Perlindungan dan Pemuliharaan Kelip-kelip

Beberapa langkah telah dilaksanakan oleh pihak LUAS dalam memastikan perlindungan dan pemuliharaan kelip-kelip seperti berikut:

i) Pihak LUAS dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri telah mewartakan kawasan Zon Perlindungan melalui 'Pemberitahuan Zon Perlindungan(KawasanYang Diisytiharkan Dan Sekatan) 2009' yang telah diwartakan dalam Warta No.2171/2009 berkuat kuasa mulai 2 Julai 2009 di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999. IN adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Selangor (Pelan IRBM Sungai Selangor,2007-2012) yang mana is menepati Polisi 4 : Pemuliharaan Kelip-kelip'. Keluasan kawasan zon perlindungan ialah 1,104 hektar (2,728 ekar) yang merangkumi 'kawasan rizab sungai di antara 150 meter sehingga 400 meter kiri dan kanan tebing Sungai Selangor di dalam Mukim Pasangan, Daerah Kuala Selangor seperti dalam Peta No. P.W.1539. Tujuan Zon Perlindungan diwujudkan ialah sebagai langkah pengawalan dan pencegahan untuk melindungi kawasan rizab sungai, zon penampan dan alam sekitarnya termasuklah habitat kelip-kelip di dalam kawasan tersebut daripada diterokai, dimusnahkan dan juga mencemarkan sumber air. Di samping itu, pihak LUAS juga mengambil inisiatif dengan pemasangan papan tanda pemberitahuan 'Zon Perlindungah' di beberapa lokasi strategik seperti di Jeti Kg. Kuantan dan Kg. Bukit Belimbing dalam usaha pemakluman kepada penduduk sekitar dan juga para pelancong akan usaha Kerajaan Negeri Selangor memelihara dan memulihara kawasan habitat kelip-kelip.

ii) Pihak LUAS melalui Seksyen 43( 1) Enakmen LUAS 1999, telah memperuntukkan bahawa tiada sebarang 'aktiviti pengubahan sumber' yang boleh dijalankan di dalam Zon Perlindungan melainkan setelah memperolehi Kebenaran Bertulis daripada Pengarah LUAS. Aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan ialah yang memberi kesan dari segi kuantiti dan kualiti air serta degradasi alam sekitar seperti aktiviti peletakan atau pembinaan mana-mana struktur atau pelaksanaan apa-apa kerja-kerja, penggunaan atau penyimpanan apa-apa bahan kimia termasuklah racun makhluk perosak atau baja, perubahan kontur tanah yang sedia ada termasuk mana-mana penggredan dan pembinaan jalan raya, pembersihan atau penuaian sayuran termasuk penebangan pokok, pembuangan pertumbuhan riparian atau penyaliran tanah perairan, dan pembuangan apa-apa kumbah atau bahan buangan.


iii) Di samping itu , pihak LUAS bertindak sebagai urus setia bagi 'Kumpulan Kerja Polisi 4 : Pemuliharaan Kelip-kelip (Pelan IRBM Sungai Selangor)' bagi memantau pelaksanaan tiga (3 ) strategi yang telah digariskan di bawah polisi tersebut. Antara agensi-agensi yang menganggotai kumpulan kerja tersebut ialah UPEN , Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor (PTDKS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Tourism Selangor Sdn. Bhd (TTSB). Pihak LUAS juga menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi teknikal berkaitan serta perbincangan bersama pihak NGO dalam usaha memastikan perlindungan dan pemuliharaan kawasan habitat kelip-kelip. Beberapa siri taklimat telah diadakan bersama Penghulu, Ketua Kampung dan penduduk sekitar bagi memaklumkan berkenaan pewartaan 'zon perlindungan' dan mendapatkan kerjasama penduduk kampung.

iv) Pihak LUAS juga menjalankan pemantauan secara telemetri 'on-line' dengan menggunakan stesen pemantauan kadar alir jenis 'Doppler' di barrage Bestari Jaya bagi memastikan pelepasan kuantiti air ke hilir sungai untuk hidupan kelip-kelip termasuk flora dan fauna ialah 300 JLH (3.5 m3/s) selari dengan pematuhan keperluan dalam DEIA Empangan Sungai Selangor.

Antara jenis-jenis aktiviti ekonomi pertanian yang dijalankan di kawasan habitat kelip-kelip di Kg. Kuantan , Daerah Kuala. Selangor ialah melibatkan aktiviti seperti penanaman pokok kelapa sawit dan kebun pisang, pengutipan daun nipah , sagu dan sebagainya. Lanjutan daripada pewartaan 'zon perlindungan', pihak LUAS telah membangunkan satu 'Garis panduan Kawalan Aktiviti -aktiviti Di Dalam Zon Perlindungan (Kawasan Yang Diisytiharkan dan Sekatan ) Mukim Pasangan, Daerah Kuala Selangor. Garis Panduan tersebut telah menggariskan beberapa aktiviti di mana Pengarah telah mengisytiharkan aktiviti-aktiviti berikut adalah dibenarkan dan tidak memerlukan Kebenaran Bertulis Pengarah LUAS sebelum dijalankan di dalam kawasan Zon Perlindungan seperti berikut:


(a) Pertanian dan Perhutanan

i. Pertanian organik yang tidak menggunakan baja bahan kimia dan racun perosak;

ii. Pertanian secara pasif yang tidak bersifat komersial dan tidak melibatkan penebangan-pokok;dan

iii. Aktiviti penanaman semula pokok berembang, nipah, dan rumbia dan seumpamanya tanpa melibatkan penebangan pokok-pokok hutan paya bakau untuk apa-apa tujuan sekalipun bagi melindungi Zon Perlindungan.


(b) Perikanan

i. Aktiviti menangkap ikan secara tradisional dengan menggunakan bubu, jala, jaring dan hanya menggunakan sampan dan bot berkuasa rendah yang kurang daripada 10GRT.


(c) Eko-Pelancongan Dan Rekreasi

i. Aktiviti eko-pelancongan secara pasif seperti menjadi pusat kajian kelip-kelip, taman hutan, memerhati burung dan aktiviti pendidikan alam sekitar;

ii. Aktiviti menyusuri sungai dan berkayak dengan. menggunakan sampan atau bot enjin yang berkuasa kecil; dan

iii. Aktiviti memancing sama ada secara persendirian atau dalam kumpulan yang tidak melebihi-5 orang.


(d) Aktiviti Lain

i. Lain-lain aktiviti yang difikirkan wajar mengikut budi-bicara Pengarah LUAS. Polisi dan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam hal ini ialah dengan pelaksanaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Selangor (2007-2012) yang mana is melibatkan empat (4) polisi utama dan salah satunya ialah Polisi 4: Pemuliharaan kelip-kelip yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk diguna pakai pada 1 Ogos 2007 dan diwartakan pada 10 September 2009. Terdapat 19-strategi yang digariskan bagi pelaksanaan semua polisi dan tiga (3) daripadanya menjurus kepada pelaksanaan Polisi 4 dengan- kerjasama ahli.


Kumpulan Kerja Polisi 4 seperti berikut:

i) Strategi 1 : Pembangunan Santuari Taman Kelip-kelip.

Status Pelaksanaan-: Pihak LUAS telah mewartakan 'Zon Perlindungan' Mukim Pasangan, Daerah Kuala Selangor yang melibatkan kawasan rizab sungai, zon penampan, dan alam- sekitarnya di jajaran tertentu di Sungai Selangor termasuklah habitat kelip -kelip.

ii) Strategi 2 : Menambah balk program pelancongan Kelip-kelip.

Pembersihan sampah sarap yang terapung di sungai; dan Pendedahan tentang kitaran hidup kelip-kelip kepada para pelancong Status Pelaksanaan : Pihak LUAS mendapat kerjasama daripada pihak JPS dalam memastikan penyelenggaraan berkala bagi `log boom' di bahagian hulu sungai Di samping itu , kerjasama daripada MDKS dan juga TTSB bagi pengedaran poster, risalah dan tayangan video berkenaan populasi kelip -kelip kepada para pengunjung. Kelengkapan prasarana infrastruktur di pusat pelancongan Kelip-kelip Kg. Kuantan pula disediakan dengan kerjasama pihak MDKS dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

iii) Strategi 3: Meneruskan pemantauan dan penyelidikan berkaitan Kelip-kelip.

- Pemantauan terhadap populasi kelip-kelip diteruskan;

- Pemantauan habitat pokok Berembang; dan

- Pemantauan hubung kait pelepasan air tawar terhadap kualiti air di kawasan habitat kelip-kelip.

iv) Status Pelaksanaan : Selaras dengan usaha pewartaan 'Zon Perlindungan', pihak LUAS dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang menjalankan 'Kajian Pemantauan Populasi Kelip-kelip di Sungai Selangor, Daerah Kuala Selangor ' berdasarkan keputusan Mesyuarat MTES 8 Julai 2010. Peruntukan kewangan yang telah diluluskan ialah daripada bajet pembangunan UPEN sebanyak RM204,880.00 untuk tempoh 1 1/2 tahun bermula pada September 2010 hingga Februari 2012 oleh pihak FRIM . IN adalah sebagai langkah jangka masa panjang dalam pemuliharaan habitat kelip-kelip.


YB ELIZABETH WONG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

1 comments:

Anonymous said...

great efforts! we will always support you - Volvo Adventure Fireflies Team

top