyiasat pemborosan dan penyelewengan yang berlaku ketika pemerintahan kerajaan negeri UMNO Barisan Nasional yang lalu.

Namun hari ini badan itu memperlihatkan ketelusannya dengan memerinci Kumpulan Semesta yang menguruskan kontrak- kontrak pasir di Selangor.

Dan perkara pertama yang ditanya kepada pengurusan Semesta ialah kenapa syarikat itu memberikan bonus sehingga 6 bulan kepada kakitangannya.
Kerajaan Negeri akan memaparkan nama pembeli rumah kos rendah untuk tatapan awam di lawam sesawang Lembaga Perumahan dan Tanah Selangor serta pejabat Pihak Berkuasa Tempatan bermula bulan hadapan.

Exco Perumahan Iskandar Abdul Samad berkata langkah ini dibuat bagi mencegah keraguan, ketidakadilan dan penyelewengan dalam urusan pembelian rumah kos rendah.

Pembelian rumah kos rendah mencetuskan kontroversi apabila kerajaan negeri memulakan siasatan keatas aduan yang mendakwa adanya pembeli rumah kos rendah yang berpendapatan lebih dari RM2,500 sebulan.

Kerajaan Negeri Selangor memandang serius perkara ini dan bertindak menubuhkan Lembaga Perumahan dan Tanah Selangor bagi memusatkan semua urusan permohonan rumah kos rendah yang sebelum ini diurus oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
top