KLANG, Hampir 3,000 orang membanjiri jalan Tengku Kelana semalam bagi meraikan sambutan perayaan Deepavali peringkat daerah Klang.

Majlis anjuran kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang, Selangor Shines dan Persatuan Penusahawan Little India Klang.

Little India di Jalan Tengku Kelana, iaitu sebuah kawasan perniagaan yang terletak di Klang Selatan.

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abd Khalid Ibrahim tiba tepat jam 5 petang pada bagi merasmikan sambutan itu.

Turut hadir Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Yang Di-Pertua MPK Mislan Tugiu.

Kehadiran Khalid disambut dengan paluan kompang, tabla serta tarian singa. Kombinasi tiga budaya ini jelas memngambarkan keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat majmuk yang semakin akrab dan erat semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih tampok pemerintahan di Selangor.



Khalid dibawa meninjau setiap premis perniagaan di sepanjang Little India yang mana majoritinya diusahakan oleh peniaga dan usahawan kaum India dan Benggali.

Khalid dalam ucapannya melahirkan rasa terharu dengan sambutan rakyat bersama-sama meraikan perayaan ini. Beliau berharap keamanan dan kesejahteraan antara kaum dapat dipertingkatkan lagi untuk masa akan datang.

Dalam ucapannya, Khalid menyatakan kerajaan negeri ingin menjadikan Bandar Klang kembali bersinar seperti satu ketika dahulu sebagai sebuah pusat ekonomi dan budaya yang ulung dirantau ini.

Klang mempunyai kapasiti penduduk seramai 1 juta, justeru ia harus dibangunkan untuk mengembalikan kegemilangan bandar utama yang suatu masa dahulu mempunyai shahbandarnya sendiri.

Sementara itu Dr Xavier berkata, sambutan Deepavali ini adalah permulaan perubahan besar dalam keharmonian masyarakat di dalam Selangor.


0 comments:

top