Klang, 29 Oktober 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar turun padang pada hari ini melihat sendiri masalah banjir yang dihadapi penduduk di Jalan Sri Sarawak 9, Taman Seri Andalas, Klang. Aduan telah diterima dan tindakan susulan akan dilakukan.
Showing posts with label Turun Padang. Show all posts
Showing posts with label Turun Padang. Show all posts
YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini 14 Februari 2014 turun ke pasar Taman Klang Jaya dan Sentosa bersama-sama para sukarelawan seawal jam 8 pagi. Aktiviti mengedar bunga serta risalah berkenaan TAWAS dan Insentif Perkahwinan Belia.
DUN Seri Andalas, 19 Jun 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini mengadakan lawatan turun padang di sekitar kawasan dalam DUN Seri Andalas dan beramah mesra serta mendapat maklum balas rakyat di pasar malam Jalan Dato Dagang 39, Taman Sentosa. Turut hadir bersama adalah Ahli Majlis MPK, Encik PS Rajoo.
Pada 26 Februari 2010, satu tinjauan telah diadakan di Pasar Malam Taman Maznah yang terletak dalam kawasan DUN Sri Andalas.Dalam aktiviti turun padang tersebut, YB Dr Xavier Jayakumar melihat sendiri aktiviti yang dijalankan oleh para peniaga dan penjaja disitu.
Dengan bertemu para peniaga dan penjaja, Dr Xavier dapat bertanya sendiri permasalahan serta keadaan aktiviti yang dijalankan.
Beliau sempat bertanya khabar srta beramah mesra dengan pengunjung-pengunjung pasar malam tersebut.
DUN Sri Andalas, 11 Februari 2010 - Dalam usaha mendekatkan Kerajaan Negeri dengan rakyatnya, YB Dr Xavier telah turun padang dan bergerak di sekitar kawasan dalam DUN Sri Andalas.Dalam program tersebut, YB Dr Xavier yang turut disertai oleh Ahli Majlis Perbandaran Klang serta para sukarelawan dari Keadilan Cabang Kota Raja mengagihkan buah oren, akhbar Suara Keadilan serta risalah-risalah tentang aktiviti Kerajaan Negeri Selangor.
Dengan adanya agihan risalah-risalah tentang aktiviti yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor, kesedaran tentang program pembangunan rakyat yang dijalankan dapat dikongsi kerajaan dengan rakyat negeri Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)














