Desa Latania, 28 Februari 2012 - Sebanyak 140 buah beg sekolah telah disumbangkan kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Program sumbangan beg sekolah ini adalah program kali kedua diadakan disini pada tahun ini.

Summbangan beg sekolah telah diserahkan kepada pelajar-pelajar oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas.

YB Dr Xavier Jayakumar menegaskan perlunya bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah ini bagi membantu meringankan beban keluarga serta memastikan mereka terus belajar di sekolah. YB Dr Xavier percaya dengan pelajaran yang baik dapat mengubah dan meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga.
KENYATAAN MEDIA YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN BAGI PENJAWAT AWAM NEGERI SELANGOR


Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan satu Program Kesedaran Kesihatan Bagi Penjawat Awam Negeri Selangor di ruang legar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pagi ini. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan HOSPICE.

Matlamat penganjuran program adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran kesihatan kepada para penjawat awam dan mereka yang bekerja di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta pelbagai agensi kerajaan yang lain. Fungsi serta kepakaran MAKNA dan HOSPICE telah diterangkan kepada para hadirin pada pagi ini.

Dalam program ini, MAKNA menerangkan aspek kepentingan langkah pencegahan, pengesanan awal, pemeriksaan dan rawatan kesihatan yang perlu serta mendedahkan gaya hidup yang sihat bagi mengelakkan kanser. Tumpuan diberikan kepada wanita yang lebih berisiko untuk menghidapi kanser payudara dan kanser serviks.

HOSPICE berkepakaran dalam program rawatan perubatan dan emosi untuk pesakit yang telah tenat akibat menghidapi penyakit-penyakit yang membawa maut seperti kanser tahap tiga, AIDS dan sebagainya. Peranan HOSPICE adalah penting bagi memastikan pesakit dapat menangani situasi yang dihadapinya dan mewujudkan ketenteraman.   

Menyedari kepentingan kesihatan kepada para penjawat awam dan orang ramai serta fungsi kedua-dua organisasi ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan geran RM10,000 kepada MAKNA dan HOSPICE bagi menyokong usaha mereka. Kerajaan Negeri Selangor juga akan memberi tanah seluas satu ekar kepada HOSPICE untuk mendirikan pusat jagaan harian.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor


28 Februari 2012
KENYATAAN MEDIA YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
ISU PEROBOHAN KUIL SRI MAHA MARIAMMAN DI KOTA WARISAN

Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat berpegang teguh dengan prinsip dan dasar kepimpinan yang tidak meroboh sebarang tempat ibadat tanpa rundingan bersama dengan pihak-pihak yang terlibat dan berkepentingan. Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada Mac 2008 yang lepas, satu Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor telah ditubuhkan dengan diwakili oleh semua ahli-ahli agama masing-masing.

Selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam, saya memandang serius tindakan perobohan kuil tanpa rundingan dengan pihak-pihak berkaitan dan berkepentingan.

Pada pagi ini arahan menghentikan kerja-kerja merobohkan sebuah kuil Hindu iaitu Kuil Sri Maha Mariamman yang terletak di Kota Warisan, daerah Sepang telah dibuat. Bagi memastikan isu sebenar perobohan kuil ini, saya serta pihak berkuasa Majlis Daerah Sepang akan hadir pada hari esok di kuil tersebut bagi menyiasat dan berbincang dengan pihak pemaju serta Ahli Jawatankuasa Kuil berkenaan.

Sementara siasatan dibuat, saya meminta supaya semua pihak bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini. Didapati telah ada beberapa pihak yang cuba mensensasikan kes yang masih dalam siasatan ini untuk meraih sokongan politik. Sebarang kenyataan dan dakwaan tidak rasional yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum hasil siasatan diumumkan bukan sahaja dilihat berniat jahat malah boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam


22 Februari 2012
Saya  merujuk  kepada  keratan  akhbar  bertajuk  ‘Air Lombong Tak Selamat’  akhbar  Berita  Harian  pada  17 Februari  2012  yang lepas.

Kerajaan Negeri ingin menegaskan disini bahawa kita komited untuk mengunapakai sumber air mentah dari sumber air bawah tanah, bekas lombong, air hujan dan  sungai yang telah “dirawat” yang merupakan sumber air mentah yang banyak terdapat di negeri Selangor bagi menampung keperluan Rakyat Selangor .

Umum sudah sedia maklum bahawa usaha Kerajaan untuk mengunakan  air lombong dan sumber-sumber air yang lain perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dijadikan ‘air minum’ (potable water) berdasarkan piawaian dan standard keselamatan dan kesihatan  di negara ini dibawah  Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan (ISO 22000:2005), Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya (MS1480:2007) and Amalan Pembuatan Baik (MS 1514:2009).

Ia merupakan satu tohmahan yang berniat jahat (mala fide) dan sikap buruk sangka sesetengah pihak yang secara semberono  mengandaikan bahawa Kerajaan Negeri membekalkan air yang tidak selamat untuk diminum kepada rakyatnya.

Tambahan lagi, selain dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebuah agensi kerajaan negeri yang mengurus selia air mentah di Negeri Selangor, kita juga mempunyai agensi Kerajaan Pusat  seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Kesihatan yang juga memantau dan bertanggungjawab menjaga kepentingan dan keselamatan pengguna dalam mendapatkan bekalan air yang selamat untuk diminum.

Kita amat bersetuju dengan cadangan bahawa sebarang perbincangan berkaitan penggunaan air bekas lombong atau potensi penggunaan air dari sumber-sumber lain harus difokuskan kepada faktor kos dan manfaatnya.   

Professor Datuk Dr. Zaini Ujang menyentuh secara imbas  dengan mengatakan bahawa proses rawatan air lombong membabitkan kos yang besar sedangkan kita berpendapat bahawa ianya terlalu awal untuk bersetuju dengan beliau bilamana tidak terdapat sebarang kajian  terhadap  ‘cost-benefit  analysis’ dibuat oleh mana-mana pihak sebelum ini.
 
Warga Selangor khasnya dan Rakyat Malaysia umumnya harus “di sedarkan”  bahawa Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) yang dipercayai bernilai RM8 Bilion adalah ‘TERLAMPAU MAHAL’ untuk ditanggung oleh Rakyat Malaysia.
 
Dari perspektif ekonomi, kita berpendapat bahawa Rakyat Selangor akan dibebankan untuk “membayar” harga air yang dibekalkan oleh Pahang disamping Kerajaan Negeri akan kehilangan hasil pendapatan (revenue) dari royalti air kerana tidak mengeluarkan sumber air mentah dari dalam negeri sendiri.

Kita sekali lagi ingin tegaskan di sini bahawa isu air ialah KEKURANGAN AIR TERAWAT dan bukannya SIMPANAN AIR, maka mengambil air dari Pahang yang menelan  RM8 Bilion tidak akan menyelesaikan masalah.

Kita seringkali mengingatkan kerajaan Persekutuan bahawa fokus sebenar ialah menaiktaraf infrastruktur loji sediada untuk meningkatkan kapasiti.

Kita juga ingin tegaskan lagi bahawa Kerajaan Selangor tidak mahu “diseret untuk terlibat sama” dalam komitmen Kerajaan Persekutuan melaksanakan projek PPAMPS dimana ianya dilaporkan bahawa kerja-kerja membina terowong telah selesai dilaksanakan di sebelah negeri Pahang.

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai yang telah kita perolehi, kita dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang menghadapi ‘tekanan hebat’ dari pelabur Jepun untuk segera menyiapkan ‘projek mega’ tersebut kerana sebahagian besar dana dari pinjaman telah digunakan. 

Kerajaan Selangor berpendapat bahawa kos RM8 Bilion tersebut akan memberikan lebih manfaat dan tambah nilai sekira ianya di gunakan untuk pemulihan Sungai Klang yang merupakan sumber air mentah yang belum diterokai terbesar di Negeri Selangor.  

Dalam masa yang sama Kerajaan Selangor sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan Sungai Klang untuk dijadikan sumber air mentah dalam masa terdekat.


Disediakan oleh:
Y.B Tuan Dr. Xavier Jayakumar
Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin
PETALING JAYA, 17 FEB - Selangor terus maju dan berjaya mengurangkan karenah birokrasi serta korupsi sejak berada di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan mencipta lebih banyak peluang perniagaan yang terbuka luas kepada semua peniaga tempatan mahupun asing.
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, konsep pelaburan mesra yang diamalkan kerajaan Selangor dalam sektor perniagaan dilihat memberi kesan positif, malah berjaya menarik lebih ramai pelabur saban tahun.

"Selangor sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka kepada semua ahli perniagaan termasuk peniaga asing dan tempatan. Selangor adalah tempat terbaik untuk semua peniaga menjalankan perniagaan.

Kerajaan negeri juga sedang dalam usaha membangunkan dan memberi tumpuan kepada industri perkhidmatan termasuk pelancongan dan kesihatan yang boleh diceburi oleh semua golongan perniagaan," katanya.

Umno-BN Salah Guna Sekolah Untuk Kempen

SHAH ALAM, 16 FEB : Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang mengambil peluang dengan menggunakan sekolah sebagai medan politik dibantah sekeras-kerasnya sebilangan besar pihak termasuk ibu bapa dan pemimpin masyarakat kerana dilihat akan mencemarkan institusi terbabit.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud ketika dihubungi TV Selangor berkata, kenyataan itu dibuat sejurus beliau menerima aduan daripada ibu bapa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan bahawa satu ceramah ekonomi akan diadakan (semalam) di Sekolah Menengah Sri Andalas anjuran bekas Adun-adun Selangor.

Bagaimanapun menurutnya, ia telah disalahgunakan oleh pihak terlibat dengan mengutarakan isu politik semata-mata selain turut menyampaikan mesej bahawa Umno-BN akan menawan semula kawasan Kota Raja semasa Pilihan Raya ke-13 (PRU-13) nanti.

"Mereka (penganjur) mengeluarkan satu jemputan kepada ibu bapa. Pada asalnya, ia adalah program Umno iaitu mereka hanya menjemput orang-orang tertentu sahaja. Tetapi apabila ibu bapa pakat telefon sekolah untuk bertanyakan tentang hal berkenaan, mereka membukanya kepada semua orang.
PETALING JAYA, 16 FEB: Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tohmahan dari pemimpin Umno/BN berhubung isu Israel merupakan putar belit yang sengaja dilakukan sedangkan dalam masa yang sama kerajaan menjalin hubungan baik dengan negara zionis tersebut.

Menurut Anwar, Menteri Pertahanan, Datuk Zaid Hamidi juga pernah bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan.

Begitu juga dengan pentadbiran Perdana Menteri juga telah melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.

Ketua Pembangkang itu juga berkata walaupun terdapat perbezaan pandangan dengan PAS berhubung isu tersebut namun kedua-dua parti tersebut mempunyai matlamat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Ikuti kenyataan penuh beliau:

Selangor Jamin Tidak Berlaku Krisis Air 2014

SHAH ALAM, 15 Feb: Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku krisis air menjelang 2014 seperti mana yang dihebahkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata, krisis air yang dibangkitkan itu merupakan propaganda politik kerajaan Barisan Nasional.

"Ini adalah usaha BN untuk meracun pemikiran dan bertujuan menakut-nakut rakyat Selangor dalam usaha mereka untuk merampas kembali negeri ini.

"Kerajaan negeri berpendapat bahawa projek mega pemindahan air dari Pahang ke Negeri Selangor serta tindakan Syabas memaksa Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang menelan berbilion-bilion ringgit itu tiada tujuan lain.
SHAH ALAM,15 FEB : Pakatan Rakyat mencadangkan supaya kerajaan tidak menjadikan pembeli-pembeli perumahan Rakyat dan awam (PPR-PA) sebagai tindakan mengaut keuntungan berlebihan dan bukan bertujuan membela golongan yang memerlukan.
 
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata kerajaan seharusnya melaksanakan konsep 'Sewa Hingga Milik- Tanpa Faedah (SHM-TF) iaitu konsep sewaan yang dimasukkan sebagai bayaran kepada pembelian rumah.

"Sebagai contoh harga rumah RM35,000 dengan masa bayaran melalui sewa selama 25 tahun akan menjadikan bayaran bulanan hanya sekitar RM117 tidak termasuk kos penyelenggaraan bangunan kerana harga tersebut sudah dimasukkan nilai rumah tersebut.
Desa Latania, Klang, 14 Februari 2012 - Sebanyak 100 buah beg sekolah telah disumbangkan kepada murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah di flat Desa Latania hari ini.

Hadir menyampaikan sumbangan tersebut adalah YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas. Turut menghadiri program tersebut adalah Encik Manaf, Ahli Majlis MBSA dan Ketua Kampung, Tuan Haji Miswan.

Dalam program tersebut, YB Dr Xavier Jayakumar turut berucap memberi penerangan ringkas tentang program-program Kerajaan Negeri Selangor yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai.

Program tersebut telah dikoordinasikan oleh sukarelawan Encik Nageswaran dan Puan Saraswathy.

YB Dr Xavier Jayakumar berharap dengan sumbangan beg sekolah ini dapat membantu meringankan sedikit beban keluarga dan memberi keselesaan kepada murid-murid untuk ke sekolah.

MB : 10 Ekar Tanah Bina Sekolah Tamil Berasrama

SHAH ALAM 13 FEB : Masyarakat India terus menerima bantuan apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina sekolah jenis Tamil lengkap berasrama di atas tanah seluas 10 ekar di Coalfield, Kuala Selangor.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai membuktikan kerajaan negeri komited memperkasa kehidupan rakyatnya tanpa mengira kaum.

"Persetujuan dibuat dengan pemaju, Syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad, di mana kami mengkhaskan pembinaan sekolah Tamil dikawasan Coalfield.

"Ini adalah satu lagi contoh sekolah Tamil yang lengkap berasrama, dengan cara itu kita dapat menempatkan pelajar-pelajar dari kawasan pendalaman untuk belajar dan tinggal diasrama."
SHAH ALAM 12 FEB : Kerajaan Negeri Selangor berhasrat mengekalkan peruntukkan RM4 juta bagi pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dinegeri itu seperti tahun-tahun sebelumnya.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap pada majlis Anugerah UPSR 2011 Sekolah-sekolah Tamil Selangor di Stadium Malawati hari ini.

Khalid dalam ucapannya berkata komitmen kerajaan negeri meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya sangat jelas dan ia dilakukan secara berterusan.

"Sebelum ini, saudara semua belum pernah berada dalam satu keadaan dimana kerajaan negeri bersama-sama memperjuangkan hak kaum Tamil dalam pendidikan.

Isu Pasir: SPRM 'Bersihkan' Saya Kata Shuhaimi

ADUN Seri Muda Shuhami Shafie hari ini mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membersihkannya daripada dakwaan rasuah pada 2010 tetapi tuduhan yang sama diulangi oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

"Saya beritahu SPRM segalanya apabila mereka siasat perkara itu pada Julai 2010. Pegawai penyiasat sendiri maklumkan kepada saya bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan tidak membabitkan salah guna kuasa," katanya pada sidang media hari ini.

Bercakap di ibu pejabat PKR di Tropicana, Selangor, Suhaimi berkata transkrip perbualan telefon yang didakwa antara beliau dan pemilik syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd juga dibentangkan kepadanya semasa siasatan.

"Saya ditunjukkan ini apabila disoal-siasat oleh SPRM. (Saya) tidak nafikan ada berbual di telefon dengan rakan kongsi perniagaan saya, tetapi saya percaya ia (transkrip) dipinda untuk menjadikan plot lebih menarik," katanya.

Sidang DUN 2012 Bermula 19 Mac

SHAH ALAM 9 FEB: Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor sesi 2012 akan bermula pada 19 Mac depan setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini semalam.

Abdul Khalid berkata, antara isu yang akan diberi perhatian adalah keadaan kewangan negeri yang semakin meningkat termasuk program-program pembangunan yang bakal dilaksanakan untuk rakyat pada tahun ini.

"Menurut laporan Jabatan Kewangan Negeri Selangor, simpanan tunai kerajaan negeri bertambah lebih 26 peratus dan secara terkumpul melebihi RM1.9 bilion sehingga hujung 2011 berbanding kurang RM500 juta pada tahun 2007.
BATU CAVES, 7 FEB : Negara Berkebajikan yang diamalkan Pakatan Rakyat tidak akan menjadikan Selangor bankrab kerana di urustadbir secara berhemah dan tidak melibatkan amalan rasuah, salahguna kuasa dan amalan kroni sebagaimana yang dilakukan oleh BN

Pakatan Rakyat (PR) telah membuktikan Selangor tidak menghadapi masalah ekonomi biarpun Kerajaan Negeri mengamalkan pendekatan mengutamakan kepentingan rakyat dengan menjaga kebajikan serta menyalurkan bantuan secara berterusan dan konsisten.

Sebaliknya dengan pentadbiran penuh berhemah dan kebertanggungjawaban, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor mencatat pertumbuhan ekonomi membanggakan sejak PR mengambilalih pentadbiran negeri Selangor.
Kerling, 7 Februari 2012 - YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah hadir ke upacara perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Bt 2 1/2 Kuala Selangor bagi kali ketiga dan juga di Kerling, Hulu Selangor atas jemputan daripada pihak kuil-kuil tersebut. Turut hadir adalah Ahli- ahli Majilis dan Ketua ketua komuniti setempat.
Sambutan daripada para penganut sungguh meriah apabila YB Dr Xavier dijemput memberi ucapan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepada orang ramai supaya perubahan pada PRU Ke13 harus dilakukan dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat demi kepentingan masa depan anak-anak mereka dari segi pekerjaan dan pendidikan.
Kuala Selangor, 7 Februari 2012 - Kuil Sri Subramaniar Swamy Alayam di Batu 2 pada hari ini telah menerima sumbangan sebanyak RM50,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor. 

Sumbangan untuk tujuan pembangunan kuil tersebut telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor. 

Turut hadir pada penyerahan cek yang diadakan pada upacara sambutan perayaan Thaipusam itu adalah Ahli-ahli Majlis serta ketua-ketua komuniti setempat. Upacara perayaan telah disambut meriah dengan kehadiran para penganut agama hindu tempatan.
Taman Sentosa, Klang, 6 Februari 2012 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini telah mengadakan majlis rumah terbuka untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina bagi masyarakat Tiong Hua di kawasannya, DUN Sri Andalas.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah isteri kepada YB Dr Xavier, iaitu Puan Sheila Devaraj, ADUN Seri Muda, YB Shuhaimi Shafiei, Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua kampung serta ketua-ketua komuniti setempat.

Pada majlis tersebut telah diadakan tarian singa, pemberian ang pow, sumbangan RM100 dan pemberian hamper. PEKAWANIS (Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor) juga mengadakan pendaftaran kepada mereka yang layak pada hari itu.

Majlis rumah terbuka dihadiri orang ramai dan disambut dengan meriah, pelbagai juadah makanan telah disediakan untuk menjamu selera.

PR Berbakti Pada Setiap Waktu

IJOK, 5 FEB : Kerajaan Pakatan Rakyat mengamalkan dasar bekerja untuk rakyat tanpa mengira waktu dan bukan sekadar mengambil hati sempena Pilihanraya Umum sepertimana yang diamalkan oleh Kerajaan Umno-BN.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu bahawa peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan PR bukan sekadar memancing undi sebaliknya dilakukan sejak memegang tampuk negeri pada tahun 2008.

"Setiap tahun semenjak 2008, kita memperuntukkan dana lebih daripada RM16 juta kepada sekolah persendirian Cina, Tamil dan Agama Rakyat yang sebelum ini tidak dihiraukan oleh Barisan Nasional selama berpuluh-puluh tahun.

"Ini bukti bahawa kita telah dapat jalankan tugas dan menunaikan janji-janji kita kepada rakyat," ujar Abdul Khalid.

1Care is Crony-inspired, Says PSM

KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) today urged Malaysians to go beyond rejecting the government’s “crony-inspired” proposals by kicking Barisan Nasional out of power.

Commenting on the recently proposed 1Care healthcare scheme, Dr Michael D Jeyakumar, a member of the PSM central committee, said he agreed that it was not the right way to go about reforming the healthcare system. “But I say, change the government,” he said in an interview with FMT.
 
Jeyakumar, who is the MP for Sungai Siput, is a physician well known for his social work.
 
He said Malaysians could not rely on the BN government to be objective in its reform proposals. “We can’t have any meaningful reform of public institutions. It usually leads to cronyism.”

Placing Indians as GLC Directors Not the Answer

By G Vinod, Free Malaysia Today

Selangor exco Dr Xavier Jayakumar says how can a few Indians in top positions solve the community's problems?

PETALING JAYA: Having Indians as directors of state government-linked companies (GLCs) does not solve the community’s problems, says Dr Xavier Jayakumar, the Selangor executive councillor in charge of Indian affairs.

“How would placing Indians in top positions alone help the community, who are mostly from the low-income group?” asked Jayakumar, who was responding to a criticism by an MIC leader.

What the community requires, he added, was better access to educational facilities, better social safety net and skills training opportunities which the state government was offering.
PUTRAJAYA 2 FEB : Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini yang menolak kebenaran membuat semakan kehakiman berhubung keputusan terbuka inkues kematian mendiang.

"Jadi Mahkamah hari ini bersetuju untuk memberikan kami kebenaran untuk membawa isu undang-undang ini untuk kami mendapatkan satu keputusan berkenaan perkara berkenaan," jelas peguam keluarga mendiang, Gobind Singh Deo.

Sehubungan itu, pihak keluarga Beng Hock diberi masa selama 14 hari untuk memfailkan notis rayuan bermula daripada hari ini dan mahkamah akan mengumumkan tarikh perbicaraan.
SHAH ALAM 1 FEB : Kerajaan Negeri kesal dengan taktik syarikat konsesi air, Syarikat bekalan Air Selangor (SYABAS) memaksa kerajaan negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) secara tergesa-gesa tanpa mengkaji kepentingan rakyat Selangor secara menyeluruh.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin Kah Fui dalam kenyataannya berkata keengganan SYABAS tidak meluluskan usaha menambahbaik penyaluran paip serta perkhidmatan pembersihan air masa hadapan itu adalah wajar atas alasan bekalan air tidak mencukupi.

Exco Selangor, Xavier Jayakumar menyifatkan kenyataan Peter sebagai suatu yang tidak beretika berserta ugutan kepada rakyat Selangor kerana kerajaan negeri sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa tiada sebarang tentangan untuk pembinaan Langat 2.
SHAH ALAM 1 FEB : Kerajaan Selangor menawarkan ganjaran RM10 ribu kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sahih sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab meletakkan kepala babi di Masjid Nurul Iman, Rawang, semalam.

Exco Selangor, Rodziah Ismail berkata inisiatif ini adalah bertujuan menangkap pesalah sebenar sebelum ia menjadi isu sensitif seperti yang berlaku sebelum ini.

"Malangnya insiden sebelum ini tiada sebarang tangkapan yang dibuat, mungkin dengan usaha dan tanggungjawab daripada orang awam mampu membantu siasatan polis sekaligus membawa pesalah kehadapan dengan cepat,"katanya dalam satu sidang media sejurus selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini.
top