KENYATAAN MEDIA
26 APRIL 2013
Pada 25 April 2013, jam 11 malam, dua orang lelaki telah memanjat kedalam perkarangan rumah saya. Mereka telah memecahkan tingkap kereta dan melempar masuk tong berisi minyak. Akibat ini kereta saya telah dibakar sehingga tahap “total loss”.
Serangan ini berlaku sewaktu saya berada di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat DUN Seri Andalas. Pada waktu itu, suami saya dan anak saya berumur 1tahun berada di rumah.
Tindakan ganas ini telah menjadikan keluarga saya trauma. Saya risaukan keselamatan ahli-ahli keluarga saya.
Pada masa yang sama selaku Ahli EXCO Angkatan Muda Malaysia, saya mengecam tindakan berunsur politik ganas, yang ditujukan kepada keluarga Calon Parti Keadilan Rakyat.
Walaupun tindakan ini dilihat sebagai satu ancaman untuk menakut-nakutkan keluarga calon, tetapi ini hanya akan membakar semangat kami untuk terus memperjuangkan dasar-dasar Pakatan Rakyat.
SANGETHA JAYAKUMAR
Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan
Cabang Kota Raja
Ahli EXCO Angkatan Muda Keadilan MALAYSIA

0 comments:
Post a Comment