Showing posts with label Emergency Ordinan. Show all posts
Showing posts with label Emergency Ordinan. Show all posts

Polis Sahkan MP Jeyakumar Enggan Makan

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan pihak polis telah memaklumkan kepada mereka pada malam semalam bahawa ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar telah memulakan mogok laparnya di lokap bagi menuntut pembebasan enam tahanan PSM, termasuk dirinya mengikut Ordinan Darurat.

"Selepas berjam-jam menunggu, kami akhirnya diberitahu oleh DSP Muhammad Razali bahawa Dr Jeyakumar menolak hidangan makan tengahari dan makan malam. Keadaanya setakat jam 9.35 malam pada 28 Julai 20011 adalah ok dan sedang dipantau,” kata setiausaha PSM S Arutchelvan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arutchelvan, Jeyakumar (kanan) telah bertekad beliau hanya akan menamatkan mogoknya jika kerajaan membebaskan semua enam tahanan.

Beliau juga memberi amaran sekiranya kerajaan mengabaikan sentimen popular dan meneruskan reman ke atas keenam-enam mereka, PSM dan kumpulan lain akan memperhebatkan kempen, termasuk mencadangkan lebih ramai orang melancarkan mogok lapar.

Peguam: Cukup Mudah Untuk Salah Guna EO

Peguam Baljit Singh Sidhu berkata 20 hingga 30 peratus tahanan EO adalah mereka yang tidak bersalah tetapi merengkok di penjara kerana tidak mampu mendapatkan khidmat perundangan.

Kebanyakan mereka yang ditahan itu, kata Baljit (kanan) dicekup antara tahun 2008 hingga 2010 ketika Tan Sri Musa Hassan adalah Ketua Polis Negara.

"Saya tidak tahu alasan bagi penahanan itu, tetapi ini berdasarkan pengamatan saya sejak beberpa tahun lalu, kata peguam yang juga penulis buku Criminal Litigation Process.

Sebelum ini pelbagai pihak mendakwa EO sering-kali disalah gunakan oleh pihak berkuasa.

Terdapat kes di mana seseorang ditahan mengikut EO hanya kerana saingan perniagaan di mana individu tertentu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak polis.
top