SHAH ALAM 5 JAN: ADUN Seri Muda, YB Shuhaimi Shafiei, bersedia untuk mengadap baginda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya baginda tersinggung berhubung isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Raja, Azmizam Zaman Huri yang mewakili YB Shuhaimi sewaktu sidang media bagi menjelaskan tomahan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia yang seolah-olah menunjukkan YB Shuhaimi derhaka terhadap Institusi Raja di Selangor.

Utusan memanipulasikan kenyataan YB Shuhaimi berkaitan isu perlantikan SUK untuk menimbulkan pertentangan antara pihak-pihak yang terbabit khususnya antara Kerajaan Negeri dan Sultan Selangor.

Dalam kenyatan YB Shuhaimi yang dibacakan Azmizam, beliau menegaskan kenyataannya tidak ditujukan kepada Sultan Selangor sebaliknya menyanggah kenyataan yang dibuat Setiausaha Sulit baginda serta mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.

GM Mosquito Trial Called Off After Protests

KUALA LUMPUR: Malaysia has delayed a landmark field trial to release genetically modified mosquitoes designed to combat dengue fever, an official said today, following protests from environmentalists.

In the first experiment of its kind in Asia, 4,000-6,000 male Aedes aegypti mosquitoes were originally scheduled to be released by last month in a bid to fight dengue, which killed at least 134 people last year in Malaysia alone.

The insects have been engineered so that their offspring quickly die, curbing the growth of the population in a technique researchers hope could eventually eradicate the dengue mosquito altogether. Females of the Aedes species are responsible for spreading dengue.

The trial, however, prompted widespread concern among environmental groups, which asked the government to call off the tests, saying the GM mosquito could fail to prevent dengue and have unintended consequences.
SHAH ALAM 4 JAN: Cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri Selangor  bagi mengembalikan kuasa  kepada Sultan dan Menteri Besar untuk melantik  tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri bakal menguji kesetiaan Adun-Adun Umno-Barisan Nasional (BN) terhadap istana.

Pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor, bermakna sokongan ADUN BN adalah perlu bagi memulihkan kuasa Sultan yang ditarik balik oleh pemerintah ketika krisis perlembagaan pada tahun 1993.

Pakatan Rakyat mempunyai  35 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang  tiga untuk majoriti dua pertiga.

Pindaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri  Pakatan Rakyat  bertujuan  mengembalikan kuasa perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.
PETALING JAYA, 4 Jan: PKR menyokong penuh langkah kerajaan negeri Selangor yang mahu mengembalikan kuasa raja dan menteri besar yang dirampas Umno pada tahun 1993 untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan negeri.

Ketua Penerangannya, Dr. Muhammad Nur Manuty dalam satu kenyataannya berkata,  pihaknya yakin bahawa usaha mengembalikan semula kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif kepada Sultan dan Menteri Besar adalah satu langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi Raja berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan, kerajaan negeri telah berbincang dengan Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chan Khim agar satu sidang Dun diadakan segera untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai kanan kerajaan negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Khalid memaklum, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak perlantikan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara terhadap Datuk Mohd Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kerana kuasa itu telah diambil dari baginda melalui krisis Perlembagaan pada tahun 1993.
SHAH ALAM 4 JAN : Sidang Dewan Negeri Selangor boleh diadakan pada bila-bila masa, kata Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Beliau dalam sidang medianya tengahari tadi berkata ia bergantung kepada notis yang akan dihantar oleh representasi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Menurut Peraturan Mesyuarat 10(3), jika dalam masa Dewan sedang ditangguhkan, Menteri Besar mengemukakan kepada Speaker, bagi kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat diadakan lebih awal maka Speaker boleh memberitahu lebih awal daripada masa Dewan ditangguhkan.

"Kita boleh memanggil Dewan bersidang dalam masa 24 jam dan paling cepat sejam selepas notis dihantar," ujar beliau.

DUN Tergempar Bagi Kembalikan Kuasa Sultan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
 
“Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan," kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua rakyat di negeri Selangor khususnya dan semua rakyat diseluruh Malaysia amnya.

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya. Pada tahun 2010 seperti tahun-tahun sebelumnya semenjak diberi mandat untuk mentadbir negeri Selangor, Pakatan Rakyat telah dan sentiasa bersunguh-sungguh menjalankan pelbagai program berorientasikan kebajikan pembelaan nasib rakyat di negeri ini. Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Namun begitu, saya dan rakan-rakan seperjuangan, berpendapat apa yang telah dicapai masih lagi tidak mencukupi. Kami akan terus bekerja keras dalam memastikan kebajikan rakyat di negeri ini dijaga dan diberi perhatian sebaik mungkin.

Dengan bekerja keras dan usaha berterusan inilah saja saya percaya apa yang diidamkan oleh rakyat dapat dicapai. Oleh yang demikian ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan pentadbiran di peringkat kerajaan negeri serta semua ahli parti Pakatan Rakyat yang sama-sama menjayakan program sepanjang tahun 2010. Saya berharap usaha dan komitmen yang anda semua tunjukkan pada tahun 2010 akan terus ditunjukkan pada tahun 2011. Ingatlah apa yang kita usahakan selama ini adalah demi masa depan rakyat yang lebih baik.

SHAH ALAM 21 Dis - Rundingan baru bagi pengambilalihan bekalan air antara Kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan  dilakukan dengan penuh profesional, telus  dan beretika walaupun Syabas menfailkan saman RM471 juta terhadap Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan diri terhadap tuntutan Syabas berikutan keengganan kerajaan negeri membenarkan tarif air dinaikkan, tetapi Kerajaan Negeri tidak akan membiar kes ini mempengaruhi rundingan yang akan dijalankan.

"Kami sentiasa profesional, telus dan kami akan terus bersikap begini dalam rundingan yang dijalankan,”  kata Menteri Besar.

Namun,  beliau kurang yakin Syabas mampu mengambil pendirian yang sama berikutan keengganan syarikat itu mematuhi arahan kerajaan negeri yang tidak membenarkan tarif air dinaikkan sebelum rundingan penstrukturan semula diselesaikan.
top