Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Kementerian Pendidikan, kuasa melantik dan melucutkan jawatan bukan setakat melanggar kebebasan akademik, bahkan juga mengkhianati harapan rakyat yang mahukan kedudukan lebih baik bagi institusi pendidikan tinggi.

Anwar berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan kementerian pendidikan yang tidak menyambung kontrak Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

“Jelas menunjukkan keputusan untuk tidak memperbaharui tempoh Redzuan adalah cara lain memecat beliau atas keberaniannya menjalankan tugas tanpa rasa takut,” kata Anwar dalam blognya hari ini.
Media Alert / Hebahan Media
YB Dr. Xavier Jayakumar akan mengadakan lawatan ke tapak kolam tadahan di Taman Sentosa, Klang untuk meninjau perkembangan terkini. Kolam tadahan ini adalah inisiatif untuk mengatasi banjir di DUN Seri Andalas yang telah melanda lebih 20 tahun.

Lokasi Kolam Tadahan adalah di Jalan Kebun Nenas, (bersebelahan Tangki Air Bandar Puteri). Butiran lawatan adalah seperti berikut:

Tarikh :  19 Jun 2014 (Khamis)

Masa   :  11.30 pagi

Tempat:  Kumpul di Pejabat ADUN Seri Andalas
               No. 15A, Jalan Mohd Tahir 8, Taman Mewah 4,
               Off Jalan Sungai Jati (berhadapan Petronas)
               41200 Klang, Sngor.

Contact Person: En. Nordin Borhan 012-2619301  (H/P)

SEMUA EDITOR MEDIA DAN WARTAWAN DIJEMPUT HADIR


On 5th June 2014, an article published by MalaysiaKini.com alleging I was involved in a bribery action with Abdul Malek Hussin (an officer in the ongoing Election Committee of Parti Keadilan Rakyat), has brought great pain to me and my family.

I am one of the oldest members of PKR and have spent time, energy and financially to help PKR wherever possible in the past 15 years. I believe that PKR will truly make a positive change in the life of ordinary man in Malaysia.

I have fought and still fighting against the suppressive laws of this country, including the freedom for an open and fair press. In this article, I find the reporting to be malicious, defamatory and totally false without being responsible, the publication has brought my good name to be tarnished.

I have no other choice but to defend my integrity and have ask my lawyers, Chambers of Firdaus to take immediate action against all publications both print and electronic media who have carried this malicious article. A Letter of Demand (LOD) has been sent to MalaysiaKini, Sdr. Badrul Hisham Shaharin or better known as Chegubard, Tamil Malar and we will follow up with the others in a few days.

The PKR election will go on, we are doing our utter best to provide an open and fair election. We see plenty of hidden hands, from outside the party who are involved trying to discredit and create problem. PKR will overcome these hurdles and proof that we are here to make positive changes in society.

A committee has been setup with Sdr. Senator Syed Hussin Ali as chair person to investigate and look into all allegation both written and verbal, pertaining to the ongoing party election.


YB Dr Xavier Jayakumar
ADUN Seri Andalas
Ketua PKR Cabang Kota Raja

12 JUNE 2014
Media Alert / Hebahan Media

Sidang Media Berkenaan Pemilihan PKR 2014 dan Menjawab Tuduhan Rasuah Terhadap YB Dr. Xavier Jayakumar


YB Dr. Xavier Jayakumar akan mengadakan Sidang Media mengenai Pemilihan PKR 2014 yang sedang berlangsung serta menjawab tuduhan rasuah yang dilemparkan terhadap beliau. Turut hadir adalah peguam yang mewakili beliau dalam kes tuduhan rasuah tersebut. Butiran sidang media adalah seperti dibawah:

Tarikh: 12 Jun 2014 (Khamis)

Masa: 11.00 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat DUN Seri Andalas
             No. 15A, Jalan Mohd Tahir 8,
             Taman Seri Mewah 4, Off Jalan Sungai Jati,
             41200 Klang, Selangor

Contact Person: En. Nordin Borhan 03-3373 4595 (Off) / 012-2619301  (H/P)

SEMUA EDITOR MEDIA DAN WARTAWAN DIJEMPUT HADIR
Kampung Jawa, 7 Jun 2014 - Seramai 85 orang pelajar cemerlang SPM 2013 dari 6 buah sekolah dalam kawasan DUN Seri Andalas pada hari ini telah menerima sijil kecemerlangan yang disampaikan oleh ADUN Seri Andalas, YB Dr. Xavier Jayakumar.

Majlis meraikan pelajar-pelajar cemerlang SPM 2013 ini telah diadakan di Dewan JKKK Kampung Jawa pada jam 9 pagi.









Berikutan artikel yang diterbitkan MalaysiaKini pada 5 Jun 2014 bertajuk “Chegubard buat aduan bertulis dakwaan rasuah”, saya dengan sekeras-kerasnya menolak segala tuduhan serta dakwaan yang dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegubard seperti yang disebut dalam artikel itu.

Umum diketahui bahawa saya adalah merupakan salah satu calon yang bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat peringkat pusat dan cabang pada tahun ini.  Apa yang didakwa didalam artikel tersebut adalah semata-mata fitnah, berniat jahat dan merupakan satu taktik keji yang begitu terdesak untuk membunuh peluang saya sebagai calon yang bertanding. Dakwaan dan taktik keji ini juga akan mencemarkan reputasi saya sebagai pemimpin parti dan Ahli Dewan Negeri Selangor yang dipilih rakyat. 

Sebagai seorang anggota yang telah lama berjuang bersama-sama parti serta diberi amanah memegang jawatan-jawatan penting tertinggi di peringkat pusat dan cabang, saya sememangnya memperjuangkan semangat demokrasi dan kebertanggungjawaban dan sama sekali menolak amalan rasuah dimana-mana peringkat pun. 

Saya menolak sekeras-kerasnya apa yang didakwa Chegubard dalam artikel tersebut yang mengaitkan saya sebagai orang suruhan salah satu calon Timbalan Presiden dalam cubaan merasuah Pengerusi Lembaga Rayuan Pemilihan Parti. Ini adalah tidak benar sama sekali.

Sebagai seorang anggota parti, walaupun dalam penggantungan, Chegubard sepatutnya tidak membuat dakwaan melulu yang kononnya beliau dengar dari khabar angin, apatah lagi dakwaan yang bersifat fitnah yang boleh menjejaskan reputasi dan imej anggota serta parti. Ini sama sekali tidak mencerminkan semangat demokrasi pertandingan yang adil dalam pemilihan dan prinsip perjuangan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat.

Berikutan penerbitan artikel dan dakwaan berniat jahat ini, saya telah pun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya keatas Chegubard, portal MalaysiaKini serta individu yang bertanggungjawab mengarang artikel ini.

Saya sekali lagi, dengan sekeras-kerasnya menolak segala dakwaan yang dibuat oleh Chegubard seperti yang diterbitkan dalam artikel MalaysiaKini pada hari ini.


YB DR. XAVIER JAYAKUMAR
Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja
Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Seri Andalas  

5 JUN 2014

Kekalahan calon DAP di Teluk Intan semalam menunjukkan usaha Pakatan Rakyat menentang Barisan Nasional tidak sampai ke kawasan luar bandar, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

"Kami perlu mengambil pengajaran dan berusaha lebih keras untuk menembusi kawasan luar bandar," katanya.

Anwar berkata isu perkauman dan agama masih faktor dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, yang dimenangi calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong, menewaskan Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti tipis.

"Dalam erti kata lain, ini kerana mereka menggunakan isu perkauman kepada orang Melayu, terutamanya kononnya DAP akan menindas, dan ini sangat berbahaya.
Shah Alam, 1 Jun 2014 - YB Dr Xavier Jayakumar hari ini hadir bersama YB Shuhaimi Shafiei dalam satu majlis meraikan kaum ibu di Dewan MPP Zon 10, Taman Alam Megah, Shah Alam.

Program pada jam 6 petang ini dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja bersama MPP Zon 9 dan MPP Zon 10.








Upacara Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sivan

Klang, 1 Jun 2014 - Menghadiri Upacara Pecah Tanah untuk pembinaan Kuil Sivan di Klang. Hadir bersama, saudara PS Rajoo.




Klang, 31 Mei 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar hari ini memenuhi jemputan menghadiri satu program Majlis Makan Malam Tokong Tien Ling Tuah di Restoran Rahsna Baru, Jln Batu Tiga, Klang.



top