Ruj. Kami: SNN/DSAI/08 (Crim)
Tarikh : 14-7-2008
Ybg DATUK MOHD BAKRI BIN MOHD ZININ
PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH
IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
BUKIT AMAN
50560 KUALA LUMPUR Faks: 03-22731326
Ybhg Datuk,
PER: DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada persidangan akhbar pihak polis pada jam 3.30 petang pada hari ini bahawa anakguam kami telah tidak menghadirkan diri atau tidak mematuhi kepada perintah di bawah s. 111 Kanun Acara Jenayah.
3. Kami juga merujuk kepada panggilan telefon dan pesanan mesej ringkas peguam kami Encik S N Nair kepada DSP Jude pada jam 4.00 petang pada hari ini yang memohon kepada pihak polis supaya menyerahkan secara sempurna perintah tersebut kepada anakguam kami yang sedang berada di rumah di Segambut Dalam Kuala Lumpur.
4. Sebagai peguam kami dapati bahawa tindakan pihak polis meninggalkan sesalinan perintah di bawah s. 111 KAJ seperti yang telah diperkatakan oleh pihak polis (sekiranya tepat) kepada salah seorang yang berada di rumah anakguam kami adalah tidak sempurna atau teratur mengikut s. 111 KAJ di mana seksyen tersebut mengkehendaki perintah tersebut diserahkan secara kediri anakguam kami. Anggapan pihak polis bahawa perintah tersebut telah diserahkan kepada anakguam kami adalah sah di sisi undang-undang adalah tidak tepat.
5. Oleh itu kami berharap agar pihak polis dapat menyerahkan perintah tersebut secara kediri kepada anakguam kami yang sekarang ini berada di rumahnya di Segambut Dalam Kuala Lumpur. Anakguam kami sedang menunggu perintah tersebut diserahkan kepadanya secara kediri pada bila-bila masa.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
S N NAIR & PARTNERS
s.k. anakguam Menteri Kementerian Dalam Negeri, Malaysia Putrajaya Faks: 03-88891713
0 comments:
Post a Comment