Showing posts with label Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau. Show all posts
Kenyataan Media
YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas

Henti Jadikan Peruntukan dan Bantuan Pendidikan Projek Segera Untuk Raih Undi Pilihanraya

Pendidikan sepatutnya tidak dipolitikkan apatah lagi dijadikan modal untuk meraih undi ketika pilihanraya. Namun, perkara tersebut terus berlaku akibat kerakusan dan ketamakan kuasa oleh Barisan Nasional tanpa mengambil kira kesan jangka panjang akibat tindakan yang diambil.

Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM2.25 juta untuk sekolah-sekolah Cina di sekitar kawasan DUN Sungai Limau. Tindakan mengumumkan projek segera untuk meraih undi tatkala hari mengundi menjelang beberapa hari sahaja lagi boleh disifatkan sebagai satu tindakan yang amat terdesak.

Perkara yang sama turut berlaku sebelum ini, kaum Cina dan India terutamanya digula-gulakan dengan janji-janji bantuan pendidikan setiap kali adanya pilihanraya. Adakah peruntukan dan bantuan pendidikan hanya diumumkan ketika Barisan Nasional mahu memenangi sesuatu pilihanraya dan mendapat sokongan rakyat sahaja?

Saya pasti rakyat secara umumnya dan pendundi khasnya telah maklum dan matang dengan taktik memancing undi dengan menabur segala projek segera oleh Barisan Nasional. Namun dengan menjadikan pendidikan sebagai projek segera menunjukkan bahawa Barisan Nasional yang menerajui Kerajaan Pusat mengambil enteng tentang hala tuju pendidikan negara.

Keadaan ini adalah sangat membimbangkan dan tidak hairanlah  risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain semakin lebar. Ini terbukti melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu yang dikeluarkan oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).

Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999. Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam keputusan pada kitaran pentaksiran untuk PISA 2009, kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam kalangan 74 negara, iaitu dibawah pencapaian purata antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 juga gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains. Sepatutnya Kerajaan Pusat sedar dengan risiko jurang ini dan mengambil langkah berhemah dalam memastikan hala tuju pendidikan negara namun tetap meneruskan pendidikan sebagai projek segera mereka.

Sebarang peruntukan dan pembangunan melibatkan pendidikan seharusnya mengambil kira bukan sahaja matlamat jangka pendek malah matlamat dan kesan jangka masa panjang. Perlu mengambil kira semua peringkat umur serta menyediakan lepasan sekolah dengan kemahiran tinggi serta kemahiran teknikal untuk mewujudkan tenaga kerja mahir yang bakal menerajui negara nanti. 

Saya juga berharap Kerajaan Negeri Selangor melihat apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional yang menerajui Kerajaan Pusat dalam isu menjadikan pendidikan ini sebagai projek segera ini sebagai satu sempadan. Dalam pembentangan Belanjawan Selangor yang akan datang ini saya berharap pembangunan pendidikan mengambil kira semua peringkat umur, keperluan semua jenis sekolah serta  matlamat jangka panjang menyediakan generasi pekerja mahir.

Menjadikan pendidikan sebagai projek segera meraih undi pada pilihanraya perlu dihentikan dengan segera dan perlu fokus kepada perancangan yang teliti untuk kehendak sebenar.    

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
ADUN SERI ANDALAS

31 OKTOBER 2013

PR Muafakat Pertahan Kemenangan DUN Sg Limau

Pakatan Rakyat muafakat mahu mempertahan kemenangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 4 November ini.
Pendirian itu dizahirkan melalui permuafakatan pemimpin KEADILAN yang berkampung di Sungai Limau mulai 21 Oktober untuk memberi sokongan penuh kepada calon PAS, Azam Samad pada hari penamaan 23 Oktober 2013.

YB Dr Xavier Jayakumar selaku Ahli Majlis Tertinggi KEADILAN turut serta dalam Pelancaran Bilik Gerakan Utama KEADILAN Negeri dan berarak ke Pusat Penamaan mengiringi calon PAS, Azam Samad.

Hadir bersama adalah Timbalan Presiden, YB Mohamed Azmin Ali, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), YB Shamsul Iskandar Mohd Akin; ADUN Kota Anggerik, YB Dr Yaakob Sapari serta para pemimpin Pakatan Rakyat.






PR Muafakat Pertahan Kemenangan DUN Sungai Limau

SHAH ALAM 22 OKT: Pakatan Rakyat (PR) menzahirkan permuafakatan dalam mempertahan kemenangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK), pada 4 November ini.

Pendirian itu dilihta melalui permuafakatan pemimpin PKR yang berkampung di Sungai Limau mulai semalam untuk memberi sokongan penuh kepada calon PAS, Azam Samad, pada hari penamaan esok.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dr Mansor Othman antara pemimpin yang menyertai ceramah perdana dan majlis pengumuman calon di Markas Utama PAS Jerai, malam tadi.
SHAH ALAM 3 OKT : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober 2013 adalah hari penamaan calon dan 4 November 2013 hari pengundi untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengumumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di Putrajaya hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam reaksinya di twitter mempersoalkan tarikh itu yang penamaan calon dibuat pada hari Rabu manakala hari pengundian pada hari Isnin yang merupakan hari bekerja.

Seramai 27,222 pemilih berdaftar bagi PRK ini dengan 27,220 pemilih berdaftar biasa dan dua lagi tidak hadir kerana berada di luar negara. Tidak ada pengundi-pengundi awal bagi PRK kali ini.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius.
top