BUKIT AMAN 30 April - Pakatan Rakyat hari ini mendesak Lembaga Displin Tatatertib Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan displin terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung kenyataan media beliau yang mengugut untuk menarik anggota polis daripada menjalankan tugas menjaga keselamatan awam jika itu kehendak rakyat.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata Pakatan Rakyat memberi tempoh sebulan kepada lembaga tersebut untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Polis Negara atau pun memecat beliau atau dipaksa meletak jawatan.

Lim berkata jika tiada tindakan diambil, Pakatan Rakyat tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan protes besar-besaran di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Kami mahu IGP bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan yang beliau buat dan kami mendesak PDRM supaya memaksa Musa meletakkan jawatan," tegas Lim lagi.



Satu lagi laporan kematian berkaitan virus influenza A(H1N1) diterima Kementerian Kesihatan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata bagaimanapun penyebab kematian lelaki berusia 40 tahun itu bukan jangkitan H1N1 secara langsung. "Ini menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini kekal 81 orang," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. 
Beliau berkata lelaki itu mempunyai faktor risiko tekanan darah tinggi dan terlibat dengan kemalangan kenderaan seminggu sebelum dimasukkan ke wad. Dr Mohd Ismail berkata lelaki terbabit dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 26 April lepas selepas mengalami masalah pernafasan, demam, batuk serta pertuturan yang tidak difahami dan dia meninggal dunia pada hari yang sama. 

Usul Remaja Mati Ditembak Polis Ke Dewan Negara




KUALA LUMPUR 29 Apr - Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat, Senator S Ramakrishnan dijangka akan membentangkan usul tergempar berhubung kematian kes pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis pada hari Isnin ini.

Menurutnya, tujuan usul berkenaan adalah bagi menyegerakan kes tersebut supaya disiasat secara profesional dan telus serta mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Beliau berkata, kejadian tersebut dengan jelas membuktikan anggota polis tidak cekap menjalankan tanggungjawab mereka bila mana kejadian seumpama ini masih lagi berlaku sehingga kini.

Sambil merujuk kepada contoh kes-kes sebelum ini, Ramakrishnan juga mengecam janji manis yang dilbuat pihak kerajaan termasuk Menteri berkenaan untuk menjalankan siasatan terperinci.

Namun sehingga kini banyak kes tidak mendapat perhatian malah tiada tindakan susulan dibuat.



SHAH ALAM 28 Apr - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri menawarkan untuk menyediakan perkhidmatan guaman kepada keluarga remaja yang mati ditembak polis, Aminulrashid Amzah.

Sambil menyampaikan takziah beliau, Khalid juga berkata kerajaan negeri akan memberi sokongan dan bersedia membantu sekiranya keluarga mangsa memerlukan.

"Kita juga akan menyediakan khidmat peguam sekiranya keluarga mangsa mahukan demikian," katanya kepada sidang media selepas mengakhiri lawatan ke rumah mangsa dekat sini.

Khalid juga menyampaikan cek bantuan berjumlah RM10,000 kepada keluarga mangsa.




Kerajaan Negeri mahu penduduk pangsapuri-pangsapuri atau pembangunan berstrata yang lain melakukan migrasi ke meter individu. Dengan itu, mereka boleh menikmati skim air percuma 20 meter padu.

Walau bagaimanapun, agar mereka yang berpendapatan rendah dapat menikmati skim air percuma ini sebelum migrasi dapat dilakukan, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kupon-kupon yang bersamaan dengan nilai 20 meter padu air kepada penduduk pangsapuri kos rendah.

Kupon-kupon ini akan diedarkan melalui Pesuruhjaya Bangunan atau Commissioner of Building (COB) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada penduduk melalui pemaju, agen pengurusan, Badan Pengurusan Bersama/JMB atau Perbadanan Pengurusan/MC.

Skim ini akan dilaksanakan di beberapa kawasan perintis terlebih dahulu mulai bulan Jun 2010. Terdapat 620 pembangunan pangsapuri kos rendah yang belum melakukan migrasi. Ini merangkumi 168,479 unit kediaman.

Hulu Selangor By-Election




Dear Xavier,

I thank the workers and volunteers from Pakatan Rakyat including our friends in DAP and PAS who supported our candidate in Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim.

Tens of thousands of Malaysians joined us to show the people of Hulu Selangor that Pakatan Rakyat is committed to a Malaysia where all of its citizens have the right to peace, justice, and prosperity. I am thankful for the tremendous support you have shown.  Your commitment to change is commendable.

One setback shall not divert us from our goal. Any change worth making is hard and will be fought at every turn. While it doesn't take away the sting of this loss, there is no road to real change without setbacks along the way.

Over RM100 million was spent by BN to win a thin majority in Hulu Selangor: that amounts to RM65,000 per person. Dozens of ministers campaigned every day; the Election Commission appears guilty once again of violating its mandate to ensure fair elections;  and the police intimidated our supporters and there are reports that they even prevented some voters from reaching the polling stations.

BN Rampas Semula Kerusi Parlimen Hulu Selangor

9.20pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. 

Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Undi rosak 731. 

Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil, Nur Hisham Ahmad Dahlan.


6.00ptg: Sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini. Jumlah tersebut bertambah daripada pilihan raya umum lalu di mana 75.24 peratus keluar mengundi.

Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Keputusan dijangka diumumkan kira-kira jam 9.30 malam ini.

5.30ptg: Keputusan Undi Pos; BN 767 dan PR 120.




top