Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts
SHAH ALAM 23 OKT : Bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo hari ini memohon maaf kepada Ronnie Liu kerana memfitnah Exco Kerajaan Negeri itu dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh China Press empat tahun lalu.

Permohonan maaf itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan Ronnie pada 2008.

Khir dalam kenyataan permohonan maafnya berkata, beliau memohon maaf kerana menyebabkan penyiaran sebuah artikel itu yang bertajuk “Khir Toyo membongkarkan laporan polis Ronnie Liu Tian Khiew pernah bercampur Tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran”.

Khir Toyo Bersalah Atas Tuduhan Rasuah

SHAH ALAM 23 DIS: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman.

Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
KENYATAAN AKHBAR

PENGGANTUNGAN GELARAN DAN PENGGUNAAN 
DARJAH KEBESARAN
DATO’ – DATO’ SELANGOR

Menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang kali ke 129 pada 11 Januari  2011 telah berkenan membuat keputusan berikut:

1. Yang Berhormat Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, 
ADUN Sungai Panjang dan mantan Dato’ Menteri Besar Selangor yang telah dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” pada tahun 2001 telah didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran S.P.M.S. adalah digantung. Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan.

2. Encik Shamsuddin Bin Haryoni,
Pengarah Ditamas Sdn. Bhd.  yang telah dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato’ -  Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran “Dato”’ pada tahun 2002 telah didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 165 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran D.S.I.S. adalah digantung.  Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan.

3. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.


Sekian.  Harap maklum

Y.B. Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi
Setiausaha Kerajaan Selangor

Tarikh:   13 Januari 2011
top