SUBANG JAYA, 7 OKT : Kerajaan Negeri akan melakukan pembenihan awan bagi mengalakkan hujan sekiranya bacaan air di empangan Sungai Selangor berada di bawah tahap 50 peratus.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan kajian dan keputusan untuk pembenihan awam akan dibuat selepas tempoh 22 hari bermula Okt 4.
Menurutnya, pemantauan berhubung perkara itu akan dilakukan oleh Lembaga Urusan Air Selangor (Luas) dan Jabatan Meteorologi.
“Kita sudah tahu keadaan itu dan kita sudah buat beberapa program dan kajian bagi mengatasinya. Sebelum ini pernah dibuat di Johor yang mana empangan sungai menghadapi keadaan air surut.
“Kita belum tetapkan tetapi dari kajian kita dalam keadaan ini tidak perlu lagi berasa cemas. Ada lebih kurang 75 ke 90 hari kalau tiada hujan baru kita perlukan untuk melakukan tindakan itu.