Ijok, 17 September 2011 - Seramai 100 orang pelajar telah dipilih menerima cermin mata melalui Program Pemberian Cermin Mata kepada pelajar-pelajar miskin.

Program ini merupakan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor melalui stanco kesihatan dan kemiskinan dengan Hospital Mata Tun Hussein Onn (THONEH).

Program ini yang meliputi seluruh 56 Dun negeri Selangor dan Ijok dipilih sebagai lokasi pelancaran rasmi.

Skim ini dikhaskan kepada pelajar yang ibubapanya berpendapatan RM1,500 ke bawah sebulan.

Bagi mekanisme perlaksanaan, THONEH akan menghantar pasukannya melakukan pemeriksaan di setiap sekolah yang telah ditetapkan dan dikenalpasti di setiap Dun.

Selepas pemeriksaan, nama-nama pelajar yang dikenalpasti memerlukan pemakaian cermin mata akan diserahkan kepada pejabat adun untuk dinilai berdasarkan kelayakan murid mengikut pendapatan ibu bapa.

Selepas mendapat kelulusan, pihak THONEH akan menyediakan cermin mata tersebut dan kemudiannya diserahkan kepada pejabat Dun untuk diberikan kepada pelajar atau ibu bapa mereka.


0 comments:

top