Keputusan Rasmi Tenang: BN Gagal Capai Target

LABIS 30 JAN : BN mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti 3,707, sekaligus tidak berjaya mencapai target yang disasarkan.

Azhar Ibrahim memperoleh 6,699 undi mengalahkan calon PAS, Normala Sudirman yang mendapat 2,992 undi.

Sementara itu undi pos juga memihak kepada BN dengan majoriti 112 undi dan 1 undi rosak.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi  sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi. 

Difahamkan, jumlah peratusan ini lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus. 

Ia mungkin didorong oleh faktor banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Labis. 
Klang, 30 Januari 2011 – Sambutan Ponggal Negeri Selangor yang berlangsung pada hari ini di Little India, Jalan Tengku Kelana berjaya menyaksikan satu rekod dicatat ke dalam The Malaysia Book of Records.

Walaupun hujan turun dan beberapa halangan kecil berlaku, hasil daripada usaha dan kerjasama peserta-peserta dari seluruh negeri Selangor berjaya menghasilkan 1210 periuk juadah ponggal! 

Ini juga adalah hasil daripada koordinasi beberapa NGO serta jawatankuasa kuil yang bekerja keras mewujudkan tenaga kerja, menguruskan logistik serta menyediakan bahan dan perkakasan yang diperlukan.

Sambutan Ponggal ini dihadiri oleh YB Dr Xavier Jayakumar dan pemimpin-pemimpin kaum India yang turut meraikannya, antaranya YB Charles Santiago. Lebih 4,000 orang hadir pada sambutan tersebut.
Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tiga Felda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

Dr Xavier Berhujan Berkempen di Tenang

Labis, Johor 28 Jan 2011 - Walaupun terpaksa berhujan, ianya tidak menghalang YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor untuk terus mengunjungi penggundi-pengundi dari rumah ke rumah  sekitar Taman Tenang Jaya, Labis pagi ini dalam PRK Dun Tenang, Johor.

Beliau turut disertai oleh YB Charles Santiago - Ahli parlimen Klang dan Senator S. Ramakrishnan serta jentera dari beberapa cabang Parti Keadilan Rakyat yang datang dari Selangor. Turut serta ialah Gunaraj George, Ahli Majlis Selayang dan Selvarajan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Jentera kempen kemudiannya berkunjung ke Ladang Voules terletak berhampiran yang rata-rata didiami oleh majoriti masyarakat India.  

Semasa ditemui mereka mengadu menerima gaji yang kecil walaupun telah bertahun-tahun bekerja dengan pihak syarikat estet kelapa sawit tersebut.

Taman Klang Jaya, 29 Januari 2011 - Sebagai salah satu cara untuk mendekatkan dengan rakyat, Dr Xavier Jayakumar dan kakitangan DUN Seri Andalas serta para sukaralewan telah mengadakan satu lagi program pemberian buah limau sempena Tahun Baru Cina. Jika pada 24 Januari yang lalu, program ini telah diadakan di Taman Sentosa, kali ini telah diadakan pula di pasar pagi Taman Klang Jaya.

Pasar pagi di Taman Klang Jaya, seperti setiap pagi Sabtu dipenuhi dengan pengunjung terutamanya berbangsa cina. Setelah memastikan bekalan buah limau dan suratkhabar Keadilan dalam bahasa cina dan tamil mencukupi, Dr Xavier Jayakumar bersama pasukannya tiba di pasar pagi tersebut. Apa yang menariknya, pengunjung lebih gembira menerima suratkhabar Keadilan yang diedarkan berbanding buah limau! Ini menunjukkan rakyat dahagakan informasi sebenar dari media alternatif.

Sumbangan Kerusi Roda Kepada Pesakit Dialisis

Sumbangan kerusi roda telah disampaikan kepada seorang pesakit yang menjalani rawatan dialisis. Sumbangan tersebut telah dibuat di pejabat DUN Seri Andalas oleh Puan Sheila yang mewakili YB Dr Xavier Jayakumar.

Menurut Puan Sheila, pihak DUN Seri Andalas telah membuat lawatan ke rumah pesakit sebelum ini, namun pesakit serta keluarganya tiada di rumah dan menyebabkan sumbangan tersebut tidak dapat diserahkan. Kerusi roda tersebut kemudiannya diserahkan kepada isteri pesakit yang datang ke pejabat DUN Seri Andalas.

Dalam menjalankan kewajipan dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat, DUN Seri Andalas dibawah kepimpinan YB Dr Xavier Jayakumar menyampaikan sumbangan dan bantuan Kerajaan Negeri setiap bulan. Antara bantuan dan sumbangan yang diberikan adalah hamper yang merangkumi keperluan harian, lampin pakai buang, kerusi roda, basikal dan bantuan yuran bas sekolah.

Bagi rakyat di DUN Seri Andalas yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan disarankan datang atau hubungi pejabat DUN Seri Andalas bagi mendapatkan bantuan. 
Pada 24 Januari 2011 yang lepas, YB Dr Xavier Jayakumar telah mengadakan satu program pemberian buah limau di Taman Sentosa Klang.

Program pemberian limau kepada orang ramai tersebut adalah bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada 3 dan 4 Februari ini. Turut membantu YB Dr Xavier dalam mengagihkan buah-buah limau tersebut adalah kakitangan dari pejabat DUN Seri Andalas serta para sukarelawan.

Seperti tahun-tahun lepas, program ini disambut baik oleh orang ramai. Akhbar-akhbar dari tiga bahasa mengenai berita semasa Kerajaan Negeri Selangor dan pamplet mengenai skim TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor) dan MUES (Skim Mesra Usia Emas Selangor) turut diedarkan kepada orang ramai.

Kenyataan Akhbar
(Khamis 27 Januari 2011)
Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (SELPROA)


Selproa merakamkan rasa kesal terhadap tindakan tidak professional Polis yang seringkali meminta Saudara Mohamad Azmin Bin Abdul Karim, Pegawai Khas kepada YB Shuhaimi Shafiei, Adun Sri Muda untuk hadir memberikan keterangan kepada pihak Polis di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11, Shah Alam.

Setakat ini beliau telah diambil keterangan sebanyak LIMA (5)  KALI termasuk keterangan yang diambil hari ini ( Khamis 27 Januari 2011) di IPD Shah Alam.

Untuk pengetahuan, Saudara Mohamad Azmin adalah salah seorang ahli Selproa.

Selproa beranggapan tindakan Polis ini lebih merupakan satu bentuk tekanan / gangguan  psikologi (psychological harassment) terhadap pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Adun-adun / Ahli parlimen Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

top