Rafizi : Kertas Undi Lebih Daripada Jumlah Sebenar

PETALING JAYA 24 MEI : Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) lalu dengan dakwaan undi melebihi kertas undi dikeluarkan dalam peti undi sepertimana terjadi di kawasan Parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bagi pengundian di saluran 2 di SRJK(C) Yu Chye tercatat perbezaan jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian dijalankan.

“Borang 13 iaitu Penyata Kertas Undi bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan sebanyak 424 kertas undi dikeluarkan.

“Selepas pengiraan dibuat dan keputusan dipindahkan  ke Borang 14 iaitu penyata pengundian selepas pengiraan undi, keputusan menunjukkan terdapat 562 undi di dalam peti undi iaitu 138 undi melebihi daripada jumlah kertas undi yang dikeluarkan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Polis hari ini melepaskan tiga individu yang ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan selepas majistret menolak permohonan untuk melanjutkan reman.

Pakatan Rakyat (PR) semalam menyifatkan penangkapan tersebut sebagai sebahagian tindakan keras polis ke atas pemimpin pembangkang.

Semalam, Ahli Parlimen (MP) Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan, difahamkan penahanan tersebut dilakukan dibawah seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan.
Namun peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Haris semalam berkata tidak dimaklumkan tentang “kenyataan menghasut” yang dikatakan dibuat oleh anak guamnya ataupun kedua-dua mereka yang ditahan.

Ketiga-tiga dipercayai ditahan kerana pengelibatan dalam sebuah forum pada 13 Mei terhadap keputusan pilihan raya umum lalu.

Autopsy Done, ‘Evidence Points to Murder’

PETALING JAYA: The preliminary post-mortem conducted at Hospital Kuala Lumpur has revealed that police detainee N Darmindran had died to severe blunt force trauma.

HKL pathologist Dr Siew Sheue Feng’s report, which was given to the deceased’s family last night, ruled out heart attack or asthma as the cause of death as claimed by the police.

Darmindran, 32, an Indah Water employee, had been in police detention since May 11.

Lawyer G Sivamalar, who accompanied the family to retrieve the post-mortem report, said that the pathologist had struck out all natural causes.

“So far, the evidence points to murder, at least that would be a fair claim.
SHAH ALAM, 23 MEI: Pasukan #Siasat PRU-13 bersedia memfailkan petisyen bagi mencabar beberapa keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang meragukan sebelum ini.

Ketua Pasukan #Siasat PRU-13, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pasukan peguam untuk menyiapkan petisyen berkenaan dan akan melakukannya secara berperingkat.

“Kita sudah bekerja bersama kumpulan peguam dan mereka adalam proses menyedikan petisyen untuk difailkan.

“Kita akan failkan secara berperingkat-peringkat. Maknanya kita tidak menungggu semuanya siap kemudian baru difailkan.
The past four years we have seen the tactics used by BN to further their political agenda was mainly done by two groups, namely the frogs who crossed over and the so call BN sponsored NGO.

We thought they would have learned a lesson after the 13GE, but no, they have started where they left off. Using the services of these failed politician,who the people have rejected to do their bidding. These are the ones who are speaking for them against PR. It is high time Najib and his gang start standing up for them selves, and realize that the people have spoken.

We need to seriously look at the election process, it's weakness and change for the the better. BN is a minority government and as such should listen to what the people have to say rather than making seditious statements asking the majority to leave the country. 

We the people will remember this for a long time, we will show you when the time comes.
 
So please stop using these political prostitutes to try and win your argument and policies, because you will fail and fail again.
KUALA LUMPUR, May 21 — Bersih 2.0’s “People’s Tribunal” may not have any legal standing but will serve as a “moral force” to investigate allegations of electoral fraud, said Datuk Ambiga Sreenavasan when defending the polls watchdog’s final attempt at proving wrongdoing in the May 5 polls.

The renowned civil rights activist told The Malaysian Insider that Bersih 2.0 will soldier on with its plan to set up the tribunal which, she said, should be announced in two or three weeks’ time, despite earning condemnation from polls regulator Election Commission (EC).

“It is true that it is not set up under any law or statute. That is why it is called the People’s Tribunal,” she said.

“It will be an evidence-gathering tribunal and what we have is the moral force to examine the allegations. That is its main aim — to gather evidence,” she added.
PETALING JAYA, 21 MEI: Menjadikan pengutipan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) di Singapura sebagai model tidak bersesuaian berikutan pendapatan perkapita rakyat negara ini jauh lebih rendah berbanding Singapura.

Mengenakan GST sebanyak tujuh peratus seperti yang dibayangkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini juga membimbangkan kerana bercanggah daripada kadar empat peratus seperti yang dicadangkan Kementerian Kewangan sebelum ini.

“Menjanjikan penurunan cukai korporat dan cukai pendapatan untuk off-set GST hanya membantu orang kaya.

“Dalam erti kata lain, plan GST BN adalah regresif dan pada dasarnya akan melihat majoriti rakyat membayar lebih cukai daripada minoriti kaya,” kata Pengerusi Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR,  Wong Chen dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Merchant Square semalam.
PETALING JAYA (May 20): PKR's Dr Xavier Jayakumar and Elizabeth Wong have accepted the possibility that they may not been reappointed to the Selangor state executive council.

This is apparently because the new lineup will feature six Malays and four non-Malays, as requested by the Sultan of Selangor to better reflect the racial composition of the assembly members.

With three or four of the non-Malay exco positions going to DAP, PKR will at the most have only one non-Malay representative in the lineup.     

Wong, when contacted today, said she is committed towards working for her Bukit Lanjan state constituency and addressing environmental issues irrespective of whether she gets an exco post.

"Yes there is a possibility (of not being re-appointed) but it won't affect my resolve to represent my constituents and my work on the environment," she said.

"We place our trust in MB (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) to make the best decision on this matter (exco line-up)," she added.

Xavier told fz.com that PKR had agreed to include a non-Malay assembly member in its exco list but the decision was not final.

'There are a few names. We will have to wait and see," he said.

In previous discussions, Selangor Pakatan Rakyat leaders had agreed that the 10 exco positions would be equally distributed between Malays and non-Malays, with PAS representatives holding three posts (in addition to the speaker's post), DAP holding four posts and PKR holding three posts (as well as the menteri besar's post).

DAP had already mooted former speaker Datuk Teng Chang Khim and Seri Kembangan assembly member Ean Yong Hian Wah to fill two exco positions.

Teng was known to have thrown his name in the hat for the exco position even before the May 5 polls.

Also, DAP won more seats in Selangor compared to PKR. DAP and PAS each won 15 seats while PKR won 14 seats.

However, in a surprise announcement on Saturday, Abdul Khalid revealed the ratio of positions between DAP and PAS had switched.

According to a PKR source, the reason behind this was due to a proposal from the Sultan of Selangor for Malay elected representatives to assume six exco positions while non-Malay representatives will assume the remaining four exco positions to better reflect the racial composition of the newly elected state assembly.

Out of 56 state assembly members, 37 are Malays and 19 are non-Malays.

The previous exco lineup had five Malays and five non-Malays. 

If Pakatan were to accede to the ruler's proposal, and maintained DAP's ratio of four exco positions, then PKR would have to nominate its Malay elected representatives for the exco posts and exclude  Wong and Xavier.

The Pakatan leadership is now in discussion to solve the kerfuffle over the exco line-up.

Wong had previously championed environmental policies and worked on the drafting as well as implementation of the Freedom of Information legislation.

She had tabled an amendment to the National Forestry Act 1984 which calls for a public inquiry compulsory before a forest reserve can be de-gazetted. It was passed by the state assembly during its sitting in April 2011.

She also worked closely with orang asli communities, and embarked on a first attempt in the administrative history of the Selangor government to use geo-mapping
technology in order to delineate orang asli villages and native customary land in the state.

Wong also worked on the No Plastic Bag on Saturdays campaign which was successful in the state.

Xavier is known to champion Indian community issues.

He has worked on various matters, including the relocation and construction of Tamil schools, ironing out land matters affecting Tamil schools and improvement of Tamil school education via a committee made up of Selangor Pakatan leaders.

He also administered the relocation of Hindu temples as well as facilitated talks between former plantation workers and landowners for relocation.

Xavier also facilitated administrative matters to solve flooding woes in Taman Sentosa, with the construction of a water retention pond slated to begin soon.

Source: fz.com

Apa Lagi Xavier Mahu?

Sumber: FreeMalaysiaToday
Oleh: Uthaya Sankar SB (Pemilik tunggal syarikat ‘Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya’. Beliau kolumnis di FMT sejak Januari 2011.)

PETALING JAYA: Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Rakyat (huruf besar disengajakan) di negeri Selangor khususnya mengundi calon bukan sebagai wakil PKR, PAS atau DAP; sebaliknya sebagai wakil Pakatan Rakyat (PR). Maka, ketiga-tiga parti politik ini juga harus bekerja bagi Rakyat sebagai PR. Kesemua polisi harus menggambarkan citra dan jati diri PR; bukan mewakili parti tertentu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar Arulanandam berpendirian demikian sambil menekankan bahawa semua pihak dalam PR perlu benar-benar sedar akan hakikat bahawa Rakyat memilih PR secara kolektif tanpa berdasarkan parti.

Nama Xavier hangat diperkatakan sekarang menjelang saat genting pemilihan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Sudah ada kempen besar-besaran dari dalam dan luar PKR yang mendesak supaya Ketua Cabang Kota Raja dan Ahli Biro Politik PKR itu tidak dilantik bagi penggal kedua memegang portfolio Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin (Free Malaysia Today, 15 Mei 2013).

Rekod keputusan PRU-13 menunjukkan bahawa Xavier mendapat 31,491 undi berbanding calon MIC/BN, Mohan Thangarasu (15,858 undi) untuk mengekalkan kerusi DUN Seri Andalas. Majoriti 15,633 undi menunjukkan peningkatan yang amat ketara.

Lalu, mengapa ada pihak yang menentang kemungkinan beliau dilantik memegang jawatan Exco? Maklumat yang tersebar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan e-mel daripada kumpulan yang tidak dikenali tidak boleh diterima seratus peratus; khususnya kerana tidak disertakan maklumat pengirim.

Laporan di media juga amat kurang mengenai Xavier. Maka, saya memutuskan untuk bersemuka dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini. Terdahulu, sejak tarikh penamaan calon (20 April 2013), saya memang sudah mula mengumpul maklum balas dan pandangan sejumlah pengundi di DUN Seri Andalas mengenai politikus ini yang lahir di ladang Tanjung Rambutan serta membesar di Langkawi, Johor dan Kelantan.

Sejak dilantik menjadi Exco pada Mac 2008, lulusan Universiti Manipal, India (1979) ini dilihat memberikan tumpuan khas terhadap isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan kuil – dua isu penting dan sensitif dalam kalangan kaum India beragama Hindu.

Selain daripada membantu SJK Cina dan Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan khas sebanyak RM4 juta bagi membantu SJKT. Rata-rata penduduk yang saya temui menyokong usaha ini kerana mereka sedar, cara terbaik bagi kaum India mencapai mobiliti sosial adalah menerusi pendidikan. Mereka juga tidak membantah tindakan menyalurkan sebahagian dana tersebut kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjalankan projek berkaitan pendidikan.

Golongan ibu bapa dan guru di beberapa kawasan sekitar Selangor juga memberitahu saya bahawa mereka berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh Xavier. Tumpuan beliau bukan hanya terhadap kerja-kerja membaiki kemudahan (fizikal) SJKT, tetapi juga menjana semangat dan keyakinan dalam diri murid-murid, guru dan ibu bapa menerusi pelbagai projek.

Walaupun kurang mendapat publisiti di media, kebanyakan SJKT di Selangor mengaku telah mendapat manfaat daripada usaha gigih yang dilakukan oleh Xavier sejak 2008; khususnya dalam soal pemilikan tanah bagi membina bangunan kekal. Kehebatan SJKT Midlands di Seksyen 7, Shah Alam juga menjadi kebanggaan kaum India serta bukti bahawa SJKT boleh setaraf SJKC dari segi kemudahan.

Pencapaian cemerlang sejak 2008

Apabila saya berpeluang bertemu Xavier pada pagi 16 Mei 2013, beliau turut menghuraikan mengenai isu kuil. Katanya, sejak 2008, kuil Hindu adalah antara penerima bantuan kewangan terbesar daripada kerajaan negeri; melibatkan peruntukan lebih RM6 juta. Masalah tanah melibatkan lebih 60 kuil juga berjaya diselesaikan manakala pembinaan kuil-kuil baru dipastikan memenuhi syarat ditetapkan kerajaan tempatan.
“Memanglah isu-isu berkaitan kuil Hindu sangat sensitif dan mustahil dapat diselesaikan sepenuhnya dalam sekelip mata, tetapi berkat kerjasama semua pihak terbabit, kerajaan negeri terus-menerus melakukan apa sahaja yang patut dan mampu dilakukan,” kata politikus itu yang aktif di Facebook dan Twitter.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak perkara yang sudah dilakukan oleh Xavier sebagai ADUN dan Exco. Malangnya beliau kurang mendapat liputan media. Selain itu, mengapa dalam perkembangan terbaru, ada pihak yang membuat kempen tidak mahu beliau kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor?

“Memanglah rata-rata media cetak Bahasa Tamil dan Inggeris memboikot kami dengan tidak menyiarkan berita mengenai segala perkara positif yang dilaksanakan dalam isu-isu berkaitan kuil dan SJKT. Namun, maklumat positif yang disampaikan oleh orang ramai kepada rakan-rakan mereka (word of mouth) masih berkesan, walaupun tidak secara meluas. Merekalah kekuatan kami.

“Portal berita dalam talian menjadi media yang amat berkesan untuk menyampaikan maklumat dengan segera kepada khalayak yang lebih luas. Saya mengharapkan peluang yang adil dan seimbang turut diberikan kepada saya oleh portal berita berkenaan untuk menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan pihak berkenaan serta bagi menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya dengan penuh harapan semasa pertemuan kami di Taman Sentosa, Klang.

Agak menarik bahawa dalam tinjauan lapangan serta pembacaan saya (khususnya blog Xavier dan postal Demi Rakyat), banyak perkara menarik yang sebenarnya berjaya dilakukan menerusi usaha individu ini yang pernah juga menjadi presiden Kelab Rotary Klang (2005-2006) dan setiausaha agung Malaysian Dental Association (2007-2008).

Dalam usaha memberikan sedikit “kuasa” kepada penduduk setempat, sejumlah 48 ketua komuniti daripada kalangan kaum India dilantik di seluruh negeri Selangor sejak 2008. Mereka menjalankan tugas hampir sama seperti ketua kampung, dibayar elaun dan ada peruntukan dana bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Ada banyak lagi kejayaan yang boleh dimasukkan dalam senarai pencapaian Xavier sejak 2008 tetapi beliau ternyata tidak mahu mengungkitkan kejayaan lalu semasa perbualan kami. Sebaliknya beliau lebih banyak mahu menumpukan pada perancangan, tugas dan amanah yang perlu dipikul bagi tempoh lima tahun akan datang berikutan mandat yang diberikan oleh pengundi di DUN Seri Andalas.

Saya mengambil peluang untuk mengemukakan pertanyaan mengenai “kempen” terbaru yang giat dilakukan sekumpulan ‘orang dalam’ PKR sendiri yang khabarnya diterajui Dr S Streram (Petaling Jaya Selatan), P Maniam (Hulu Selangor), S Murali (Puchong), Anthony Dass (Kota Raja), P Krishnasamy (Klang), Dr Neduchelian (Kapar), M Jayabalan (Lembah Pantai), S Balan (Subang) dan P Thiagarajan (OMS).

Pada mulanya, Xavier kelihatan sugul dan keberatan untuk memberikan komen berhubung isu terbaru ini. Bagaimanapun, saya menegaskan bahawa tujuan saya bertemu beliau adalah untuk mendengar sendiri penjelasan daripadanya dan kemudian menulis artikel berdasarkan pertemuan kami.

‘Saya tidak gentar dengan SMS dan fitnah’

“Saya memang sedih dengan perkembangan terbaru di mana saya dituduh oleh pihak tertentu bahawa saya gagal melaksanakan tugas sebagai Exco pada penggal pertama. Sayangnya mereka tidak pula mahu melihat apa-apa yang sudah berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang relatif singkat sejak 2008,” katanya.

Siapakah kumpulan ini yang begitu bersemangat mahu menghalang perkembangan politik Xavier dalam kerajaan negeri? Adakah mereka kelompok yang berjuang bersama-sama PKR dan PR lama sebelum Xavier menyertai perjuangan reformasi pada 1998?

“Mereka boleh dikatakan orang-orang baru. Kumpulan ini memang mensasarkan saya sejak sebelum 2008. Mereka mencuba tetapi gagal mendapatkan kerusi (kuasa) dalam pemilihan parti. Mereka juga gagal mendapat tempat dalam barisan kepimpinan tertinggi parti.

“Selepas itu, mereka didapati mula bergerak secara sendirian untuk menentang saya dalam semua perkara. Punca dan alasannya hanya mereka yang tahu. Kini, apabila timbul kemungkinan saya dikekalkan dalam jawatan Exco, mungkin mereka merasakan kedudukan mereka dalam PKR tercabar,” Ketua Cabang Kota Raya itu menghuraikan sedikit demi sedikit.

Jika kumpulan ini boleh mengerakkan kempen besar-besaran, pasti mereka terdiri daripada kumpulan yang besar, kuat dan berpengaruh. Malah tidak mustahil bahawa mereka ada ramai penyokong dalam kalangan ahli PKR dan orang ramai.

“Daripada apa yang saya dapat tahu, penyokong sebenar mereka tidaklah mencapai 500 orang seperti digembar-gemburkan. Kumpulan tertentu didapati menggunakan SMS untuk menghantar mesej kepada orang ramai dalam usaha mencemarkan nama dan reputasi saya. Bagaimanapun, saya menganggap semua ini sebagai cabaran positif.

“Saya tidak mahu membalas tindakan mereka dengan cara yang sama. Sebaliknya saya lebih suka jika isu ini diselesaikan secara baik dalam parti, tanpa perlu menyusahkan orang ramai, khususnya para pengundi yang sedang menunggu dengan penuh harapan untuk melihat pemimpin masyarakat (ADUN dan Ahli Parlimen) yang mereka undi melaksanakan tugas yang diamanahkan,” kata bapa kepada tiga anak itu yang turut berterima kasih kepada isterinya, Sheila Devaraj yang sentiasa memberikan sokongan moral.

Xavier menyatakan bahawa perjuangan semua pihak (dalam PKR dan PR) adalah sama, iaitu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan membawa pentadbiran baru seperti diimpikan sejak dahulu.

“Sekiranya ada pihak yang cuba menimbulkan pelbagai masalah (dari dalam) seperti yang berlaku sekarang, maka ia sedikit-sebanyak akan mengganggu perjuangan PR. Kalaulah benar saya melakukan kesalahan dan penyalahgunaan kuasa seperti didakwa, maka pihak terbabit wajar membuat laporan rasmi kepada SPRM dan polis berserta bukti.

“Barulah saya juga akan berpeluang mempertahankan diri secara adil dan saksama. Kalau sekadar menghantar SMS dan e-mel tanpa nama kepada orang ramai, itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab serta tidak menyelesaikan masalah. Kalau tidak mampu membantu perjuangan membela rakyat, sekurang-kurangnya jangan menjadi batu penghalang,” katanya tanpa menyebut nama sesiapa secara khusus.

Uthaya Sankar SB adalah pemilik tunggal syarikat ‘Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya’. Beliau kolumnis di FMT sejak Januari 2011.
SHAH ALAM, 15 MEI: 118 Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili etnik India di Selangor berharap Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri .

118 NGO tersebut termasuklah Gabungan NGO India Malaysia, Tamil Foundation Malaysia, Child Informatioan Learning and Development Centre (CHILD) Education Welfare Research Foundation (EWRF) dan Selangor Action Team.

Gesaan tersebut dibuat berikutan prestasi cemerlang yang ditunjukkan Dr Xavier sepanjang lima tahun menerajui Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin sebelum ini.

Menurut Pengerusi Lembaga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Midland, K Uthayasoorianee, antara kejayaan Dr Xavier, meningkatkan kemudahan serta suasana pembelajaran lebih baik di sekolah Tamil dan memperbaiki  kehidupan masyarakat India di kawasan ladang seluruh Selangor.
Pilihan Raya Umum Ke-13 telah pun berakhir dan kuasa rakyat telah menentukan Pakatan Rakyat diangkat sekali lagi sebagai pemegang amanah dan pentadbir Kerajaan Negeri Selangor untuk penggal yang akan datang. Sokongan yang ditunjukkan rakyat ini telah membolehkan keputusan dua pertiga di Dewan Negeri Selangor dicapai.

Saya ucapkan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakyat Selangor terutamanya kaum India yang telah keluar mengundi dan berani memilih wakil-wakil mereka daripada Pakatan Rakyat tanpa mengira samada dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Democratic Action Party (DAP) serta pilihan ini sekali gus telah menjangkaui pilihan tanpa mengira warna kulit mahupun latar belakang agama. Ucapan yang sama ditujukan kepada kaum Cina atas sokongan padu dan kepada kaum Melayu yang selama ini berada dikampung-kampung dan pinggir bandar yang telah berani memilih perubahan.

Keputusan yang dicapai baru-baru ini jelas membuktikan rakyat telah pun matang memilih wakil yang mereka inginkan berdasarkan kebolehan wakil tersebut serta keyakinan mereka terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Terbukti pelaksanaan dasar dan program-program yang mesra rakyat sepanjang lima tahun pada penggal yang lepas diiktiraf dan dihargai rakyat Selangor dengan mandat yang lebih besar. 

Sokongan, kepercayaan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh rakyat ini amatlah dihargai. Kerajaan baru negeri Selangor Pakatan Rakyat yang akan dibentuk dalam masa terdekat akan membalas keyakinan rakyat dengan berusaha lebih kuat dan bersungguh-sungguh untuk memberikan khidmat yang terbaik demi mencapai kesejahteraan dan aspirasi yang dimahukan rakyat negeri Selangor.

Meneruskan Kecemerlangan,

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR N.49 SERI ANDALAS

7 MEI 2013
top