Masyarakat India di Negeri Selangor disaran untuk terus menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kerana hanya PR sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.

Tegas YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Negeri Selangor dalam satu sesi dialog dengan lebih 200 orang masayarakat India Hulu Selangor yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu.

Sebelum itu Dr. Xavier telah merasmikan sebuah pondok bacaan dan bangunan kantin tambahan di Sekolah Rendah Tamil Kuala Kubu Bharu dan terletak berhampiran.

Tegasnya lagi sejak 2 tahun kerajaan PR mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Selangor banyak Kuil-kuil Hindu dan Sekolah Tamil telah mendapat peruntukan dari kerajaan Negeri dan perkara ini tidak pernah berlaku di zaman BN memerintah.


Ujarnya lagi kerajaan Negeri melalui pejabat EXCO beliau telah menyusun beberapa program jangka panjang untuk menaikan taraf hidup masyarakat India di Negeri Selangor.

Majlis dianjurkan dengan kerjasama Ahli-ahli Majlis Daerah Hulu Selangor yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor serta kepimpinan PR setempat.

Beberapa orangramai yang ditemui merasa gembira kerana ini pertama kalinya diadakan sesi dialog antara pemimpin negeri dengan orang ramai kerana sesi sedemikian tidak pernah diadakan oleh pemimpin-pemimpin MIC sebelum ini.


0 comments:

top