Showing posts with label Penurunan Harga Kereta. Show all posts
Showing posts with label Penurunan Harga Kereta. Show all posts

Harga Kereta Turun: Laporan Utusan Tipu Kata PKR

KUALA LUMPUR: Penafian oleh syarikat pengeluar kereta terhadap laporan Utusan kononnya berlaku penurunan harga kereta oleh kerajaan BN,  memperlihatkan akhbar Umno itu 'cuba menipu', kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno BN di dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan.

"Justeru, laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat. Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut. Portal berita Malaysian Insider turut mendedahkan dakwaan pengurangan harga Honda Jazz Hybrid juga tidak benar.

"Sekali lagi, Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu menjadi mendepani kewartawanan Melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang di dalam usahanya untuk menjaga kepentingan politik pemiliknya, Umno," katanya.
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.

Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.

“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.
Semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) yang kini sedang dijalankan oleh Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) memberi ruang kepada pengurangan cukai eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta.

Peluang ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbetulkan pelbagai herotan (distortion) di dalam industri automotif negara. Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional sering memainkan sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta, dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton dan industri automotif tempatan.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam perasaan perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan menurunkan harga kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan puluhan ribu rakyat (kebanyakannya Melayu/Bumiputra) akan hilang pekerjaan.

Salah satu pertimbangan utama yang diambil KEADILAN semasa mencadangkan penurunan harga kereta adalah kemampuan Proton dan perusahaan automotif tempatan bersaing. KEADILAN mengiktiraf kejayaan Proton dan yakin ia mampu maju jauh ke depan melihatkan keupayaannya bertahan walaupun sudah tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais bermula tahun 2005.

Malah, sebenarnya Umno/Barisan Nasional yang mengambil keputusan menamatkan rebat cukai eksais yang diberikan kepada Proton pada tahun 2005. Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa.

Bantuan kewangan terbesar yang diperolehi oleh Proton kini bukan lagi dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran research and development (R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi yang lebih baik. Penyata kewangan Proton bagi tahun 31 Mac 2011 (muka surat 167 dari Laporan Tahun Proton 2011) menunjukkan ia mendapat geran R&D berjumlah RM175 juta.

Jumlah ini adalah jauh lebih rendah dari rebat cukai eksais bernilai berbilion ringgit yang diberikan setiap tahun kepada Proton sehingga tahun 2005. Keupayaan Proton terus bersaing dan memperkenalkan beberapa model baru selepas tahun 2005 membuktikan bahawa Proton boleh terus kekal beroperasi walaupun tanpa dilindungi rebat cukai eksais.

Sebab itu KEADILAN berpendapat dakyah perkauman yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional kononnya penurunan harga kereta akan memufliskan Proton sebenarnya menghina tenaga professional di Proton dan perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya Melayu/Bumiputra. Jawapan-jawapan pimpinan Umno/Barisan Nasional yang masih menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automitif tempatan masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat yang memangsakan Proton demi kepentingan politik Umno/Barisan Nasional.

KEADILAN yakin Proton dan perusahaan automotif tempatan akan mampu berdikari dan bersaing pada harga yang tidak membebankan rakyat. Komitmen KEADILAN adalah mempertahankan peluang pekerjaan dan kebajikan puluhan ribu pekerja di dalam sektor automotif negara., bukannya mengikut karenah bekas pimpinan negara yang mengongkong Proton semata-mata kerana mahu menjaga peninggalan pemerintahan beliau.

Oleh itu, KEADILAN yakin pelan perniagaan Proton yang menitikberatkan penggunaan kapasiti pengeluarannya (to optimise its unutilised production capacity) di kilang-kilangnya, melalui kerjasama untuk memasang kereta-kereta berjenama lain akan berjaya mempertahankan pekerjaan sedia ada, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru.


YB NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN
ADUN PANTAI JEREJAK

24 OGOS 2012
top