For Immediate release

MONDAY, 29th September 2008, Outside Balai Polis Klang at 10.00 am.

Kerajaan Selangor amat bimbang dengan peningkatan kejadian jenayah di daerah Klang lebih-lebih lagi di kawasan Taman Sentosa, Taman Seri Andalas, Taman Klang Jaya, Bukit Tinggi dan kawasan persekitaran sejak kebelakangan ini.

Kes ragut dan pecah rumah di waktu siang hari semakin menjadi-jadi dan keadaan ini menyebabkan masyarakat setempat merasa tidak selamat untuk membiarkan anak isteri mereka berada di rumah semasa mereka pergi bekerja.

Keadaan ini juga telah memberi impak negatif terhadap ekonomi negeri disebabkan pelabur-pelabur asing merasa tidak selamat untuk melabur di negeri ini. Keadaan ini juga menghindar pelancung-pelancung dari datang melawat Bandar Diraja ini.

Saya merasa tidak puashati dengan cara pihak Polis untuk mengatasi masaalah kejadian jenayah di daerah ini.

Alasan kekurangan anggota dan kenderaan seringkali digunakan oleh pihak Polis ekoran ketidakupayaannya menangani jenayah di daerah ini.

Pihak Pengurusan Polis Negeri Selangor harus segera mendapatkan peruntukannya di bawah Rancangan Malaysia ke 9 untuk menambahkan lagi anggota-anggotanya dan sokongan logistik.

Pihak Polis seharusnya lebih proaktif dengan kerap mengadakan lebih banyak program komuniti dan penerangan pencegahan jenayah di kawasan setempat.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan pihak Polis bagi mengadakan program-program kemasyarakatan tersebut.

Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor Merangkap ADUN Seri Andalas
Tarikh : ISNIN, 29 September 2008


0 comments:

top