Selasa 5 Oktober, 2010, Seksyen 11, Shah Alam - Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr. Xavier Jayakumar  telah membuat laporan polis terhadap salah seorang calon yang tewas dalam Pemilihan Cabang Kota Raja yang dikatakan membuat laporan palsu terhadap beliau berkaitan kekecohan yang berlaku semasa proses pemilihan cabang Kota Raja yang berlangsung pada 26 September, 2010 yang lepas.

Ekoran kejadian tersebut, calon tersebut (seorang peguam) kemudiannya telah membuat laporan polis mengatakan beliau telah  dikasari dan telah dicederakan oleh Dr. Xavier dalam kekecohan yang berlaku di dalam dewan tersebut..

Dalam laporan polis yang dibuat oleh Dr. Xavier di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 4.00 petang tadi, beliau menafikan sekeras-keras tuduhan yang dibuat oleh calon tersebut dan sebaliknya mengatakan bahawa calon tersebut telah membuat laporan polis palsu terhadapnya kerana katanya lagi beliau langsung tidak berada berhampiran calon, jauh sekali untuk mencederakan beliau semasa kekecohan di dalam dewan tersebut.
Tegas Xavier lagi, beliau akan membuat aduan rasmi kepada pihak Majlis Peguam (Malaysian Bar Council) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap calon tersebut (seorang peguam) yang telah melanggar etika guaman kerana membuat laporan polis palsu terhadap beliau.   

Dr. Xavier ditemani Setiausaha Cabang, Kamarudzaman Sanusi dan beberapa orang pemimpin Cabang dan AMK Cabang Kota Raja.



0 comments:

top