Kupon Air Percuma Untuk Perumahan Pangsa

Sekurang-kurangnya 69 skim pangsapuri kos rendah melibatkan 23,093 pembeli telah dikenalpasti bagi pelaksanaan fasa pertama pemberian air percuma kepada pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal.

Kerajaan Negeri telah melaksanakan projek perintis pemberian kupon air percuma kepada pangsapuri kos rendah bermula di Pangsapuri Sri Tanjung untuk tempoh 3 bulan mulai jun lepas. Bagi tempoh itu, RM72,480.00 diperuntukan dalam tempoh percubaan itu. Perkara berbangkit akan dikaji dan kelemahan diperbaiki supaya sistem perlaksanaan akan dapat dipertingkatkan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu,skim pangsapuri kos rendah yang telah dipilih ini adalah berdasarkan keutamaan kepada pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang mempunyai Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC) yang aktif dan berpotensi.

“Kriteria ini ditetapkan kerana Kerajaan Negeri telah mempertanggungjawabkan JMB/MC untuk menguruskan pengedaran dan pengutipan kupon kepada pembeli-pembeli bagi membantu Kerajaan Negeri dalam memastikan program pemberian air percuma melalui sisitem kupon dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.”


Tambahnya lagi, keadaan ini juga diambil berdasarkan maklum balas positif daripada pembeli Pangsapuri Sri Tanjung dan lain-lain kawasan pangsapuri kos rendah berhubung pemberian kupon air percuma.

Bagi tujuan itu, dianggarkan sejumlah RM24.5 juta diperuntukkan setahun dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) membabitkan 620 pemaju pangsapuri kos rendah di negeri ini.

Sementara itu, Kerajaan negeri sedang mempergiatkan usaha mengumpulkan maklumat skim pangsapuri kos rendah yang masih menggunakan meter air pukal bagi pelaksanaan fasa kedua pemberian kupon ini yang bermula tahun hadapan.

“Satu kempen pendaftaran terbuka akan dibuat di semua kaunter-kaunter pejabat unit Persuruhjaya Bangunan disemua pihak berkuasa tempatan”.jelas Khalid.

Melalui kempen pendaftran ini,semua pemaju,badan pengurusan bersama,perbadanan pengurusan atau mana-mana pihak yang sah mewakili skim kawasan pemajuan pangsapuri kos rendah boleh membuat pendaftaran bagi menyertai program pemberian air percuma ini.

0 comments:

top