Showing posts with label Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA). Show all posts
Showing posts with label Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA). Show all posts

Meluangkan Masa Melawat Kanak-kanak di Taska

Pada 21 Julai 2014, YB Dr. Xavier Jayakumar telah meluangkan masa melawat Taska An Naim di Taman Seri Andalas, Klang untuk melihat keadaan kanak-kanak di taska tersebut.

Seramai 6 orang kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah yang berada di taska tersebut telah menerima baucar RM100 bantuan program SIKEMBAR .

Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SIKEMBAR) dikhaskan untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah yang dihantar ke TASKA atau Nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Bantuan disampaikan YB Dr. Xavier Jayakumar.



Exco: Selangor Perlu Lebih Banyak Taska

SHAH ALAM, 21 OGOS : Kerajaan Selangor sedang giat menaiktaraf pusat penjagaan kanak-kanak di rumah (home-based nurseries) menerusi program Si Kembar bersama pakar-pakar pendidikan anak-anak bagi memenuhi piawai kelayakan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata usaha itu diambil bagi menampung keperluan rakyat.

“Kerajaan Selangor sentiasa bersedia untuk sebarang perkongsian dan pelaksanaan mekanisme terbaik bersama Kerajaan Persekutuan bagi isu ini,” ujarnya.

Serentak dengan usaha ini, Kerajaan Negeri turut meneliti dasar perancangan bandar untuk memperuntukkan tapak-tapak khusus bagi mendirikan Taska.
top